>

Rabu, 4 Jun 2014

Semak Tempat Pelancongan Luar Negara Murah 2014/2015



Semak Tempat Pelancongan Luar Negara Murah 2014/2015 | In shaa Allah, dalam tahun hadapan, akan ada trip jelajah ke bumi anbiya. 7H5M Kembara Muslim Jelajah Bumi Anbiya (Istanbul - Bursa). Agak murah juga bagi ana tapi in shaa Allah bagi anda semua pun, mungkin mampu untuk pergi bersama-sama ke Turki nanti. 

Ana susah nak buat pakej ke luar negara sebab banyak sangat yang perlu di lakukan, procedure dia, dengan kena contact agent sana lagi. Memang agak mencabar tapi Alhamdulillah berkat usaha yang boss ana, akhirnya berjaya juga buat. Walaupun biasa-biasa tapi servis yang kami berikan mendapat kepercayaan oelh ramai pelanggan-pelanggan kami yang lepas. 

Kalau tak ada aral melintang, in shaa Allah, tahun hadapan juga kami Suria Excellence Travel & Tours akan buat pakej Umrah ziarah yang akan menziarahi Istanbul, Makkah, Madinah sekaligus. Bukan senang nak compete dengan Andalusia tetapi kami mencuba yang terbaik kerana bak kata boss, Pengarah Andalusia tu sendiri mencabar diri boss ana untuk membuat pakej yang lain dari yang lain dan akhirnya dia akur kerana boss ana sudah berjaya membuktikan bahawa servis yang kami berikan bukan sahaja sekadar servis malahan, unsur-unsur dakwah yang di pamerkan mendapat kata-kata pujian daripada Pengarah syarikat Andalusia sendiri.

Semak Senarai Tempat Pelancongan Luar Negara Murah :


  1. 6H5M Kembara Muslim Beijing
  2. 4H3M Pakej Lawatan Jakarta - Bandung
  3. 4H3M Pakej Rileks Minda Johor Bharu - Singapore
  4. 4H3M Kembara Muslim Saigon (Ho Chi Minh, Vietnam)
  5. 7H5M Kembara Muslim Bumi Anbiya (Istanbul - Bursa)
  6. 6H5M Kembara Muslim Shanghai

Untuk harga pakej anda boleh lihat di bawah ini :

















Banyak lagi pakej-pakej menarik. Bukan ini sahaja. tapi, yang itu anda semua kena call saya la ataupun call terus pejabat kami ataupun email sahaja secara terus, tiada masalah. 

in shaa Allah, kalau bukan saya yang jawab, akan ada staff-staff lain yang tolong jawabkan ..hehehe..


Tabarakallahu fikum

Nafsuku, Nafsumu, Di atas katil

PERINGATAN : 
andai ana ada tersalah dan kekurangan dari segi penulisan ini, tegurlah diri ana yang faqir ini. Semoga diri kita semua berada di bawah payungan rahmat, nikmat dan hidayah Allah hingga ke hari kiamat

Penceritaan bersahaja dan sedikit aliran kontroversi bakal menjadikan entri kali ini tidak bosan. In shaa Allah tajuk kali ini menceritakan mengenai NAFSU yang bergelodak di dalam diri untuk keluar kerana hasutan-hasutan dari pelbagai arah oleh syaitan.

Setiap manusia dikurniakan nafsu di dalam diri mereka. memang ianya sedikit sahaja umpama setitik zarah yang kecil. Tetapi manusia sukar untuk mengawal nafsu sendiri. Kerana adanya hasutan-hasutan daripada syaitan secaran halus yang berbisik untuk berbuat kemungkaran, itu dan ini, dan menyimpang daripada jalan Allah. 



Adakah yang berada di dalam diri itu hanyalah sebagai hiasan semata ataupun dugaan yang diberikan kepada Allah untuk menguji hamba-hamba-Nya ? Tentu sekali ianya adalah untuk melihat bagaimana manusia dapat mengawal, berjihad melawan nafsu. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa, jihad yang paling besar dalam hidup manusia adalah jihad melawan nafsu. Maka, nafsu adalah sesuatu yang kecil tetapi ianya bakal menjadi besar andai diri tidak dapat mengawalnya. 

Nafsu amarah di gambarkan sebagai nafsu yang paling jelek, paling hina, paling terkebawah dalam kalangan nafsu. Dikhuatiri, nafsu sebegini mampu mengawal emosi justeru membuat onar seperti di dalam rumah tangga, bakal berlakunya bercerai-berai, melakukan perkara ditegah syarak dan tidak mempedulikan halal dan haram. Ianya amat merbahaya kepada diri setiap Muslim andai tidak mendidik nafsu dengan betul.

Nafsu kedua ialah nafsu yang sentiasa berperang, iaitu berperang dengan diri sendiri. Jika melakukan keburukan, pasti apabila duduk bersendirian akan mencela diri kerana asbab berlakunya kerosakan tadi. 

Nafsu mutmainnah adalah setinggi-tinggi darjat nafsu. Nafsu yang dapat dikawal oleh diri. Ianya diredhai Allah kerana andai ada manusia bernafsu begini, diri mereka tidak berkeinginan untuk melakukan kerosakan, kejahatan, dan cintanya kepada Allah adalah tinggi. Sentiasa redha, dan hati dipenuhi dengan keihkhlasan dan kecintaan. 

Andai banyak melakukan maksiat, zina, kemungkaran pasti nafsu bebas dan mengawal diri. Itu suatu yang bahaya. Khuatir jika ianya berlaku, pasti perpecahan dan kelemahan dalam ummah akan timbul. Sebagai contoh, sudah banyak pembawaan ke atas katil, golongan-golongan yang menyukai zina, maksiat ini sehingga banyak tangkapan-tangkapan berlaku sepanjang tahun ini sahaja. 

Kesimpulannya, kembalilah ke jalan Allah. Hati jangan melupai zikrullah. Ingatlah kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.  Semoga diri ana ini, diri tuan-tuan, diri pembaca-pembaca sentiasa berada di bawah payungan, perlindungan Allah serta akan dilepaskan oleh Allah azab seksa kubur yang teramat pedih dan tidak terperi - In shaa Allah. Allahumma Amin


Tabarakallahu fikuum

Sewa Sampai Mati, Harga Rumah Meningkat

Generasi Muda Bakal Menyewa Sampai Mati - Itulah tajuk utama akhbar Kosmo! Online yang mana menyatakan bahawa, kos rumah masa kini yang semakin meningkat bakal menjadikan generasi muda terpaksa menyewa sehingga ke akhir hayat. 




Tahun demi tahun sebenarnya rumah kat Malaysia ni makin meningkat. Mungkin sebab-sebab, adalah harga tanah yang meningkat, kos pembuatan, kos barangan dan sebagainya yang juga meningkat. Menurut Kosmo! Online lagi, sampai mati golongan muda tak boleh ada rumah sendiri.

Sebabnya sekurang-kurangnya setiap rakyat Malaysia kena ada pendapatan RM5,000 sebulan untuk beli rumah yang kini dah cecah harga RM350,000 seunit

-Sumber- Kosmo! Online . 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...