>

Isnin, 4 Ogos 2014

Bukan Suami Tak Suka, Tapi Isteri Yang....

Hidup berumah tangga, pasti seperti air laut yang kadang kala surut, dan kadang kala air nya akan naik sehingga membadai tebing-tebing pesisir pantai menghakis bentuk muka bumi. Rumah tangga yang tidak dijaga, pastinya bakal menjadi seperti tebing tinggi yang akan hancur berantakan. 



Bagaimana untuk menjaga rumah tangga ? Perkara yang paling utama sekali untuk berumah tangga ialah SOLAT ! Solat ialah tiang agama, tanpa solat, maka di mana letaknya agama ? 

Di manakah kedudukan solat di dalam Islam ? 
Hal ini telah diriwayatkan oleh At-Thabrani daripada Ibnu Umar r.a yang mana Rasulullah (Shollallah 'alayhi Wassalam) bersabda :

"dan tiada agama bagi orang yang tidak solat, sesungguhnya kedudukan solat di dalam agama Islam, diibaratkan umpama kepala kepada tubuh badan"

begitu juga di dalam perkahwinan ataupun rumah tangga. Bagaimana untuk menjaga isteri dan anak-anak sedangkan solat tidak dijaga. Khuatir, disebabkan tidak solat, sebab itu ramai pasangan berkahwin bercerai-berai. 

Ada satu kisah di mana pengalaman saya yang mana, Murabbi yang menjadi pengajar saya menceritakan bahawa, ada satu keluarga yang baru berkahwin. Suaminya bukan tidak sayang kepada isterinya tetapi, isterinya yang berperangai seperti anak dara walhal telah berkahwin dan mempunyai suami yang sanggup menjadi peneman hidupnya. 

Apakah tugas si suami ? Adakah mereka perlu lihat sahaja atau bagaimana keadaannya ? Untuk itu, suami harus berfikir sejenak apa yang tidak kena dengan diri dan barulah boleh melihat kepada isterinya. Mungkin ada yang kurang, berkemungkinan, ianya adalah solat. 

Solat itu tiang agama. Yang pertama sekali dihisab adalah solat. Kemudian, apabila solatnya baik, barulah dihisab amalan-amalan yang seterusnya seperti puasa, zakat, Haji, dan sebagainya. 

Kalau Solat dah "sangkut" bagaimana pula amalan seterusnya ?? Tanya hati, tanya IMAN, kembalilah kepada jalan yang lurus, jalan yang diredhai.

Saya juga banyak khilaf, andai dibuka hijab semua untuk melihat khilaf dan aib saya, pasti tiada seorang pun yang akan dekat dengan saya. Tetapi, ilmu yang berguna kita sampai-sampaikan. Supaya ia bermanfaat untuk semuua in shaa Allah. Tabarakallah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...