>

Sabtu, 11 Oktober 2014

Semakin Banyak Virus & Wabak Unknown

semakin hari, semakin banyak wabak-wabak yang pelik ditemui dan yang belum ditemui. Ia secara tidak langsung bakal meninggalkan kesan dalam diri rakyat Malaysia khususnya mengenai betapa perlunya kesedaran mengenai wabak dan virus agar rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan cara hidup yang berkualiti dan sihat. 



Ancaman Denggi itu sudah berada di hadapan mata, maka rakyat harus mengambil iktibar daripada kes denggi yang semakin meningkat di negara ini. 

Wabak pelik dan tidak diketahui ini aku dengar daripada seorang MA (Medical Assistant) yang singgah di kedai aku berniaga di Temerloh. Kedai air soya. Aku tolong Pakcik Man yang tinggal di Paya Luas, Seberang Temerloh. Abang MA ni datanglah borak-borak. Lepas tu timbul satu perbualan mengenai virus atau wabak pelik yang dikesan wujud di Malaysia. 

Jadi, ramai doktor tak boleh ambil cuti untuk mengkaji wabak atau virus ni. Anak Pakcik Man tu pensyarah doktor di USM kalau aku tak silap la. Dia kena kaji semula dengan geng-geng doktor dia laa wabak terbaru ni. 

Aku lupa nama dia. Bukan Ebola. Harap-harap Ebola tak merebak sampai ke Malaysia.


Isnin, 11 Ogos 2014

Resepi Tomyam Putih

Resepi Tomyam Putih pastinya pilihan hati saya. Taktau kenapa tetibe je rasa nak makan tomyam putih selepas insiden yang membabitkan kepenggunaan. Belum setel lagi kes tu, saya akan cuba yang terbaik untuk dapatkan hak yang hilang. Untuk tak nak stress, saya nak share Resepi Tomyam Putih yang saya google ni. Bukan apa, sebabnya saya memang teringin nak makan tomyam putih sekarang : 

SUMBER


RESEPI TOMYAM PUTIH

BAHAN-BAHAN :

Bahan Yang Dipotong Kecil
1) Daging ayam - kalau taknak ayam, boleh je tarok seafood macam sotong, udang, dll
------------------------------------
Bahan Yang Ditumbuk 
2) 4 Ulas Bawang Putih
-------------------------------------
Bahan Yang Dipotong Bulat
3) 4 Biji Bawang Besar
-------------------------------------
Bahan Yang Diketuk
4) 1 inci lengkuas
5) 4-5 batang serai (ikut kesesuaian)
-------------------------------------
Bahan Yang Diperlukan Untuk Rasa Tomyam
6) 7 helai daun limau purut
7) 2 sudu besar sos ikan
8) Air limau nipis
9) 2-3 sudu besar santan (nak isi boleh tak nak isi pun boleh)
10) Garam 
11) Sayur : kobis bunga, lobak, atau apa-apa sahaja ikut kesesuaian
12) 1 liter air
-------------------------------------

CARA-CARA 


  • Panaskan minyak. Lepas tu tumis dulu semua bahan-bahan yang ditumbuk 
  • Masukkan serai. Kemudian masukkan air biar bagi dia mendidih. Dah mendidih baru boleh masukkan ayam.
  • Masukkan limau purut dan sos ikan. Lepas tu boleh masuk santan, kalau taknak santan, biar jela putih air gitu. Tapi tak lawa pulak nanti kuah putih berseri ..hehe
  • Kacau yang kita dah masukkan tadi kemudian boleh masukkan garam secukup rasa. 
  • Bila daging nampak macam dah nak masak tu, haa..baru boleh masukkan sayur-sayur. Masukkan je lempar dalam periuk tu
  • Lepas dah masak, tarok air limau nipis tu. Perghhhh ...menyengatttt bohhhh..!!

SELAMAT MENCUBA !!




Khamis, 7 Ogos 2014

Saya Bantah Boikot Yang ....

Boikot Jangan Mencaci | Fikir sikit orang ramai. Jangan buat malu agama Islam. Sekarang ramai dah beriya-iya nak boikot. Itu sangat bagus. Petanda yang baik. Sedikit sebanyak bagi kerugian kepada ekonomi Israel. Tapi ada geng yang boikot sampai mencaci, meludah, memukul pekerja McD dan seumpamanya, menjahanamkan harta benda awam ini yang saya bangkang. SAYA BANTAH !!



Islam tidak ajar untuk bersikap biadap. Apakah bezanya kita dengan kaum yang kamu boikot itu andai diri sendiri bertindak di luar norma kemanusiaan ? Hati saya tiba-tiba menyirap dengan keadaan boikot yang melampau sehingga menyebabkan ramai yang berikan komen negatif dan sebagainya. 

Aqsa Syarif juga membantah golongan pemboikot yang melampau sehingga menyebabkan kekacauan.

Boikot McD je ke ? Rokok tu macam mana ? Itu agenda Zionism jugak. Saya nak tanya, kenapa tak boikot rokok ? Atau kalian dah terbuai dengan rokok ? Fikir sikit ... bukan McD saja. Tapi kehidupan kita juga dah banyak dipengaruhi Zionism. Pergaulan bebas umpamanya, membuka aurat, pemakaian dan sebagainya, itu juga agenda mereka. 

PESAN SAYA : Kalau nak boikot, boikot dengan membenci di dalam hati. Benci nak guna produk mereka dan sebagainya. Jangan sampai mencaci orang lain. Meludah orang lain, menganggu ketenteraman awam dan sebagainya. Itu tak ada otak namanya. 

Cara Menteri Boikot Syarikat Zionist Israel

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia hari ini telah membuat satu tindakan yang mendapat pujian amat hebat dari rakyat Malaysia berhubung cara DS Ismail Sabri Yaakob memboikot BANK HSBC


Untuk pengetahuan, Bank HSBC ni dah terminate siapa-siapa sahaja pemegang kad HSBC yang boikot Zionist Israel. Ramai dah kena..jadi ini salah satu cara DS Ismail Sabri boikot. 


SUMBER : AMAN PALESTIN

Rabu, 6 Ogos 2014

Tempat Menarik Kuala Terengganu



Sedang saya sibuk buat pakej 3H2M ke Kuala Terengganu ni, saya ambik masa sikit untuk tulis entri tak seberapa ni. Untuk semua jugak. Sebabnya, saya sebagai agen pelancongan akan cuba sedaya upaya bagi yang terbaik untuk kemudahan semua. 

Kuala Terengganu terlalu banyak tempat menarik untuk dilawati. Daripada darat sehinggalah ke laut. Memang semuanya lawa-lawa.

TEMPAT MENARIK KUALA TERENGGANU
1) Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah)
-Masjid terapung selalu jadi tarikan untuk pengambaran dan juga foto keluarga. Sebenarnya, yang nampak macam terapung apabila air tasik yang mengalir terus ke laut pasang, dan bila kita tengok masjid tu, ia nampak seakan-akan terapung.

2) Pasar Payang 
-Pasar Payang tak boleh disangkal lagi. Banyak barang-barang yang dijual. Lebih kurang macam mini Malaysia lah jugak. Orang berpusu-pusu untuk pergi ke Pasar Payang setiap hari. Apa yang dorang cari haa ? 

3) Keropok Lekor Losong
-Saya dah banyak kali try makan keropok losong. Dia 100% diperbuat di Kampung Losong. Di Terengganu ni, hanya ada 2 tempat keropok lekor je yang paling sedap dan Umpphh... no.1 di Kampung Losong, Kuala Terengganu dan satu lagi di Sura Hujung, Dungun. Selalunya orang akan beratur untuk beli keropok lekor kedua-dua tempat ni.

4) Taman Tamadun Islam & Masjid Kristal
-Taman Tamadun Islam memang menjadi tarikan. Mini masjid dunia di adakan di situ. Yuran masuk ke TTI RM20.00 (Dewasa) dan RM15 (Kanak-Kanak). Tapi kalau nak masuk ke Masjid Kristal, boleh saja free of charge (FOC). Takde masalah 

5) Taman Tamadun Islam River Cruise
-Selain keindahan TTI dan Masjid Kristal, TTI ada river cruise tau tak.. River cruise ni kalau nak masuk, harga yuran masuk dia RM20.00 (Dewasa) dan RM15.00 kanak-kanak. Kira macam-macam lah jugak tempat dia bawak naik bot TTI.

6) Pantai Batu Buruk
-Pantai ni kalau belah petang memang ramai orang. Ada kereta kuda ala-ala Cinderella, kuda pony ada. Orang main wau, beriadah. Main ATV dan macam-macam. Pelancong suka datang sini sebab nak rasai sendiri kemeriahan pantai yang termeriah di Terengganu ni.

7) Muzium Negeri Terengganu
-Muzium yang antara terbesar di Malaysia dan antara terbesar di Asia Tenggara. Pelbagai artifak menarik dan juga macam-macam tinggalan orang dahulu kala di tempatkan di dalamnya. Yuran masuk ialah RM5.00 (dewasa) dan RM2.00 (Kanak-kanak)

8) Pulau Duyung
-Pulau Duyung ni kena rentasi jambatan untuk ke Pulau Duyung. Ada lah kat situ orang buat perahu. Antara pembuatan perahu yang paling lama dan paling hebat dalam sejarah Melayu, ada di Pulau Duyung ni. Sampai sekarang ada orang yang tidak akan tinggalkan pembuatan perahu ini. 

PAKEJ LAWATAN KE KUALA TERENGGANU






HUBUNGI TERUS

TEL/FAX : +6 09 250 6880
Email : suria_excel@yahoo.com
Whatsapp : 014-530 7645
Facebook Page : https://www.facebook.com/SuriaExcellenceTravel

Selasa, 5 Ogos 2014

Malaysia Airlines Atau AirAsia Terbaik ?






Bagi saya yang dah banyak kali guna AirAsia dan MAS (Malaysia Airlines) saya tak dapat nak agak mana satu yang baik dan mana satu yang tak bagus. Bagi saya dua-dua adalah bagus. Kerana MAS adalah syarikat induk bagi penerbangan di Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai syarikat penerbangan milik kerajaan. AirAsia ni pulak syarikat tambang murah yang orang ramai selalu guna. 

Keduanya baik dan keduanya mempunyai pro dan cons. Bagi saya, saya sangat suka menggunakan MAS kerana apa ? kerana selain daripada servisnya yang sangat bagus, dengan hidangan makanan halal yang bagus, serta layanan daripada kaunter tiket sehinggalah ke dalam pesawat, semuanya terbaik. Pesawat yang luas, selesa dan gah di persada dunia.

Tapi sejak kebelakangan ni je ramai yang macam nak jatuhkan martabat MAS. Pelik betul. Macam nak bankrupkan MAS je..

Pandangan korang ? 

Buat Apa Nak Boikot ?

Ancaman terhadap ummat Islam semakin mendalam. Bukan sahaja di Palestin, tetapi di Mesir, di Thailand, di Myanmar, di mana-mana sahaja akan ada ummat Islam yang dibunuh. Begitu hebat dugaan dan ujian yang diberikan Allah untuk ummat akhir zaman. Kalau ummat Islam di Malaysia tak bersyukur jugak kepada Allah atas kemakmuran dan kesejahteraan hidup di Malaysia ni tak tau laa nak kata apa. 



Tapi yang parok nya, ummat Islam Malaysia ni terlalu makmur, sampai agama entah kemana, pegangan hidup entah kemana. Nak buat style eropah kononnya. Itu tandanya, dakyah yang cuba diterapkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam diri dan masyarakat Islam itu sendiri, berhasil. 

Boleh tengok dengan mata kasar sekarang, tak payah tengok jauh, tengok dekat-dekat sekeliling je betapa rakyat "tidak boleh hidup" kononnya dengan produk-produk zionist dan sekutu-sekutunya. 

Banyak lagi produk-produk mereka. Tapi buat apa nak boikot ? Sedangkan mereka terus menerus membunuh kanak-kanak, wanita, warga emas dan sesiapa sahaja dengan pendustaan bahawa mereka semua itu adalah terrorist. Kanak-kanak tu terrorist ke ? Wanita tu terrorist ke ? Ahhh ...menipu nombor satu ummat Zionist ni..

Daripada boikot, kita dah boleh "miskinkan" mereka dari segi ekonomi. Kalau tak percaya takpelaa..sebab itu boikot itu perlu. Bukan boikot sehari dua, bukan seminggu, bukan setahun tapi selama-lamanya. Boikot is boikot !! 

Dan diingatkan juga sesiapa yang mengatakan tiada Jihad di Palestin, dan sesiapa yang boikot Israel adalah suatu kebodohan tu, sebenarnya merekalah yang buta !!

Jangan boikot hanya pada pakai baju, boikot hanya di mulut tapi boikot sampai bila-bila.. 

BOIKOT BOIKOT BOIKOT

Isnin, 4 Ogos 2014

Bukan Suami Tak Suka, Tapi Isteri Yang....

Hidup berumah tangga, pasti seperti air laut yang kadang kala surut, dan kadang kala air nya akan naik sehingga membadai tebing-tebing pesisir pantai menghakis bentuk muka bumi. Rumah tangga yang tidak dijaga, pastinya bakal menjadi seperti tebing tinggi yang akan hancur berantakan. 



Bagaimana untuk menjaga rumah tangga ? Perkara yang paling utama sekali untuk berumah tangga ialah SOLAT ! Solat ialah tiang agama, tanpa solat, maka di mana letaknya agama ? 

Di manakah kedudukan solat di dalam Islam ? 
Hal ini telah diriwayatkan oleh At-Thabrani daripada Ibnu Umar r.a yang mana Rasulullah (Shollallah 'alayhi Wassalam) bersabda :

"dan tiada agama bagi orang yang tidak solat, sesungguhnya kedudukan solat di dalam agama Islam, diibaratkan umpama kepala kepada tubuh badan"

begitu juga di dalam perkahwinan ataupun rumah tangga. Bagaimana untuk menjaga isteri dan anak-anak sedangkan solat tidak dijaga. Khuatir, disebabkan tidak solat, sebab itu ramai pasangan berkahwin bercerai-berai. 

Ada satu kisah di mana pengalaman saya yang mana, Murabbi yang menjadi pengajar saya menceritakan bahawa, ada satu keluarga yang baru berkahwin. Suaminya bukan tidak sayang kepada isterinya tetapi, isterinya yang berperangai seperti anak dara walhal telah berkahwin dan mempunyai suami yang sanggup menjadi peneman hidupnya. 

Apakah tugas si suami ? Adakah mereka perlu lihat sahaja atau bagaimana keadaannya ? Untuk itu, suami harus berfikir sejenak apa yang tidak kena dengan diri dan barulah boleh melihat kepada isterinya. Mungkin ada yang kurang, berkemungkinan, ianya adalah solat. 

Solat itu tiang agama. Yang pertama sekali dihisab adalah solat. Kemudian, apabila solatnya baik, barulah dihisab amalan-amalan yang seterusnya seperti puasa, zakat, Haji, dan sebagainya. 

Kalau Solat dah "sangkut" bagaimana pula amalan seterusnya ?? Tanya hati, tanya IMAN, kembalilah kepada jalan yang lurus, jalan yang diredhai.

Saya juga banyak khilaf, andai dibuka hijab semua untuk melihat khilaf dan aib saya, pasti tiada seorang pun yang akan dekat dengan saya. Tetapi, ilmu yang berguna kita sampai-sampaikan. Supaya ia bermanfaat untuk semuua in shaa Allah. Tabarakallah

Jumaat, 1 Ogos 2014

Tips Memilih Pakej Umrah



Umrah adalah sebahagian daripada Haji kecil. Ia dinamakan sebagai Haji kecil kerana ianya adalah mirip ibadah Haji. 

Sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya :

Aku berkata : "Wahai Rasulullah, apakah wanita wajib berjihad ?" lalu, baginda menjawab,"Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu Haji dan Umrah"

boleh juga rujuk Suratul Baqarah ayat 196 mengenai Haji dan Umrah. 

TIPS MEMILIH PAKEJ UMRAH :

Di Malaysia ni, banyak agensi-agensi yang menawarkan pakej Umrah yang sangat berkualiti dan sangat bagus. Ada juga tidak kurang menyediakan pakej Umrah yang palsu sehingga menyebabkan banyak agensi-agensi yang berdaftar gulung tikar. Agensi palsu atau tipu yang berlandaskan keuntungan semata, tanpa memikirkan hukum syarak atau syariat yang ditetapkan dalam perniagaan, mereka mengambil untung sewenang-wenangnya dengan menipu pelanggan. Kesannya, pelanggan kerugian harta benda dan niat mereka mengerjakan umrah, tergendala. 

Antara tips yang boleh digunakan ialah :

TIPS 1 :

Pakej Umrah bawah RM3,500
-Berkemungkinan pakej ini adalah pakej yang tipu. Kerana pakej umrah memang susah dapat harga murah macam tu. RM3,500 harga yang tidak munasabah untuk Umrah Muassassah. Dengan tips kepada Mutawwif, hotel, pengangkutan di sana, tiket penerbangan pergi dan balik dan sebagainya. Anda boleh fikir, ianya sangat pelik. 


TIPS 2 :

Pakej Umrah RM4,350 - RM5,100
-Berkemungkinan pakej seperti ini adalah pakej Umrah yang biasa untuk golongan yang tidak mampu membayar lebih. Selalunya, pakej umrah sebegini berkemungkinan hotelnya yang jauh dari masjid, menyukarkan jemaah untuk beribadah dan berkemungkinan juga Mutawwif hanya datang semasa jemaah ingin sa'i. Tetapi segala perjalanan datang, jemaah kena handle sendiri. Itu sangat membimbangkan kerana dalam menjual servis, kita perlu menjaga amanah yang telah diberi oleh pelanggan kepada kita (agen)



TIPS 3 :

Pakej Umrah RM5,500 - RM6,000
-tidak lain tidak bukan, pakej ini adalah pakej terbaik untuk anda pilih. Kerana pakej dengan harga sebegini hotelnya dekat, diantara 100m - 200m ke masjid. Pakej sebegini mementingkan mutu daripada keuntungan. Kerana berkemungkinan mereka menjaga dengan sebetulnya amanah yang telah diberikan kepada mereka. Ini cukup baik.


--------------------------------------------------------

Untuk kesimpulan, ketiga-tiga tips di atas hanya untuk Umrah bulan Januari kerana untuk umrah Jun, Ramadhan dan juga Disember, pasti harganya sangat mahal kerana cuti sekolah dan juga pihak Arab Saudi menaikkan harga visa 3x ganda. Pihak Arab Saudi tidak mahu memberi terlalu ramai jemaah masuk di bulan-bulan sebegini atas sebab-sebab tertentu. 

*boleh rujuk di kedutaan Arab Saudi

Ini antara pakej Umrah yang kami sediakan :



































Untuk tempahan, boleh hubungi di nombor yang tertera atau nak lebih jelas boleh hubungi :

TEL/FAX : +6 09-250 6880
Whatsapp : 014-530 7645
Email : suria_excel@yahoo.com

S U R I A  E X C E L L E N C E  T R A V E L  &  T O U R S  S D N  B H D
C O. N O  9 7 4 5 0 1 - H     K P L 6 8 9 0
N O. 9,  J A L A N  K E R A Y O N G 1,  2 8 2 0 0,  B A N D A R  B E R A
P A H A N G  D A R U L  M A K M U R

Sabtu, 26 Julai 2014

BOIKOT ASTRO ! Astro - Amdocs, PERJELASKAN SEGERA



Saya nak tanya Astro apa hubungan Astro dengan Amdocs. Kalau betul ada jalinkan lagi kerjasama dengan Amdocs (Amdocs ni milik israel) maka, kami inginkan penjelasan serta merta. 

Untuk pengetahuan, AMDOCS ni satu pengendali utama dunia dalam sistem perisian pengurusan pelanggan yang telah diberikan kepercayaan dalam membangunkan beberapa perisian bagi pihak Astro sejak 2004. 

Aqsa Syarif juga telah membuat satu kenyataan rasmi berhubung hal ini. Kami semua sebagai rakyat Malaysia juga masih menunggu kenyataan rasmi dari Astro. Kalau betul, mari pakat ramai-ramai boikot ASTRO. 

















Ini pula kenyataan rasmi Aqsa Syarif yang menjadi suara rakyat Malaysia dan Islam dunia untuk mengetahui situasi perhubungan Astro - Amdocs. 














RUJUK : AQSA SYARIF

Untuk itu, kami semua mahukan penjelasan. Kami taknak setiap sen duit yang disalurkan untuk hiburan melampau hari-hari hanya untuk beli peluru untuk tembak anak-anak Palestin. 

p/s : saya tak guna Astro

Jumaat, 25 Julai 2014

Azizulhasni Awang Berdepan Tindakan Oleh Komanwel

Isu Azizulhasni Awang, pelumba basikal negara di Sukan Komanwel menjadi suatu viral di dunia ketika ini apabila dengan beraninya dia memakai sarung tangan "SAVE GAZA" untuk menunjukkan bahawa rakyat Gaza perlu di ambil peduli. 


















Tetapi, Badan Komanwel nak ambil tindakan disiplin ke atas Azizulhasni. Saya sangat musykil dengan Badan Komanwel ni. 






















Mengikut akhbar online Canada, mereka menyokong tindakan Azizulhasni. Mereka mengatakan 

"Nothing is too small to be a messenger of justice"

Translate Melayunya - Tak ada yang terlalu kecil untuk menjadi pembawa kepada keadilan

Kira maksud akhbar ni, perkara macam tu yang punya kecik, pakai gloves "SAVE GAZA" tu, daripada nyawa yang dah beratus orang hilang macam tu je, kena ambik tindakan oleh Badan Komanwel. 

#RESPECTAzizulhasni

Tips Sebelum Pulang Berhari Raya



Tak berapa lama lagi Syawal akan menerjah. Tetapi bagaimanakah dengan Ramadhan ? Seperti yang kita bincangkan sbeelumnya, Ramadhan adalah bulan untuk ditangisi apabila ia pergi meninggalkan kita. Maka, Syawal adalah bulan untuk merai kemenangan kerana telah berpuasa. Jangan tangisi Syawal, kerana apa ? Kerana Syawal bukan bulan untuk ditangisi, tetapi Ramadhanlah bulan yang perlu kita sedih andai ia pergi. 

Tarikh tengok anak bulan

Ramai yang akan pulang ke kampung, maka, disini saya ingin berkongsi tips sebelum pulang berhari raya. 

1. Rancang Perjalanan :
-Setiap musim perayaan mesti ramai akan berpesan, agar rancang perjalanan sebelum pulang berhari raya. Dengan keadaan trafik yang berkemungkinan sesak, peratusan kemalangan juga akan meningkat mendadak.

2. Servis kenderaan :
-Saya percaya, sudah ramai mengambil tindakan cepat untuk servis kenderaan mereka sebelum pulang. Tetapi ada juga yang acuh tidak acuh. Itu bahaya, sebab kalau tiba-tiba rosak tengah jalan, ...hmm ...raya tepi jalan jelaa..

3. Sebelum Pulang, Maklum Kepada Jiran
-Jiran tu adalah sahabat terdekat kita. Kalau nak pulang berhari raya, maklumkan kepada mereka. Risau ada apa-apa macam pecah rumah ke, apa ke kan ? Perompak ni mana ada cuti... 

4. Periksa Rumah 
-Tengok kalau-kalau ada pintu yang masih tak terkunci. Ambik initiatif dengan buat mangga pendua atau kunci kedua. Biar banyak-banyak mangga, jangan nanti merana. Tingkap kena jaga, tarok laa grill tingkap. Baru selamat. 

Apa pun, saya mengucapkan Selamat Berhari Raya kepada pembaca semua. Moga raya tahun ni, ingatlah kepada saudara kita yang tak boleh beraya. Okay ?

Khamis, 24 Julai 2014

Dua Lebih Baik - Iklan Raya USIM

USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) telah mengeluarkan iklan raya khas bersempena syawal 2014. Agak menarik iklan ini. Latarnya adalah untuk memberi perhatian kepada golongan yang kurang berkemampuan. Apa-apa pun, jom tengok sini 




Rabu, 23 Julai 2014

Shopping Hari Raya di Rakuten Malaysia



Rakuten ialah satu laman Shopping Online di mana di dalamnya dipenuhi dengan produk daripada buatan Jepun. Alaa..dia macam ala-ala Zalora jugak tapi yang ni ada banyak barang-barang yang lagi superb. Bukannya apa, Rakuten Malaysia ni dah lama cuma nak diketengahkan tu tak ada lagi. 

Macam-macam dorang jual dekat Store Online ni, antaranya 

  1. Gadget Elektronik (klik sini)
  2. Fesyen terbaru (klik sini)
  3. Produk kecantikan (klik sini)
  4. Pakaian bayi dan anak-anak (klik sini)
  5. Alatan-alatan aksesori kenderaan (klik sini)
  6. Barangan Sukan Lelaki & Wanita (klik sini)
(klik banner)

Pakaian Muslimah untuk Raya pun ada juga dijual di Rakuten. Semuanya khas untuk wanita. 



Untuk maklumat lanjut mengenai Rakuten Malaysia boleh lawat Store Online Rakuten.

KLIK SINI

Tarikh Tengok Anak Bulan Syawal 2014



In shaa Allah, jika Allah permudahkan, tarikh tengok anak bulan Syawal 2014 ialah pada petang hari Ahad , 27 Julai 2014 bersamaan dengan 29 Ramadhan 1435H. Maka bergembiralah seluruh ummat Islam di Malaysia sebab dah raya, dan Ramadhan dah meninggalkan kita. Sepatutnya.. Ramadhan kena ditangisi adik, akak, abang, pakcik makcik sekalian ..sebab apa ? Sebab Ramadhan tu masa afdhal untuk kita minta ampun minta maaf minta taubat diterima oleh Allah. Mungkin Ramadhan akan datang kita dah tak sempat dah..

Maka antara 3 doa Jibril yang selalu kita dengar di ceramah-ceramah semasa Nabi Muhammad SAW naik antara tangga ke tangga untuk ke mimbar semasa berkhutbah, Jibril mendoakan,

"celakalah ! Binasalah ! bagi orang yang didatangi Ramadhan tetapi pengakhirannya ia masih tidak mendapat keampunan daripada Allah" lalu Nabi Muhammad membalas AMIN. 

-------------------------------------------------

Pengisytiharan tarikh hari raya akan dilakukan pada malam 27 Julai 2014 melalui siaran televisyen dan radio ke seluruh negara. 

Nak tengok tempat melihat anak bulan boleh KLIK SINI


Nak Salahkan Siapa Tragedi MH17 ?

Antara bangkai pesawat yang dijumpai di Ukraine


Tragedi yang menimpa MH17, amat dahsyat sehinggakan apa yang di gelar petani Ukraine sebagai hujan mayat. Begitu hebat ujian untuk Malaysia. Tetapi bila di tanya Ukraine, kerajaan Ukraine salahkan puak pemisah Pro-Russian, dan salahkan pulak timur Ukraine yang melepaskan peluru mengena pesawat MH17. Malangnya semua dah tolak apa-apa kemungkinan mereka yang bersalah. 

Tapi kotak hitam dah dapat keduanya. Tak ada masalah dah tu.. Jangan terlepas pada orang lain sudah sebab kotak hitam tu akan jadi bukti kepada apa yang berlaku sebenarnya dalam pesawat

Be strong PM. Malaysia dah banyak jadi macam-macam, apa-apa pun, kembalilah kepada fitrah kejadian manusia dan juga janji Allah. 

Selasa, 22 Julai 2014

#RayaPickupLines Menjadi Trending Twitter


Semakin nak memasuki Syawal, semakin banyak sambutan yang di tunjukkan rakyat di Twitter dengan trending terbaru iaitu #RayaPickupLines ..Banyak yang lawak, yang sempoi, yang menarik, yang comel dan sebagainya..

Itu bermakna, rakyat Malaysia ni, selain suka berhibur dengan duniawi, mereka juga suka membuat sesuatu untuk menghiburkan hati dan orang lain. Jom tengok antara ayat-ayat menarik #RayaPickupLines :





































Untuk follow Twitter saya boleh sahaja :

TWITTER : https://twitter.com/JanggutMuda
TWITTER SURIA : https://twitter.com/KembaraSuria
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Beritakaki
FACEBOOK PAGE SURIA : https://www.facebook.com/SuriaExcellenceTravel




Si Kecil Ini Terpegun Dengan Azan











Baru pertama kali jejak kaki di tanah arab, anak kecil ini dikejutkan dengan kemerduan lantunan azan oleh muadzan yang sangat merdu suaranya. Mari kita lihat reaksi si kecil ini :




Apa yang saya ingin kongsi ialah, sesungguhnya Islam adalah agama yang benar. Tiada yang benar, selain daripada Islam. Andai kalian melihat kepada sisi ummah, pasti kalian tidak akan dapat melihat kebenaran Islam kerana ummah terlalu banyak kelemahan dan kemungkaran. Tetapi, andai kalian dapat melihat sisi Islam, kalian akan merasakan, nikmat, kemanisan, dan juga ketenangan. 

Maha Suci Allah yang mempunyai alam semesta ini. Yang menjadikan manusia, Yang Maha Agung lagi Maha Kaya. 

Pemuda Ini Dah Dapat Malam Lailatul Qadar

Saya rasa saya tak nak share banyak tapi dah viral dah kat internet mengenai satu fan page ni yang sangat popular. Tapi dari segi Troll laa.. Walaupun begitu, Page Amran Fans memang sangat hangat di perkatakan dari segi Troll dia tapi dalam nya ada pengisian untuk kita hadamkan. 

Contohnya, apabila dia mengatakan dia telah mendapat malam Lailatul Qadar :






















Apa pun, memang ada betulnya jugak apa yang dikatakan oleh  admin page ini ...

Ahad, 20 Julai 2014

Iklan Raya RTM 2014 Yang Terbaik

Ramadhan patut ditangisi, Syawal patut dirasai. Apakah pengertian Ramadhan tahun ini bagi anda semua ? Ada berubah atau masih tetap sama macam tahun-tahun dahulu ? Disini saya kongsikan 

Iklan Raya RTM 2014 Yang Terbaik :

Muslim Malaysia Sedang Berperang Dan Berjihad

Sedang di Palestin ramai ahlinya berjihad kerana jalan Allah, untuk mempertahankan agama Islam dan juga kedaulatan tanah suci itu, rakyat Malaysia semakin terumbang ambing dek dunia dan hiburan tanpa henti. Tak ada sattu detik pun dalam hati untuk ingat Allah, untuk ingat mati kalau banyaknya berhibur sampai terlupa dengan tujuan asal didunia. 

Jika awak perasan, masa semakin pantas bergerak ke hadapan. Bermakna, kematian semakin menghampiri. Ada dua pendapat mengenai perihal tanda akhir zaman iaitu masa bergerak sangat pantas, iaitu :


  1. manusia akan merasakan masa bergerak begitu pantas sekali sehingga tidak sempat melakukan ibadah dan mendekatkan diri dengan Allah. Kerana manusia begitu sibuk dengan berhibur -- berhibur -- dan berhibur 
  2. manusia akan merasakan masa bergerak begitu pantas sekali berkemungkinan perasaan dirinya sahaja dan berkemungkinan juga paksi bumi dan putarannya telah menjadikan manusia merasakan ianya begitu pantas. 
Tahukah kalian bahawa, penghujung zaman ini kita akan jumpa banyak perkara pelik. Antara contoh, Islam akan menjadi ganjil semula atau pelik. Atau lebih mudah, Islam tidak menjadi cara hidup dah, tapi sebagai nama atas nama sahaja. 

Tika ini, Malaysia sedang diuji dengan pelbagai dugaan dari Allah, antaranya kejadian di Sabah yang seperti tiada tanda mahu berhenti, pesawat MH370 hilang, pesawat MH71 ditembak jatuh, rakyat Malaysia makin lama makin sangat suka berhibur dan sebagainya. 

Pakaian sudah menjadi hanya seperti "bungkus nangka". Berpakaian tetapi telanjang. Bertudung tapi telanjang, aqidah sudah menyimpang, Muslim ramai Murtad, dan AGAMA dijadikan hanya sebagai ADAT !!

Muslim Malaysia sedang berperang dan berjihad untuk melawan segala macam perkara ini, tapi ternyata tidak mampu. Kerana ideologi zionist telah lama meresap ke dalam pemikiran dan gaya hidup masyarakat.

Pesan Saya : Jaga Iman, Jaga Hati. Yakini Allah, Yakini Rasulullah

Sabtu, 19 Julai 2014

Lelaki Yang Wanita Patut Jauhi

Scroll timeline Twitter tadi, terjumpalah ayat yang sangat bernas ni. Saya copy je. Tapi kalau awak semua nak share, silakan. Tak kisah. Sebab saya pun share dengan awak dari sebab saya ingin menyampaikan kepada awak semua bahawa ayat ini adalah ayat yang sangta bagus ..


Tips Pakai Tudung Yang Betul

Muslimah di Malaysia ada pelbagai wajah. Pan-Asia, wajah kacukan, wajah asli, wajah exotic dan sebagainya. Mereka semua lawa-lawa dan cantik-cantik. Saya terpegun dengan kecantikan Muslimah di Malaysia sebab apa.. ? Sebab Muslimah Malaysia ni baik budinya, lawa pulak tu ... tak gitu ??

Hari ni saya nak kongsikan Tips Pakai Tudung Yang Betul. Memang sangat mudah nak pakai tudung ni. Jadi, kalau bab tudung ni, mesti akan melarat ke bab pakaian. Sebab tu, kita satukan sekali sajalah .. senang ..

TIPS PAKAI TUDUNG YANG BETUL : 

Sebenarnya, saya nak nasihatkan ni.. bukan apa, kot-kot berlaku khilaf lagi kan.. Ummat Islam Malaysia ni, memang suka bercakap copy paste je ..itu silap diri sendiri.. Apa yang saya nak cakap ialah, jangan tengok pada ummat Islam, sebab ummat Islam, memang banyak kurangnya. Tapi tengok pada Islam. Islam adalah sempurna. Kalau belajar tentang Islam, automatik jatuh cinta... 


Dah nampak macam mana cara pakai tudung dan pakaian dengan betul bagi muslimah ? Sebenarnya, pakai tudung dan pakaian dengan betul mengikut Islam ni, boleh kita lihat, kalau masa nak solat, tak payah susah-susah nak salin pakai telekung lah apa lah .. Cukup sekadar pakai baju dan tudung yang asal.. Itu baru pakai tudung dan pakaian yang betul. Maksud saya, kena labuh-labuh .. 

KATA PUJANGGA :

Jangan kau sangka labuhnya tudung wanita tanda alimnya diri mereka, 
Mereka juga mencari-cari jalan sebenar, jalan diredhai, 
Tudung wanita itu bukan hanya menutup tetapi ia melindungi,
Ia juga untuk memperingati, untuk menjaga akhlak diri. 


p/s : Janji Allah kepada wanita yang melabuhkan pakaian mereka, mereka akan dilindungi Allah. Tak percaya, belajar tafsir Surah an-Nur

Jumaat, 18 Julai 2014

Andai Keluarga Sendiri Di Dalam MH17


Andai keluarga sendiri berada di dalam MH17,
Pasti permulaannya sebak, 
Pasti pengakhirannya duka,
Pasti penyudahnya kesedihan berganda,

Andai ibu, Andai bapa, Andai kakak, 
Andai abang, Andai adik, berada di dalam pesawat MH17,
Pasti terkedu tidak berbicara,
Mendengar berita langsung daripada tanahair,
Permulaan yang baik diakhiri dengan penyudah yang ditangisi,

Andai keluarga di dalam MH17,
Mengapa masih ada yang menyatakan permainan,
Mengapa masih ada yang bermain dengan kematian,
Mengapa masih ada yang menganggap isu ini suatu isu remeh-temeh,

Apakah rakyat Malaysia sebegini ?
Apakah rakyat Malaysia tidak menyedari ?
Apakah rakyat Malaysia masih dibelenggu dengan duniawi ?
Janji Allah itu pasti, tiada suatu pun yang akan terkecuali kerana kematian itu adalah PASTI.

Jadi, mengapa berbicara seolah-olah orang hilang akal ?
Keluarga mangsa bersedih, ramai yang bersedih, 
Kalian memainkan perasaan keluarga, saudara, dengan menyebarkan berita yang mempermainkan ahli keluarga mereka ?
Kalian tidak merasai keperitan, 
Maka, kalian berkata sedemikian..

SYABAS RAKYAT !! SYABAS !! 
Syabas kerana berjaya menjadi pewaris kesengsaraan..



MH17 Ditembak Jatuh : Kenyataan Puak Pemisah Ukraine






Terperanjat ! Itu yang saya boleh gambar ketika ini. Kalau betul kenyataan dia sebegini, puak pemisah Ukraine adalah yang menembak jatuh pesawat MH17 milik MAS. 


Sumber : Twitter




















Wilayah keduanya bergolak. Dan tiba-tiba pesawat melintasi. Mohon supaya siasatan terperinci bagi insiden ini akan dibuat secepat yang mungkin dan mengapa MH17 melalui kawasan yang dianggap "wrong route" di ruang udara Ukraine.


Kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Najib Bin Razak di laman Facebooknya :

Statement by Prime Minister Najib Razak:
Malaysian Airlines flight 17 (18 July 2014)

Yesterday evening, I was informed of the terrible and deeply shocking news that a Malaysia Airlines jet went down in eastern Ukraine.

Malaysia Airlines has confirmed that the jet was Malaysia Airlines flight 17, which was on a scheduled flight from Amsterdam to Kuala Lumpur.

The flight departed Amsterdam at 12.15pm, local time. It was scheduled to arrive in Kuala Lumpur at 6.10 am, local, Malaysian time.

The aircraft was a Boeing 777-200.

The aircraft’s flight route was declared safe by the International Civil Aviation Organisation.

And International Air Transportation Association has stated that the airspace the aircraft was traversing was not subject to restrictions.

Malaysia Airlines has confirmed that the aircraft did not make a distress call.

The flight was carrying a total number of 295 people – comprising 280 passengers and 15 crew members.

Malaysia Airlines is in the process of notifying the next-of-kin of the passengers and crew. All possible care will be provided to the next-of-kin.

The Government of Malaysia is dispatching a special flight to Kiev, carrying a Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team, as well as a medical team.

According to information provided by Kiev Air Traffic Control, the location of the plane’s emergency locator beacon is 48 degrees 7 minutes and 23 seconds North; and 38 degrees 31 minutes and 33 seconds East.

The Ukrainian authorities believe that the plane was shot down.

At this early stage, however, Malaysia is unable to verify the cause of this tragedy. 

But we must – and we will – find out precisely what happened to this flight.

No stone can be left unturned.

If it transpires that the plane was indeed shot down, we insist that the perpetrators must swiftly be brought to justice.

Emergency operations centres have been established. In the last few hours, Malaysian officials have been in constant contact with their counterparts in Ukraine and elsewhere.

And I will be speaking to a number of world leaders over the coming hours.

I have had several conversations with the Prime Minister of the Netherlands.

I have also spoken to the President of Ukraine. He has pledged that there will be a full, thorough and independent investigation, and Malaysian officials will be invited to take part. 

The Ukrainian president also confirmed that his government will negotiate with rebels in the east of the country, in order to establish a humanitarian corridor to the crash site.

Just now, I received a call from President Obama.

He and I both agreed that the investigation must not be hindered in anyway.

An international team must have full access to the crash site.

And no one should interfere with the area, or move any debris, including the black box.

This is a tragic day, in what has already been a tragic year, for Malaysia.

As we work to understand what happened, our thoughts and prayers are with the family and friends of those onboard the flight.

I cannot imagine what they must be going through at this painful time.

The flight’s passengers and crew came from many different countries.

But today, regardless of nationality, we are all united in grief.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...