>
Memaparkan catatan dengan label Rumah Tangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah Tangga. Papar semua catatan

Khamis, 8 Mei 2014

(WAJIB BACA) Isteri Nusyuz, Cara Manja Pukul Isteri

PERINGATAN
Kisah ini adalah kisah benar yang diajukan soalan ini oleh sahabat saya untuk diketengahkan kepada Murabbi saya (Murabbi adalah seorang Peguam Syariah). Setiap perbualan telah diolah agar tidak sama dengan yang sebenarnya. 

[ANDAI TERSALAH BAHASA ATAU MAKLUMAT SILA TEGUR SAYA]

Pada suatu petang asar yang hening. Didatangi seorang sahabat saya yang mahu bertanyakan sesuatu sepertinya. Lalu, saya duduk disebelahnya diatas pangkin di hadapan sebuah masjid. Dengan tidak semena-mena, sahabat tadi membuka mulut dan bertanya suatu soalan untuk saya menjawabnya dengan suatu pendapat. 




Sahabat : Sahabat, boleh tolong tak ? saya ni ada sorang member, dia dah kahwin. Dah ada anak dah pun 3 orang. Jadi, dia ni nak pasang satu lagi sebabnya isteri dia nusyuz. Nusyuz ke tidak wallhu'alam. Tapi apa yang dia bagitau, memang macam tu laa..

Saya : (*sambil tersedak) eh sahabat ! terkejut saya. Perihal rumah tangga ? Saya pun tak belajar lagi ilmu-ilmu bab rumah tangga ni. Jadi, saya nak tahu cerita penuh agar saya boleh ajukan persoalan ni pada Murabbi saya. Okay ?

Sahabat : Haa ! Boleh jugak tu. Okay ! Cerita dia macam ni. Suami dia ni biasa-biasa aje. Dia sudah melarang isterinya agar berpakaian sepertimana syariat. Tetapi isterinya enggan. Keluar rumah dah la tak bagitau suami. Pakai pakaian seksi-seksi, dedah sana dedah sini. Kita mana tahu hati manusia lain yang tengok kan ? Mesti ada punya yang tak dapat tahan godaan nafsu. Lebih-lebih lagi bernafsu melihat isteri orang lain. Dahsyat ummat mutaakhir sekarang.. Jadi dia pun bagitau isterinya tak endah. Maka, timbullah suatu niat untuk pasang lain. Si isteri ni pulak, marah dan cari perempuan yang si suami nak jadikan isteri baru.. mengamuk laa apa lagi. Lepas tu, si suami lafaz cerai laa pada isteri dia sebabkan perkara ni.. 


***selepas saya mendengar cerita ini, saya cepat-cepat bertanyakan perihal ini kepada Murabbi di dalam sesi pembelajaran yang seterusnya. Lalu ini adalah perbualan saya dengan Murabbi yang mana begitu cute, sweet dan comelnya bercinta selepas nikah

Saya : Ustaz, baru-baru ni ada sahabat saya bercerita pada saya mengenai suatu perihal rumah tangga. Macam mana ye ustaz ? 

(saya menceritakan kembali apa yang diceritakan oleh sahabat, kepada saya)

Murabbi : Oh begitu ceritanya. Kahwin itu adalah suatu yang sangat indah. Bercinta selepas kahwin itu, lagilah indah. Kita mencari pasangan dan berkahwin bukan untuk bercerai. Tetapi kita mencari pasangan untuk hidup bersamanya hingga nyawa masih lagi dikandung badan. Mana tahu, di syurga nanti, kita dipertemukan dan bidadari kita di dunia (isteri) bakal menjadi bidadari kita di syurga. Kes-kes syarie mengenai rumah tangga sekarang sangat banyak berlaku. Tanpa kita sedari, ia menimbulkan tanda tanya bagaimana cara kita mengawal emosi dan ego di dalam rumah tangga. Harus diingat kerana rumah tangga adalah suatu nikmat dan keindahan yang harus dijaga.

Saya : Jadi, bagaimana ia berkaitan dengan kes ini ustaz ?

Murabbi : Yang sebenarnya, suami dan isteri harus duduk bersama satu meja, berbincang dengan elok mengenai hal perkara ini. Jika isterinya nusyuz, jangan pula ditampar dipukul diterajang oleh si suami. Islam adalah agama yang cantik dan lembut. Di dalam Islam, cara untuk memukul si isteri adalah dengan mengambil sehelai kain perca yang nipis senipisnya, diikat lembut di bahagian hujung lalu di pukul dengan lembut di bahagian telapak kaki si isteri. Jangan pukul isteri sewaktu nafsu marah sedang bergelodak. Tetapi pukullah sewaktu diri tengah di dalam mood ceria. 

Saya : Wah ! Cukup indah Ustaz. Manjanya kalau macam tu. Terasa kemanjaan antara suami dan isteri. 

Murabbi : Betul ! Di dalam rumah tangga, bermanja-manjalah. Air tangan isteri tu yang penting. Kalau isteri masak, suami merasa, gugur dosa-dosa kecil isteri. AllahuAllah ..indahnya berumah tangga.. Dan apabila kita berumah tangga, setiap ganjaran amal ibadah kita akan berganda sebanyak dua kali. Besar pahalanya tu. 

Saya : Kalau kahwin 2, 4 kali la kan ? Kalau kahwin 3, 6 kali la kan Ustaz ? (*gelak jahat)

Murabbi : Hehehehe... krik krik krik

-------------------------------------------------------------------------------------------

Maka diingatkan kepada para pembaca yang sudah berkahwin, bermanjalah dengan isteri. Setiap apa yang dikerjakan pasti ada ganjarannya. Dan setiap perlakuan keburukan, itu adalah godaan syaitan yang menghasut agar rumah tangga bercerai berai.. 

Wallahu'alam

Isnin, 5 Mei 2014

Isteri Sihir Suami, Suami Balas Dendam Sihir Isteri

PERINGATAN
Kisah ini adalah kisah yang diolah agar tidak sama dengan kisah yang asal. Kisah ini diceritakan oleh Murabbi-ku untuk pengajaran bersama. Moga ini menjadi suatu kisah tauladan untuk seisi keluarga. 

[ANDAI TERSALAH BAHASA ATAU MAKLUMAT SILA TEGUR SAYA]





Sewaktu sesi bertalaqqi-ku berjalan, sambil membelek Kitab Terjemahan Robbani iaitu Kitab Terjemahan yang amat bagus sekali yang termasuk di dalam pelajaran Feqah, Tauhid dan Tasawwuf serta sifat 20, ia amat berguna dalam sesi pembelajaran. Tetapi untuk asas kepada itu semua adalah, al-Quran. Jadi, belajarlah al-Quran untuk mengetahui dengan lebih dalam mengenai agama yang dibawa Muhammad SAW. 

Terlihat daku akan kitab-kitab Syamail Muhammad yang ada 6 jilid kesemuanya. Tapi mungkin banyak lagi jilid-jilid yang disimpan. Kitab Syamail itu merupakan kitab lengkap kepada kesemua perbuatan, perkara, sebutan, kebersihan dan sebagainya yang dilakukan atau dibuat Rasulullah atau kata pendeknya ialah Sunnah dan ikutan untuk kita semua. Jadi nak dimulakan cerita :




Murabbi : Okay hari ni kita akan belajar tentang sihir sikit. Makanya, sihir ni kalau ikutkan nak tewaskan sihir adalah dengan kita kena belajar tentang sihir. Bukan belajar cara nak jatuhkan orang tetapi belajar cara untuk ubati orang yang terkena sihir. 

Saya : Eh Ustaz, bahayalah kita belajar sihir jugak kikiki (*ketawa cover). Berdamping dengan jin/syaitan kan boleh jadi syirik. 

Murabbi : Haa ! Memang betul. Saya nak cerita suatu pengalaman saya yang terbaru mengendalikan kes syarie (Murabbi adalah seorang Peguam Syariah) yang melibatkan Suami dan Isteri bergaduh dan ingin bercerai kerana isteri hantar sihir kepada suami. Tetapi suami mengetahui isterinya berbuat begitu lalu menghantar pula sihir untuk membalas dendam. 

Saya : Haha.. ada jugak macam tu ye Ustaz ? Peliknya..

Murabbi : Haa..memeyy laa pelik. Seperti yang kita dah sedia maklum, kita sekarang berada di  dalam zaman fitnah. Zaman yang akhir. Zaman yang bakal menjadi suatu kehancuran. Sebab itu kita kena berjaga-jaga di dalam setiap apa yang kita lakukan. Nak jadi cerita, Isteri dia ni kononnya jealous lah dengan suami dia ni. Ada pasang kayu tiga.. Tak tau lah tapi si isteri ni bertindak gi jumpa bomoh dan dapatkan tangkal untuk jatuhkan suami dia. Maksud jatuh tu nak tundukkan suami dia lah supaya suami dia kembali kepada dia. Isteri dia ni letak tangkal bawah tilam suami. Tangkal yang telah dibalut dengan kain kuning. Si suami menjadi lemah dan mengikut telunjuk di isteri. 

Saya : jadi macam mana si suami dia tu boleh sihat ? boleh lancarkan serangan balas ? (*tersengeh)

Murabbi : Si suami dia ni, pergilah jumpa bomoh. Nak sembuhkan diri dia. Jadi tok bomoh bagitau dia yang isterinya hantar pendamping untuk menundukkan dirinya. Maka, lepas sembuh sikit-sikit, si suami suruhlah tok bomoh hantar pendamping untuk buat isterinya sakit. 

Saya : Pulak dah...pelik-pelik perangai orang kan ? 

Murabbi : Sebab itulah kita perlu berpegang kepada al-Quran dan Sunnah. Seperti yang di beritahu oleh Rasulullah SAW semasa khutbah terakhirnya iaitu, 

"aku tinggalkan kalian agar kalian tidak akan tersesat iaitu al-Quran dan Sunnah"

Sebab tu, apa-apa juga yang kita lakukan kita perlu berfikir dengan waras dan bukan dengan keegoan dan juuga hawa nafsu. Kerana syaitan sentiasa ingin mensesatkan manusia sehingga ke hari kiamat. 


---------------------------------------------------------------------------------
Apa pun juga kisah ini, diharap dapat memberi tauladan kepada kita. Bacalah al-Quran agar ia sebati di dalam diri. Kerana ia bakal mengalir di dalam darah-darah kita ayat-ayat suci al-Quran sehingga suatu ketika apabila di alam barzakh, tidak akan reput jasad kita dimamah tanah dan terhindar dari azab kubur (Ustaz Mustafa Kamal)

Berpeganglah kita kepada yang satu iaitu ASWJ (Ahli Sunnah Wal Jamaah). Semoga Allah permudahan urusan kita di dunia dan di akhirat. 

Khamis, 23 Januari 2014

Wanita Dan Isteri Pendusta Atau Bidadari Syurga

Bismillahirahmanirahim..

Tajuk yang dibincangkan hari ni, ialah kenali Pendusta atau bidadari. Sebenarnya, entri ni bertujukan kepada golongan bidadari syurga sekalian. Yang cantik yang lawa lagi manis. Begitu indah di sisi Allah. Begitu cantik dan solehah diangkat darjatnya di syurga jika menjadi wanita solehah kepada suami. 

Kenali Diri Pendusta Atau Bidadari - Wanita adalah makhluk yang Allah jaga aibnya. Allah begitu menyayangi wanita sehingga disuruh wanita untuk menjaga setiap tubuh badan dengan sempurna. Begitu indah wanita yang diciptakan. Tetapi, apakah yang terjadi sekarang ? Dunya Mutaakhir semakin ramai yang membuka aibnya sendiri dan orang lain.

"Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat." (HR Muslim)

Hadith Riwayat Muslim ini menyatakan bahawa, orang yang membuka aib orang lain seperti mengumpat, memarahi si polan di hadapan orang ramai, menjatuhkan maruah si polan di hadapan orang ramai, menyebarkan gambar-gambar peribadi seseorang dan sebagainya.

Tapi cerita sekarang, berkenaan orang yang buka aibnya sendiri. Adakah dia pendusta ? Ya, dia berdusta dengan dirinya sendiri. Dia berdusta kepada ramai orang. Dia membuka aibnya di media-media sosial, berkongsi gambar-gambar tidak menutup aurat, seksi dan terlampau. Muslimat kini sering tertindas. Tertindas dengan pemikiran yang telah dijajah oleh arus semasa. 



Sedih rasanya kalau macam gini. Antum semua tak sedih ? Ana sedih tau... Kalau isteri yang selfie ke apa ke, upload dekat media sosial, suami tak tau. Wajah isteri menjadi tatapan ramai. Allah.. sedih suami..

Jadi, nak jadi yang mana satu ? bidadari syurga yang akan tunggu suami di syurga atau pendusta di dunia ? 


Ambil perbincangan ini sebagai penutup, ambik dari satu page Ustaz ni, memang terbaik cara dia jawab :

Pembaca : Assalamu 'alaikum Ustaz. Kenapa isteri Ustaz tak bukak Niqab masa kahwin ? nak tengok jugak lawa ke tidak ke. Kan Kahwin kan nak memperkenalkan isteri kepada orang ramai..

Ustaz : Waalaikumussalam. Bukannya taknak kenalkan isteri saya kepada orang ramai. Tapi, kalau nak bayar mas kahwin, bukan dia yang pergi teman bayarkan. Bukan dia yang tebalkan muka untuk masuk merisik. Bukan dia yang jumpa tok kadi, bersalam dengan tok kadi. Ingat isteri ni apa ? Yang boleh dibuat main ? Nak tunjuk-tunjuk pada orang yang ajnabi. Isteri saya ni. Saya susah nak dapatkan dia. Mahal isteri saya. Jadi apa sebab saya kena tunjuk pada orang ? 


Barakallahu fikum -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...