>

Isnin, 26 Mei 2014

7H 5M Jelajah Muslim Bumi Anbiya Istanbul - Bursa

Akhirnya, ana telah berjaya menghasilkan atau men"design"kan pakej 7H 5M Jelajah Muslim Bumi Anbiya Istanbul - Bursa berdasarkan bantuan Boss ana. Mula-mula agak bercelaru jugak, tapi akhirnya ana berjaya sebab dia ada guideline nya. 

Sebenarnya pakej ni ana buat biasa je untuk semua sebabnya, pakej ni khas untuk Majlis Ta'alim yang dianjurkan Masjid Darul Fikri, Daerah Bera, Pahang pada 30 Mei 2014 - 01 Jun 2014 bersamaan dengan 3 hari. Hari kemuncak pada 01 Jun 2014 bila Multaqa Guru-Guru Agama Daerah Bera berkumpul untuk menjayakan Majlis Ta'alim, Qasidah Burdah, Mawlid, Bengkel Pemantapan Al-Fatihah, Hafazan, Tilawah dan sebagainya. Majlis akan di ketuai oleh Tuan Guru Haji Hafidz Bin Selamat iaitu pengasas Yayasan al-Jenderami

Jadi, syarikat ana bukak satu booth untuk program berkenaan. In shaa Allah ana akan update dari masa ke semasa dari pelancaran program berkenaan hingga tamat. 



PAKEJ INI DISEDIAKAN UNTUK MINIMUM : 20 PAX




Pakej ni sebenarnya boleh digunakan sehingga tahun 2015. In shaa Allah, akan ada satu kumpulan akan ke sana bulan 6 tahun hadapan. Tapi kalau anda teringin untuk melawat kota Istanbul - Bursa, boleh hubungi saya secara terus. Saya sentiasa ada masa untuk pertanyaan anda semua. 

Barakallahufikum 

Jumaat, 23 Mei 2014

Pakej Umrah Cuti Sekolah & Ramadhan 2014

Pakej Umrah Cuti Sekolah & Ramadhan 2014 | Setelah bertungkus lumus dalam beberapa hari ni, akhirnya siap juga design pakej Umrah untuk Cuti Sekolah Jun iaitu pada 04 - 14 Jun 2014 (10H 9M) dan juga pakej Umrah Ramadhan 15 - 27 Julai 2014 (13H 12M). Banyak bezanya melakukan ibadah Umrah pada hari-hari biasa berbanding pada bulan Ramadhan. 

Kami hanya menyediakan yang terbaik untuk anda. Minggu lepas, satu kumpulan jemaah yang terdiri daripada 30 orang telah berlepas ke Jeddah menaiki pesawat Saudi Airlines menunaikan Umrah bulan Mei iaitu pada 10 - 21 Mei 2014. Dah lepas dah, Alhamdulillah, baru-baru ni jemaah sudah selamat sampai dan rata-rata dari mereka berpuas hati dengan perkhidmatan kami, termasuk Mutawwif yang mengiring mereka di sepanjang perjalanan. 

Untuk tahun ni, kami buat Umrah secara direct atau terus ke Jeddah. Tapi ada ziarah ke madinah sekali. Untuk tahun hadapan in shaa Allah kami akan buat pakej Umrah via Istanbul - Bursa pulak. (Maklumlah nak lawan Andalusia walaupun payah..heheheheh).. 

Tapi harus diingat, carilah syarikat berdaftar. Jangan ambik sembarangan syarikat Umrah kerana ia akan membahayakan diri anda. Oleh yang demikian, kami menawarkan diri untuk memberi perkhidmatan terbaik Umrah, Upah Haji, bayaran fidyah dan sebagainya. 

PAKEJ UMRAH CUTI SEKOLAH (04-14 JUN 2014) - RM6490



PAKEJ UMRAH RAMADHAN (15-27 JULAI 2014) - RM8888


Kenapa pakej Umrah Ramadhan mahal ? Ini disebabkan, waktu Ramadhan, kos hotel, pengangkutan dan sebagainya di Makkah/Madinah dinaikkan kerana kerajaan Arab Saudi ingin mengurangkan kemasukan Jemaah mengerjakan Umrah pada waktu ini. Oleh yang demikian, banyak juga keistimewaan serta kebaikan mengerjakan Umrah di bulan Ramadhan. 

Apa pun, ibadah ini sememangnya perlukan keikhlasan hati untuk melakukannya selain ibadah Haji. Andai anda ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan secara terus atau ajukan penadapat anda di ruangan komen di bawah.

Tabarakallah

Khamis, 22 Mei 2014

Pakej 3H2M Lawatan Sambil Belajar Kuala Lumpur

Pakej 3H2M Lawatan Sambil Belajar Kuala Lumpur | Baru-baru ini ada permintaan daripada sebuah sekolah di Kuantan, Pahang untuk mengadakan pakej lawatan sambil belajar untuk murid-murid dan guru-guru sekolah mereka. Oleh yang demikian, saya bertungkus lumus minggu ni untuk menyiapkan satu pakej lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur atas apa yang pihak sekolah itu kehendaki. Memang agak mencabar nak buat pakej lawatan pelajar sebab kita kena ketahui apa yang bakal terjadi sebelum, semasa dan selepas lawatan itu nanti.

Jadi, semuanya sudah disiapkan dan ini adalah itinerary yang saya sudah siapkan :



3H2M Lawatan Sambil Belajar Kuala Lumpur :

(Pakej disediakan untuk tempahan berkumpulan untuk min 20)

HARI PERTAMA

  • Berlepas ke Kuala Lumpur menaiki bas persiaran dari Kuantan
  • Melawat persekitaran Bangunan Abdul Samad
  • Check-in ke tempat penginapan dan makan malam
  • Melawat keindahan Putrajaya pada waktu malam

HARI KEDUA
  • Sarapan Pagi
  • Melawat ke Pusat Sains Negara
  • Melawat Planetarium Negara
  • Lawatan ke Masjid Negara atau KLCC
  • Bergerak pulang ke tempat penginapan
  • Makan malam dan pelajar akan dibawa ke Danau Kota
  • Aktiviti Bebas

HARI KETIGA
  • Sarapan pagi
  • Bergerak menuju ke tempat lawatan, Muzium Coklat Damansara
  • Lawatan ke Muzium Diraja
  • Sebelum pulang, berhenti di Pavilion untuk membeli belah
  • Pulang ke Kuantan, Pahang

Secara ringkasnya, itinerary ni saya buat untuk sekolah menengah di Kuantan tu, tapi saya buka secara terbuka sesiapa yang mahukan pakej lain boleh hubungi saya

Selasa, 20 Mei 2014

Sedihnya Cinta Berlandaskan Nafsu

Cinta adalah kurniaan yang sangat suci dan amat mulia. Cinta itu bersih sehinggakan tiada kekotoran yang mampu menjadi penghubung kepada kerosakannya. Cinta manusia adalah fitrah. Bahkan, ia pasti ada dalam hati setiap yang bergelar manusia. Tetapi, hati berbolak balik, dikawal nafsu, digoda syaitan. 

Ramai dari kita pasti tidak merasakan kesedihan kerana dalam bercinta semuanya bahagia, semuanya indah belaka. Tetapi, untuk mendapat keredhaan Allah dalam cinta terlarang, cinta berlandaskan nafsu, itu sesuatu yang perlu dilihat semula. 



APA CINTA NAFSU ?

Cinta nafsu adalah apabila perempuan dan lelaki yang tiada pertalian darah (ajnabi) bersama, romantik, bermesra, bersentuhan dan sebagainya. Tiada istilah cinta sebelum kahwin. Ya, saya juga dahulu pernah mengalaminya akan tetapi yang dahulu tidak boleh di bawa ke hadapan.

Kata-kata Murabbiku yang mengambil daripada prasa seorang tokoh Islam terkemuka dunia iaitu, Umat Islam tidak akan mengulangi suatu kesalahan dua kali. Saya pula bertanya, bagaimanakah itu berlaku ? Lalu jawab beliau, setiap orang Islam ada dibentangkan seluasnya pintu taubat. Sehinggalah kiamat tiba, tiada lagi pintu taubatnya dibuka dan segala taubat tidak akan diterima. 

Cinta nafsu terbit dikala lelaki atau perempuan, suka sama suka. Lepas suka, mereka "couple" dan seterusnya di antara mereka adalah syaitan yang mengawal nafsu untuk bertindak di luar jangkaan. 

Setiap sentuhan, setiap kemesraan akan timbul dosa-dosa daripada itu. Syaitan bertepuk tangan kerana berjaya menggoda mereka-mereka ini. 

CINTA SELEPAS NIKAH

Cinta selepas nikah. Apakah yang sweet, apakah yang manis daripada itu ? Setiap pasangan yang telah bernikah, percintaan mereka sangat indah. Ibadah mereka berganda. Setiap sentuhan, gugurnya dosa-dosa kecil di antara mereka. Setiap kemanjaan, tercalit pahala-pahala yang diidamkan semua dalam percintaan. 

oleh itu, fikirlah yang terbaik wahai sahabatku. Kita semua pernah melakukan kesilapan. Kita semua hanyalah makhluk Allah. Tiada istilah kita mampu menjadi seperti peribadi Rasulullah kerana kita hanyalah manusia biasa. Pintu taubat sentiasa terbuka luas. 

Tabarakallah



Selamilah kata-kata ini :


"Selagi belum akad, selagi itu ada jarak yang memisahkan"

Jumaat, 16 Mei 2014

Inilah Guru Yang Perlu Disambut Setiap Hari


Inilah Guru Yang Perlu Disambut Setiap Hari | 16 Mei adalah tarikh yang akan disambut setiap tahun. Tarikh ini tidak lain tidak bukan untuk menghargai jasa tenaga pengajar dari dulu sehingga sekarang bertungkus lumus memberi ilmu pengetahuan kepada anak muridnya. Tidak kira guru ataupun pensyarah, namanya tenaga pengajar, merekalah akan dipanggil guru. 

Siapakah guru yang perlu disambut setiap hari ? - Tidak lupa kepada jasa cikgu dan pensyarah, yang selama ini bersusah payah mendidik untuk pelajarnya berjaya. Ada yang tak berjaya tu, atas diri mereka sendiri kerana mungkin ada kurang sesuatu dalam menjaga hubungan antara guru dan juga diri mereka. Mereka berjasa dalam membina mental kita tetapi siapakah yang membina peribadi kita ? 

Peribadi kita semestinya di mana oleh ibu bapa. Apa yang kita lihat di rumah, dan diajar oleh ibu bapa, itu yang kita akan bawa untuk menjadi manusia dewasa. Jasa ibu bapa sebagai pendidik yang pertama sekali kita kenali begitu berharga tiada tolok bandingnya. Tetapi sayang, diri kita hanya pandang ke arah satu arah yang sama iaitu "Guru" boelh diguna pakai hanya kepada "cikgu di sekolah".

Jadi apa jua yang saya tulis, SELAMAT HARI GURU kepada semua tenaga pengajar di Malaysia ni dan juga SELAMAT HARI GURU kepada kedua ibu bapa. 

Khamis, 15 Mei 2014

Senarai Tempat Pelancongan di Pahang & Tourism Malaysia Pahang

Suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila para agen pelancongan dapat berkolaborasi bersama Tourism Malaysia. Dengan event yang begitu seronok pada sepanjang tahun dan juga kami agen-agen pelancongan merasa semakin dekat dengan Tourism Malaysia Pahang (*cewahhh)



Sewaktu kami menyertai EPN2014 (Explore Pahang Nature) dengan invitation daripada Tourism Malaysia Pahang, kenal lah jugak ramai sahabat-sahabat baru daripada program tu. Memang seronok sebab dapat buat aktiviti yang tak pernah buat sebelum ni seperti Rapid Shooting di Taman Negara, tengok cara-cara kehidupan orang asli Bateq, jadi tetamu untuk Grand Opening Gambang Safari Park dan juga cara-cara untuk buat pakej pelancongan untuk menjual pakej-pakej menarik berkaitan Pahang. 

Seperti yang sedia maklum, Pahang mempunyai muka bumi yang penuh dengan flora dan fauna. Untuk itu, Tahun Melawat Malaysia 2014 sangat mengetengahkan rakyat untuk pergi bercuti untuk menikmati keindahan alam semulajadi Malaysia terutama di Negeri Pahang.

Antara Senarai Tempat Pelancongan Negeri Pahang yang kami tawarkan :

1) Gambang Waterpark
2) Taman Negara Pahang
3) Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah
4) Deerland
5) Gambang Safari Park (*PROMOTION)
6) Snorkelling Pulau Tioman
7) Gua Tekam (Melawat 5 Gua)
8) Gunung Senyum  (Camping/Jungle Trekking/Aktiviti Panjat Gunung)
9) Genting Highlands
10) Cameron Highlands


Ini adalah antara pakej-pakej menarik yang boleh didapati di syarikat kami di dalam Negeri Pahang. Oleh itu, andai anda inginkan pakej-pakej menarik daripada kami, boleh berhubung secara terus dengan saya. 

HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Rabu, 14 Mei 2014

Tempat Menarik Malaysia 2014 : MEI - JUN

Seperti yang diketahui, Malaysia mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang perlu dilawati. Saya sebagai "Tour Officer" di bawah syarikat Travel Agency, mengalu-alukan anda semua mengambil pakej dengan saya. Syarikat saya adalah sebuah syarikat yang berdaftar. Alhamdulillah banyak tempahan pakej-pakej pelancongan untuk bulan Mei dan Jun ni jadi saya kena siapkan quotation seawal yang boleh. Apa pun, antara pakej yang saya sudah siapkan untuk pelajar sekolah ialah :

1) PAKEJ 2H1M Lawatan Sambil Belajar KL - Kuala Gandah - Deerland :


2) Pakej 3H2M Lawatan Sambil Belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah



Ini antara pakej lawatan pelajar sekolah ke destinasi-destinasi pilihan. Ada banyak lagi seperti pakej SEHARIAN DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY - SAFARI PARK. Yang ni anda patut lawati sebab Gambang Safari Park baru sahaja buka dengan harga promosi RM28 (Dewasa - Mempunyai IC Warganegara) dan RM18 (Kanak-kanak - Mempunyai IC Warganegara). 

Jangan lupa hubungi saya seperti yang tertera di header di atas ye.. Andai kata mahukan pakej-pakej menarik untuk bulan Mei - Jun ..

Saya buka untuk lawatan ke seluruh Malaysia seperti, pulau, Taman Negara, dan macam-macam lagi. Kalau nak pakej luar pun boleh seperti Ho Chi Ming (Muslim Tour), Beijing, Korea, Australia, Turkey dan lain-lain. 

Isnin, 12 Mei 2014

Jamak atau Jimak ni ?

PERINGATAN : 
Segala yang di tulis telah diolah. 

[Andai Tersalah Bahasa dan Maklumat Sila Tegur Saya]

Teringat pula sewaktu saya bertalaqqi dengan Murabbi baru-baru ini, Ustaz memberitahu kepada saya permasalahan dalam menunaikan solat Jamak, dan  Qasar. Boleh dilakukan waktu bila dan cara-caranya. Saya percaya dan yakin, semua pembaca blog picisan saya tahu bagaimana untuk menunaikannya. Oleh itu jangan gundah jangan gelana kerana itu semua boleh belajar. 



Jadi untuk dijadikan cerita, sewaktu Ustaz bercerita mengenai solat Jamak, jadi dia menceritakan pengalamannya dimana ada seorang Mutawwif menceritakan pengalamannya di Makkah. Sewaktu itu dia membawa 30 orang Jemaah Umrah untuk menziarahi bukit ..(saya tak ingat nama bukit tu -- Siapa yang tahu sila bagitahu di bahagian komen ye ? ).. Bukit itu ada sejarahnya tersendiri apabila semasa peperangan Uhud dahulu, para syuhadah terkorban di situ. Lalu jasad-jasad para syuhadah di semadikan di bukit itu. Pada tahun berapa saya pun dah lupa Ustaz cakap, sewaktu kerajaan Arab Saudi ingin membina terowong untuk melintasi bukit itu, mereka terjumpa jasad manusia yang masih berdarah segar, tidak reput dan tidak berbau. 

Lalu, ditanya kepada para Ulama' ketika itu, dan mereka menyetejui dengan musyawarah bersama Para 'Alim, dan Ulama', mereka bersepakat menyatakan bahawa itu adalah jasad para syuhadah yang gugur ketika perang Uhud. 

Setelah itu, Mutawwif berhenti sebentar dan bertanya kepada kumpulan 30 Jemaah Umrah Malaysia tadi. Mutawwif bertanya :

Mutawwif : Baiklah semua, ada apa-apa persoalan yang ingin diajukan ? 

Para Jemaah : Tiada ! (*semua menjawab)

Tiba-tiba terlihat seorang jemaah mengangkat tangan

Jemaah A : Ustaz, macam mana nak solat Jamak ye ?

Lalu Mutawwif menceritakan mengenai solat jamak di Makkah. (*saya tak ingat apa Murabbi bagitahu - Jadi, sesiapa yang tahu mengenai solat Jamak dan Qasar di Makkah sewaktu Umrah boleh berkongsi di sini)

Tiba-tiba ada seorang lagi jemaah menyampuk, lalu berkata

Jemaah B : Jamak tu Jimak ke Ustaz ? Boleh Jimak ye ? Macam mana nak Jimak ?

Para Jemaah dan Mutawwif pun terdiam dan dalam masa yang sama tergelak kecil. 

Itu adalah kelucuan yang boleh kita dapati. Tapi, kesimpulannya, kita kena tahu beza antara Jamak dan Jimak ..okay ? hehehe


p/s : Tolong saya dalam mengisi ruangan yang saya bertanya kepada semua. Hehe.. 

Khamis, 8 Mei 2014

(WAJIB BACA) Isteri Nusyuz, Cara Manja Pukul Isteri

PERINGATAN
Kisah ini adalah kisah benar yang diajukan soalan ini oleh sahabat saya untuk diketengahkan kepada Murabbi saya (Murabbi adalah seorang Peguam Syariah). Setiap perbualan telah diolah agar tidak sama dengan yang sebenarnya. 

[ANDAI TERSALAH BAHASA ATAU MAKLUMAT SILA TEGUR SAYA]

Pada suatu petang asar yang hening. Didatangi seorang sahabat saya yang mahu bertanyakan sesuatu sepertinya. Lalu, saya duduk disebelahnya diatas pangkin di hadapan sebuah masjid. Dengan tidak semena-mena, sahabat tadi membuka mulut dan bertanya suatu soalan untuk saya menjawabnya dengan suatu pendapat. 




Sahabat : Sahabat, boleh tolong tak ? saya ni ada sorang member, dia dah kahwin. Dah ada anak dah pun 3 orang. Jadi, dia ni nak pasang satu lagi sebabnya isteri dia nusyuz. Nusyuz ke tidak wallhu'alam. Tapi apa yang dia bagitau, memang macam tu laa..

Saya : (*sambil tersedak) eh sahabat ! terkejut saya. Perihal rumah tangga ? Saya pun tak belajar lagi ilmu-ilmu bab rumah tangga ni. Jadi, saya nak tahu cerita penuh agar saya boleh ajukan persoalan ni pada Murabbi saya. Okay ?

Sahabat : Haa ! Boleh jugak tu. Okay ! Cerita dia macam ni. Suami dia ni biasa-biasa aje. Dia sudah melarang isterinya agar berpakaian sepertimana syariat. Tetapi isterinya enggan. Keluar rumah dah la tak bagitau suami. Pakai pakaian seksi-seksi, dedah sana dedah sini. Kita mana tahu hati manusia lain yang tengok kan ? Mesti ada punya yang tak dapat tahan godaan nafsu. Lebih-lebih lagi bernafsu melihat isteri orang lain. Dahsyat ummat mutaakhir sekarang.. Jadi dia pun bagitau isterinya tak endah. Maka, timbullah suatu niat untuk pasang lain. Si isteri ni pulak, marah dan cari perempuan yang si suami nak jadikan isteri baru.. mengamuk laa apa lagi. Lepas tu, si suami lafaz cerai laa pada isteri dia sebabkan perkara ni.. 


***selepas saya mendengar cerita ini, saya cepat-cepat bertanyakan perihal ini kepada Murabbi di dalam sesi pembelajaran yang seterusnya. Lalu ini adalah perbualan saya dengan Murabbi yang mana begitu cute, sweet dan comelnya bercinta selepas nikah

Saya : Ustaz, baru-baru ni ada sahabat saya bercerita pada saya mengenai suatu perihal rumah tangga. Macam mana ye ustaz ? 

(saya menceritakan kembali apa yang diceritakan oleh sahabat, kepada saya)

Murabbi : Oh begitu ceritanya. Kahwin itu adalah suatu yang sangat indah. Bercinta selepas kahwin itu, lagilah indah. Kita mencari pasangan dan berkahwin bukan untuk bercerai. Tetapi kita mencari pasangan untuk hidup bersamanya hingga nyawa masih lagi dikandung badan. Mana tahu, di syurga nanti, kita dipertemukan dan bidadari kita di dunia (isteri) bakal menjadi bidadari kita di syurga. Kes-kes syarie mengenai rumah tangga sekarang sangat banyak berlaku. Tanpa kita sedari, ia menimbulkan tanda tanya bagaimana cara kita mengawal emosi dan ego di dalam rumah tangga. Harus diingat kerana rumah tangga adalah suatu nikmat dan keindahan yang harus dijaga.

Saya : Jadi, bagaimana ia berkaitan dengan kes ini ustaz ?

Murabbi : Yang sebenarnya, suami dan isteri harus duduk bersama satu meja, berbincang dengan elok mengenai hal perkara ini. Jika isterinya nusyuz, jangan pula ditampar dipukul diterajang oleh si suami. Islam adalah agama yang cantik dan lembut. Di dalam Islam, cara untuk memukul si isteri adalah dengan mengambil sehelai kain perca yang nipis senipisnya, diikat lembut di bahagian hujung lalu di pukul dengan lembut di bahagian telapak kaki si isteri. Jangan pukul isteri sewaktu nafsu marah sedang bergelodak. Tetapi pukullah sewaktu diri tengah di dalam mood ceria. 

Saya : Wah ! Cukup indah Ustaz. Manjanya kalau macam tu. Terasa kemanjaan antara suami dan isteri. 

Murabbi : Betul ! Di dalam rumah tangga, bermanja-manjalah. Air tangan isteri tu yang penting. Kalau isteri masak, suami merasa, gugur dosa-dosa kecil isteri. AllahuAllah ..indahnya berumah tangga.. Dan apabila kita berumah tangga, setiap ganjaran amal ibadah kita akan berganda sebanyak dua kali. Besar pahalanya tu. 

Saya : Kalau kahwin 2, 4 kali la kan ? Kalau kahwin 3, 6 kali la kan Ustaz ? (*gelak jahat)

Murabbi : Hehehehe... krik krik krik

-------------------------------------------------------------------------------------------

Maka diingatkan kepada para pembaca yang sudah berkahwin, bermanjalah dengan isteri. Setiap apa yang dikerjakan pasti ada ganjarannya. Dan setiap perlakuan keburukan, itu adalah godaan syaitan yang menghasut agar rumah tangga bercerai berai.. 

Wallahu'alam

Isnin, 5 Mei 2014

Isteri Sihir Suami, Suami Balas Dendam Sihir Isteri

PERINGATAN
Kisah ini adalah kisah yang diolah agar tidak sama dengan kisah yang asal. Kisah ini diceritakan oleh Murabbi-ku untuk pengajaran bersama. Moga ini menjadi suatu kisah tauladan untuk seisi keluarga. 

[ANDAI TERSALAH BAHASA ATAU MAKLUMAT SILA TEGUR SAYA]





Sewaktu sesi bertalaqqi-ku berjalan, sambil membelek Kitab Terjemahan Robbani iaitu Kitab Terjemahan yang amat bagus sekali yang termasuk di dalam pelajaran Feqah, Tauhid dan Tasawwuf serta sifat 20, ia amat berguna dalam sesi pembelajaran. Tetapi untuk asas kepada itu semua adalah, al-Quran. Jadi, belajarlah al-Quran untuk mengetahui dengan lebih dalam mengenai agama yang dibawa Muhammad SAW. 

Terlihat daku akan kitab-kitab Syamail Muhammad yang ada 6 jilid kesemuanya. Tapi mungkin banyak lagi jilid-jilid yang disimpan. Kitab Syamail itu merupakan kitab lengkap kepada kesemua perbuatan, perkara, sebutan, kebersihan dan sebagainya yang dilakukan atau dibuat Rasulullah atau kata pendeknya ialah Sunnah dan ikutan untuk kita semua. Jadi nak dimulakan cerita :




Murabbi : Okay hari ni kita akan belajar tentang sihir sikit. Makanya, sihir ni kalau ikutkan nak tewaskan sihir adalah dengan kita kena belajar tentang sihir. Bukan belajar cara nak jatuhkan orang tetapi belajar cara untuk ubati orang yang terkena sihir. 

Saya : Eh Ustaz, bahayalah kita belajar sihir jugak kikiki (*ketawa cover). Berdamping dengan jin/syaitan kan boleh jadi syirik. 

Murabbi : Haa ! Memang betul. Saya nak cerita suatu pengalaman saya yang terbaru mengendalikan kes syarie (Murabbi adalah seorang Peguam Syariah) yang melibatkan Suami dan Isteri bergaduh dan ingin bercerai kerana isteri hantar sihir kepada suami. Tetapi suami mengetahui isterinya berbuat begitu lalu menghantar pula sihir untuk membalas dendam. 

Saya : Haha.. ada jugak macam tu ye Ustaz ? Peliknya..

Murabbi : Haa..memeyy laa pelik. Seperti yang kita dah sedia maklum, kita sekarang berada di  dalam zaman fitnah. Zaman yang akhir. Zaman yang bakal menjadi suatu kehancuran. Sebab itu kita kena berjaga-jaga di dalam setiap apa yang kita lakukan. Nak jadi cerita, Isteri dia ni kononnya jealous lah dengan suami dia ni. Ada pasang kayu tiga.. Tak tau lah tapi si isteri ni bertindak gi jumpa bomoh dan dapatkan tangkal untuk jatuhkan suami dia. Maksud jatuh tu nak tundukkan suami dia lah supaya suami dia kembali kepada dia. Isteri dia ni letak tangkal bawah tilam suami. Tangkal yang telah dibalut dengan kain kuning. Si suami menjadi lemah dan mengikut telunjuk di isteri. 

Saya : jadi macam mana si suami dia tu boleh sihat ? boleh lancarkan serangan balas ? (*tersengeh)

Murabbi : Si suami dia ni, pergilah jumpa bomoh. Nak sembuhkan diri dia. Jadi tok bomoh bagitau dia yang isterinya hantar pendamping untuk menundukkan dirinya. Maka, lepas sembuh sikit-sikit, si suami suruhlah tok bomoh hantar pendamping untuk buat isterinya sakit. 

Saya : Pulak dah...pelik-pelik perangai orang kan ? 

Murabbi : Sebab itulah kita perlu berpegang kepada al-Quran dan Sunnah. Seperti yang di beritahu oleh Rasulullah SAW semasa khutbah terakhirnya iaitu, 

"aku tinggalkan kalian agar kalian tidak akan tersesat iaitu al-Quran dan Sunnah"

Sebab tu, apa-apa juga yang kita lakukan kita perlu berfikir dengan waras dan bukan dengan keegoan dan juuga hawa nafsu. Kerana syaitan sentiasa ingin mensesatkan manusia sehingga ke hari kiamat. 


---------------------------------------------------------------------------------
Apa pun juga kisah ini, diharap dapat memberi tauladan kepada kita. Bacalah al-Quran agar ia sebati di dalam diri. Kerana ia bakal mengalir di dalam darah-darah kita ayat-ayat suci al-Quran sehingga suatu ketika apabila di alam barzakh, tidak akan reput jasad kita dimamah tanah dan terhindar dari azab kubur (Ustaz Mustafa Kamal)

Berpeganglah kita kepada yang satu iaitu ASWJ (Ahli Sunnah Wal Jamaah). Semoga Allah permudahan urusan kita di dunia dan di akhirat. 

Jumaat, 2 Mei 2014

Suria Excellence Travel - Pakej Umrah & Perlancongan



Sudah lama saya tak update blog ni. Rasa rindu pula tapi tak mengapa kerana di pagi Jumaat yang indah ini, saya ingin menguar-uarkan perkara yang baik-baik kepada semua. Buat pengetahuan semua, saya sudah mendapat tempat di dalam sektor Perlancongan sebagai Pegawai Perlancongan di salah sebuah syarikat perlancongan yang bernama Suria Excellence Travel. 

Suria Excellence Travel menyediakan pakej perlancongan menarik yang lebih kepada UMRAH, akan tetapi ada juga pakej inbound dan outbound yang lain yang mana anda boleh dapati di sini. Kami boleh menawarkan kepada anda. 

Kami Menyediakan :


  1. Pakej Umrah
  2. Upah Haji
  3. Aqiqah dan Korban di Kemboja
  4. Pakej Perlancongan Dalam Negara
  5. Pakej Perlancongan Luar Negara
  6. Fidyah
  7. Tempahan Tiket Penerbangan
Saya sarankan, anda semua terus berhubung dengan kami kerana kami adalah sebuah syarikat berdaftar. Khuatir jika anda berurusan dengan pihak yang tidak berdaftar, jika ada apa-apa kemalangan atau masalah akan menimbulkan keresahan bagi pihak terbabit. 


Oleh yang demikian, kami amat mengharapkan anda semua sudi untuk bersama dengan kami untuk melancong di dalam dan luar negara tanpa ada batasan. Peace yawww... 

Untuk maklumat lanjut berhubung tempahan perlancongan :

HUBUNGI :

TEL/FAX : +609 250 6880
EMAIL : suria_travel@yahoo.com
WHATSAPP : 014-530 7645 (No.Saya)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...