>

Rabu, 16 Julai 2014

Terkini Gaza : 10 Syarat Gencatan Senjata Brigade al-Qassam



Antara 10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata;
1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.


2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).

3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.

4- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.

5- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.

6- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.

7- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.

8- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta memudahkan mereka yang ingin menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

9- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.

10- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.

Sumber;
Al-Qassam
Terjemahan oleh;
Aman Palestin




KOMEN : Saya rasa, PBB pun buat tutup mata dengan isu peperangan ni. Hmmphh ..

al-Qassam adalah Wira, Hero kepada masyarakat Islam dunia untuk terus memperjuangkan agama Allah

Terkini Gaza : Tentera Israel Jatuhkan Bom

Saya akan update terkini kekejaman di Gaza oleh Israel bersumberkan Aman Palestin. In shaa Allah 



Terkini Gaza : Malaysia Hantar 5 Doktor Pakar ke Gaza



Aman Palestin hantar 5 doktor pakar ke Gaza.

Terima kasih atas sumbangan daripada rakyat Malaysia.
5 Doktor Pakar yang akan sertai Misi Perubatan AP ke Gaza

Aman Palestin dengan kerjasama I-Medik Malaysia akan menghantar 5 orang doktor pakar ke Gaza bagi memberikan perkhidmatan perubatan kepada para mangsa perang.

Misi ini akan diketuai oleh Dr Mohamad Nor Sundari, Pakar Perunding Bedah Ortopedik di Pusat Perubatan Kuantan (KMC) yang juga merupakan Timbalan Presiden I-Medik.

Ini adalah misi ke 18 bagi Aman Palestin menghantar sukarelawan ke Gaza dan yang ke-2 untuk misi perubatan.

Menurut Ust Awang Sufian Awang Piut, CEO Aman Palestin bahawa AP telah berjaya mengumpul sejumlah RM 5 juta untuk Tabung Kecemasan Gaza dan sebanyak RM 1.6 juta telah dihantar ke Gaza untuk bantuan permulaan.

5 orang doktor pakar yang terpilih adalah :

1- Dr Mohamad Nor Sundari - Pakar Perunding Bedah Ortopedik dari Pusat Perubatan Kuantan (KMC) sebagi Ketua Misi

2- Dr Zairul Nizam Zainol Fitri - Pakar Perunding Bedah Ortopedik dari Hospital Pakar Senawang, Seremban.

3- Dr Mafeitzeral Mamat Bin Mamat - Pakar Perunding Bius (Anaesthesiologist) dari Fakulti Perubatan UiTM

4- Dr Hasbe Zuraina Abu Bakar - Pakar Bedah Bius dari Hospital Columbia, Setapak

5- Dr Kamarul al-Haq B. Abdul Ghani - Pakar Bedah Trauma dari Hospital Serdang.

Mereka dijangka akan bertolak ke Gaza melalui Kaherah pada hari Jumaat ini, 18hb Julai apabila mendapat lampu hijau daripada pihak keselamatan Mesir. Mereka dan akan berada di sana selama 10 dan pasukan ini turut disertai oleh 4 orang wartawan Malaysia dan seorang pegawai Aman Palestin Bhd.

Aman Palestin juga merancang untuk menghantar beberapa lagi misi kemanusiaan dan perubatan juga akan dihantar ke Gaza selepas hari Raya kelak.

Sama-sama kita doakan agar mereka selamat pergi dan balik serta kejayaan misi ini.



Terkini Dari Gaza : Sumber Aman Palestin

Saya akan bawakan kepada anda berita terkini dari Gaza yang bersumberkan Aman Palestin. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...