>

Isnin, 5 Mei 2014

Isteri Sihir Suami, Suami Balas Dendam Sihir Isteri

PERINGATAN
Kisah ini adalah kisah yang diolah agar tidak sama dengan kisah yang asal. Kisah ini diceritakan oleh Murabbi-ku untuk pengajaran bersama. Moga ini menjadi suatu kisah tauladan untuk seisi keluarga. 

[ANDAI TERSALAH BAHASA ATAU MAKLUMAT SILA TEGUR SAYA]





Sewaktu sesi bertalaqqi-ku berjalan, sambil membelek Kitab Terjemahan Robbani iaitu Kitab Terjemahan yang amat bagus sekali yang termasuk di dalam pelajaran Feqah, Tauhid dan Tasawwuf serta sifat 20, ia amat berguna dalam sesi pembelajaran. Tetapi untuk asas kepada itu semua adalah, al-Quran. Jadi, belajarlah al-Quran untuk mengetahui dengan lebih dalam mengenai agama yang dibawa Muhammad SAW. 

Terlihat daku akan kitab-kitab Syamail Muhammad yang ada 6 jilid kesemuanya. Tapi mungkin banyak lagi jilid-jilid yang disimpan. Kitab Syamail itu merupakan kitab lengkap kepada kesemua perbuatan, perkara, sebutan, kebersihan dan sebagainya yang dilakukan atau dibuat Rasulullah atau kata pendeknya ialah Sunnah dan ikutan untuk kita semua. Jadi nak dimulakan cerita :




Murabbi : Okay hari ni kita akan belajar tentang sihir sikit. Makanya, sihir ni kalau ikutkan nak tewaskan sihir adalah dengan kita kena belajar tentang sihir. Bukan belajar cara nak jatuhkan orang tetapi belajar cara untuk ubati orang yang terkena sihir. 

Saya : Eh Ustaz, bahayalah kita belajar sihir jugak kikiki (*ketawa cover). Berdamping dengan jin/syaitan kan boleh jadi syirik. 

Murabbi : Haa ! Memang betul. Saya nak cerita suatu pengalaman saya yang terbaru mengendalikan kes syarie (Murabbi adalah seorang Peguam Syariah) yang melibatkan Suami dan Isteri bergaduh dan ingin bercerai kerana isteri hantar sihir kepada suami. Tetapi suami mengetahui isterinya berbuat begitu lalu menghantar pula sihir untuk membalas dendam. 

Saya : Haha.. ada jugak macam tu ye Ustaz ? Peliknya..

Murabbi : Haa..memeyy laa pelik. Seperti yang kita dah sedia maklum, kita sekarang berada di  dalam zaman fitnah. Zaman yang akhir. Zaman yang bakal menjadi suatu kehancuran. Sebab itu kita kena berjaga-jaga di dalam setiap apa yang kita lakukan. Nak jadi cerita, Isteri dia ni kononnya jealous lah dengan suami dia ni. Ada pasang kayu tiga.. Tak tau lah tapi si isteri ni bertindak gi jumpa bomoh dan dapatkan tangkal untuk jatuhkan suami dia. Maksud jatuh tu nak tundukkan suami dia lah supaya suami dia kembali kepada dia. Isteri dia ni letak tangkal bawah tilam suami. Tangkal yang telah dibalut dengan kain kuning. Si suami menjadi lemah dan mengikut telunjuk di isteri. 

Saya : jadi macam mana si suami dia tu boleh sihat ? boleh lancarkan serangan balas ? (*tersengeh)

Murabbi : Si suami dia ni, pergilah jumpa bomoh. Nak sembuhkan diri dia. Jadi tok bomoh bagitau dia yang isterinya hantar pendamping untuk menundukkan dirinya. Maka, lepas sembuh sikit-sikit, si suami suruhlah tok bomoh hantar pendamping untuk buat isterinya sakit. 

Saya : Pulak dah...pelik-pelik perangai orang kan ? 

Murabbi : Sebab itulah kita perlu berpegang kepada al-Quran dan Sunnah. Seperti yang di beritahu oleh Rasulullah SAW semasa khutbah terakhirnya iaitu, 

"aku tinggalkan kalian agar kalian tidak akan tersesat iaitu al-Quran dan Sunnah"

Sebab tu, apa-apa juga yang kita lakukan kita perlu berfikir dengan waras dan bukan dengan keegoan dan juuga hawa nafsu. Kerana syaitan sentiasa ingin mensesatkan manusia sehingga ke hari kiamat. 


---------------------------------------------------------------------------------
Apa pun juga kisah ini, diharap dapat memberi tauladan kepada kita. Bacalah al-Quran agar ia sebati di dalam diri. Kerana ia bakal mengalir di dalam darah-darah kita ayat-ayat suci al-Quran sehingga suatu ketika apabila di alam barzakh, tidak akan reput jasad kita dimamah tanah dan terhindar dari azab kubur (Ustaz Mustafa Kamal)

Berpeganglah kita kepada yang satu iaitu ASWJ (Ahli Sunnah Wal Jamaah). Semoga Allah permudahan urusan kita di dunia dan di akhirat. 

27 ulasan:

  1. Sihir.. syirik.. tapi ramai orang sekarang ni tak sedar akan kemungkaran dalam menggunakan sihir tu ... macam mana nak follow blog nie ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak perlu follow wahai sahabat ..cuma ingat sahaja dalam hati :)
      insyaAllah ada jodoh kita, kita akan bersahabat lama...

      Padam
  2. benda ini memang ada kalau tak kuat iman mudah tergoda

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul .. memang mudah tergoda..
      kita perlu perkuatkan iman.. agar sentiasa terhindar daripada godaan kecil mahupun besar syaitan

      Padam
  3. Astaghfirullah..sampai macam tu sekali sanggup balas membalas...wanau'zubillah

    quran dan sunnah..ini paling penting dalam hidup kita..

    syukran bro utk perkongsian ni...

    BalasPadam
  4. Sekarang pun masih ada lagi orang Islam yang macam ni. suami isteri sihir-menyihir macam ni, anak nanti macam mana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada.. syaitan akan menyesatkan manusia sehingga hari kiamat

      Padam
  5. macam mana suami isteri pun boleh jadi macam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wallahu'alam ..
      pasti ada sesuatu yang ditengah-tengah menggoda

      Padam
  6. macam mana suami isteri pun boleh jadi macam tu..

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum... sayurpaku,

    mselim3 baca sampai habis kisah nie... begitulah terjadi kepada sesebuah keluarga yang tidak berpegang kepada al-Quran dan sunnah Rasullulah. Dendam dan ego itu ibarat 'api dalam sekam' .. apabila dalam sesebuah institusi kekeluargaan itu suami isteri tidak menghormati antara satu . Macam2 boleh berlaku.. sedih kan.

    mselim3

    pls: ziarah sini tgk kekawan.. jalin ukhuwah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam,
      na'am .. betul tu sahabat ia boleh menjadi api dalam sekam..tanpa kita sedar kita boleh terjebak jika biarkan syaitan menggoda nafsu tanpa kita mengawal

      Padam
  8. Mintak jauh lah menda sebegini dalam kehidupan saya...aminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah ..al-Quran dan Sunnah jadikan panduan

      Padam
  9. Allahuakbar..macam ini pun ada ke ?? ishhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada..ada lagi teruk ,,saya tak ceritakan lagi ..nanti saya cerita

      Padam
  10. Errr, tak tahu lah nak cakap.. mudah-mudahan kita dijauhkan dari perkara2 yg macam ni. hmm

    BalasPadam
  11. bila terjebak dengan cara salah
    kesudahannya tak akan aman
    dunia akhirat tak aman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila ego dan juga nafsu mengawal..syaitan bertepuk tangan

      Padam
  12. erm.. takde faedah sihir menyihir ni

    BalasPadam
  13. rajin plak diorang main-main sihir ni ye.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...