>

Isnin, 11 Ogos 2014

Resepi Tomyam Putih

Resepi Tomyam Putih pastinya pilihan hati saya. Taktau kenapa tetibe je rasa nak makan tomyam putih selepas insiden yang membabitkan kepenggunaan. Belum setel lagi kes tu, saya akan cuba yang terbaik untuk dapatkan hak yang hilang. Untuk tak nak stress, saya nak share Resepi Tomyam Putih yang saya google ni. Bukan apa, sebabnya saya memang teringin nak makan tomyam putih sekarang : 

SUMBER


RESEPI TOMYAM PUTIH

BAHAN-BAHAN :

Bahan Yang Dipotong Kecil
1) Daging ayam - kalau taknak ayam, boleh je tarok seafood macam sotong, udang, dll
------------------------------------
Bahan Yang Ditumbuk 
2) 4 Ulas Bawang Putih
-------------------------------------
Bahan Yang Dipotong Bulat
3) 4 Biji Bawang Besar
-------------------------------------
Bahan Yang Diketuk
4) 1 inci lengkuas
5) 4-5 batang serai (ikut kesesuaian)
-------------------------------------
Bahan Yang Diperlukan Untuk Rasa Tomyam
6) 7 helai daun limau purut
7) 2 sudu besar sos ikan
8) Air limau nipis
9) 2-3 sudu besar santan (nak isi boleh tak nak isi pun boleh)
10) Garam 
11) Sayur : kobis bunga, lobak, atau apa-apa sahaja ikut kesesuaian
12) 1 liter air
-------------------------------------

CARA-CARA 


  • Panaskan minyak. Lepas tu tumis dulu semua bahan-bahan yang ditumbuk 
  • Masukkan serai. Kemudian masukkan air biar bagi dia mendidih. Dah mendidih baru boleh masukkan ayam.
  • Masukkan limau purut dan sos ikan. Lepas tu boleh masuk santan, kalau taknak santan, biar jela putih air gitu. Tapi tak lawa pulak nanti kuah putih berseri ..hehe
  • Kacau yang kita dah masukkan tadi kemudian boleh masukkan garam secukup rasa. 
  • Bila daging nampak macam dah nak masak tu, haa..baru boleh masukkan sayur-sayur. Masukkan je lempar dalam periuk tu
  • Lepas dah masak, tarok air limau nipis tu. Perghhhh ...menyengatttt bohhhh..!!

SELAMAT MENCUBA !!




Khamis, 7 Ogos 2014

Saya Bantah Boikot Yang ....

Boikot Jangan Mencaci | Fikir sikit orang ramai. Jangan buat malu agama Islam. Sekarang ramai dah beriya-iya nak boikot. Itu sangat bagus. Petanda yang baik. Sedikit sebanyak bagi kerugian kepada ekonomi Israel. Tapi ada geng yang boikot sampai mencaci, meludah, memukul pekerja McD dan seumpamanya, menjahanamkan harta benda awam ini yang saya bangkang. SAYA BANTAH !!



Islam tidak ajar untuk bersikap biadap. Apakah bezanya kita dengan kaum yang kamu boikot itu andai diri sendiri bertindak di luar norma kemanusiaan ? Hati saya tiba-tiba menyirap dengan keadaan boikot yang melampau sehingga menyebabkan ramai yang berikan komen negatif dan sebagainya. 

Aqsa Syarif juga membantah golongan pemboikot yang melampau sehingga menyebabkan kekacauan.

Boikot McD je ke ? Rokok tu macam mana ? Itu agenda Zionism jugak. Saya nak tanya, kenapa tak boikot rokok ? Atau kalian dah terbuai dengan rokok ? Fikir sikit ... bukan McD saja. Tapi kehidupan kita juga dah banyak dipengaruhi Zionism. Pergaulan bebas umpamanya, membuka aurat, pemakaian dan sebagainya, itu juga agenda mereka. 

PESAN SAYA : Kalau nak boikot, boikot dengan membenci di dalam hati. Benci nak guna produk mereka dan sebagainya. Jangan sampai mencaci orang lain. Meludah orang lain, menganggu ketenteraman awam dan sebagainya. Itu tak ada otak namanya. 

Cara Menteri Boikot Syarikat Zionist Israel

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia hari ini telah membuat satu tindakan yang mendapat pujian amat hebat dari rakyat Malaysia berhubung cara DS Ismail Sabri Yaakob memboikot BANK HSBC


Untuk pengetahuan, Bank HSBC ni dah terminate siapa-siapa sahaja pemegang kad HSBC yang boikot Zionist Israel. Ramai dah kena..jadi ini salah satu cara DS Ismail Sabri boikot. 


SUMBER : AMAN PALESTIN

Rabu, 6 Ogos 2014

Tempat Menarik Kuala Terengganu



Sedang saya sibuk buat pakej 3H2M ke Kuala Terengganu ni, saya ambik masa sikit untuk tulis entri tak seberapa ni. Untuk semua jugak. Sebabnya, saya sebagai agen pelancongan akan cuba sedaya upaya bagi yang terbaik untuk kemudahan semua. 

Kuala Terengganu terlalu banyak tempat menarik untuk dilawati. Daripada darat sehinggalah ke laut. Memang semuanya lawa-lawa.

TEMPAT MENARIK KUALA TERENGGANU
1) Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah)
-Masjid terapung selalu jadi tarikan untuk pengambaran dan juga foto keluarga. Sebenarnya, yang nampak macam terapung apabila air tasik yang mengalir terus ke laut pasang, dan bila kita tengok masjid tu, ia nampak seakan-akan terapung.

2) Pasar Payang 
-Pasar Payang tak boleh disangkal lagi. Banyak barang-barang yang dijual. Lebih kurang macam mini Malaysia lah jugak. Orang berpusu-pusu untuk pergi ke Pasar Payang setiap hari. Apa yang dorang cari haa ? 

3) Keropok Lekor Losong
-Saya dah banyak kali try makan keropok losong. Dia 100% diperbuat di Kampung Losong. Di Terengganu ni, hanya ada 2 tempat keropok lekor je yang paling sedap dan Umpphh... no.1 di Kampung Losong, Kuala Terengganu dan satu lagi di Sura Hujung, Dungun. Selalunya orang akan beratur untuk beli keropok lekor kedua-dua tempat ni.

4) Taman Tamadun Islam & Masjid Kristal
-Taman Tamadun Islam memang menjadi tarikan. Mini masjid dunia di adakan di situ. Yuran masuk ke TTI RM20.00 (Dewasa) dan RM15 (Kanak-Kanak). Tapi kalau nak masuk ke Masjid Kristal, boleh saja free of charge (FOC). Takde masalah 

5) Taman Tamadun Islam River Cruise
-Selain keindahan TTI dan Masjid Kristal, TTI ada river cruise tau tak.. River cruise ni kalau nak masuk, harga yuran masuk dia RM20.00 (Dewasa) dan RM15.00 kanak-kanak. Kira macam-macam lah jugak tempat dia bawak naik bot TTI.

6) Pantai Batu Buruk
-Pantai ni kalau belah petang memang ramai orang. Ada kereta kuda ala-ala Cinderella, kuda pony ada. Orang main wau, beriadah. Main ATV dan macam-macam. Pelancong suka datang sini sebab nak rasai sendiri kemeriahan pantai yang termeriah di Terengganu ni.

7) Muzium Negeri Terengganu
-Muzium yang antara terbesar di Malaysia dan antara terbesar di Asia Tenggara. Pelbagai artifak menarik dan juga macam-macam tinggalan orang dahulu kala di tempatkan di dalamnya. Yuran masuk ialah RM5.00 (dewasa) dan RM2.00 (Kanak-kanak)

8) Pulau Duyung
-Pulau Duyung ni kena rentasi jambatan untuk ke Pulau Duyung. Ada lah kat situ orang buat perahu. Antara pembuatan perahu yang paling lama dan paling hebat dalam sejarah Melayu, ada di Pulau Duyung ni. Sampai sekarang ada orang yang tidak akan tinggalkan pembuatan perahu ini. 

PAKEJ LAWATAN KE KUALA TERENGGANU






HUBUNGI TERUS

TEL/FAX : +6 09 250 6880
Email : suria_excel@yahoo.com
Whatsapp : 014-530 7645
Facebook Page : https://www.facebook.com/SuriaExcellenceTravel

Selasa, 5 Ogos 2014

Malaysia Airlines Atau AirAsia Terbaik ?






Bagi saya yang dah banyak kali guna AirAsia dan MAS (Malaysia Airlines) saya tak dapat nak agak mana satu yang baik dan mana satu yang tak bagus. Bagi saya dua-dua adalah bagus. Kerana MAS adalah syarikat induk bagi penerbangan di Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai syarikat penerbangan milik kerajaan. AirAsia ni pulak syarikat tambang murah yang orang ramai selalu guna. 

Keduanya baik dan keduanya mempunyai pro dan cons. Bagi saya, saya sangat suka menggunakan MAS kerana apa ? kerana selain daripada servisnya yang sangat bagus, dengan hidangan makanan halal yang bagus, serta layanan daripada kaunter tiket sehinggalah ke dalam pesawat, semuanya terbaik. Pesawat yang luas, selesa dan gah di persada dunia.

Tapi sejak kebelakangan ni je ramai yang macam nak jatuhkan martabat MAS. Pelik betul. Macam nak bankrupkan MAS je..

Pandangan korang ? 

Buat Apa Nak Boikot ?

Ancaman terhadap ummat Islam semakin mendalam. Bukan sahaja di Palestin, tetapi di Mesir, di Thailand, di Myanmar, di mana-mana sahaja akan ada ummat Islam yang dibunuh. Begitu hebat dugaan dan ujian yang diberikan Allah untuk ummat akhir zaman. Kalau ummat Islam di Malaysia tak bersyukur jugak kepada Allah atas kemakmuran dan kesejahteraan hidup di Malaysia ni tak tau laa nak kata apa. 



Tapi yang parok nya, ummat Islam Malaysia ni terlalu makmur, sampai agama entah kemana, pegangan hidup entah kemana. Nak buat style eropah kononnya. Itu tandanya, dakyah yang cuba diterapkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam diri dan masyarakat Islam itu sendiri, berhasil. 

Boleh tengok dengan mata kasar sekarang, tak payah tengok jauh, tengok dekat-dekat sekeliling je betapa rakyat "tidak boleh hidup" kononnya dengan produk-produk zionist dan sekutu-sekutunya. 

Banyak lagi produk-produk mereka. Tapi buat apa nak boikot ? Sedangkan mereka terus menerus membunuh kanak-kanak, wanita, warga emas dan sesiapa sahaja dengan pendustaan bahawa mereka semua itu adalah terrorist. Kanak-kanak tu terrorist ke ? Wanita tu terrorist ke ? Ahhh ...menipu nombor satu ummat Zionist ni..

Daripada boikot, kita dah boleh "miskinkan" mereka dari segi ekonomi. Kalau tak percaya takpelaa..sebab itu boikot itu perlu. Bukan boikot sehari dua, bukan seminggu, bukan setahun tapi selama-lamanya. Boikot is boikot !! 

Dan diingatkan juga sesiapa yang mengatakan tiada Jihad di Palestin, dan sesiapa yang boikot Israel adalah suatu kebodohan tu, sebenarnya merekalah yang buta !!

Jangan boikot hanya pada pakai baju, boikot hanya di mulut tapi boikot sampai bila-bila.. 

BOIKOT BOIKOT BOIKOT

Isnin, 4 Ogos 2014

Bukan Suami Tak Suka, Tapi Isteri Yang....

Hidup berumah tangga, pasti seperti air laut yang kadang kala surut, dan kadang kala air nya akan naik sehingga membadai tebing-tebing pesisir pantai menghakis bentuk muka bumi. Rumah tangga yang tidak dijaga, pastinya bakal menjadi seperti tebing tinggi yang akan hancur berantakan. 



Bagaimana untuk menjaga rumah tangga ? Perkara yang paling utama sekali untuk berumah tangga ialah SOLAT ! Solat ialah tiang agama, tanpa solat, maka di mana letaknya agama ? 

Di manakah kedudukan solat di dalam Islam ? 
Hal ini telah diriwayatkan oleh At-Thabrani daripada Ibnu Umar r.a yang mana Rasulullah (Shollallah 'alayhi Wassalam) bersabda :

"dan tiada agama bagi orang yang tidak solat, sesungguhnya kedudukan solat di dalam agama Islam, diibaratkan umpama kepala kepada tubuh badan"

begitu juga di dalam perkahwinan ataupun rumah tangga. Bagaimana untuk menjaga isteri dan anak-anak sedangkan solat tidak dijaga. Khuatir, disebabkan tidak solat, sebab itu ramai pasangan berkahwin bercerai-berai. 

Ada satu kisah di mana pengalaman saya yang mana, Murabbi yang menjadi pengajar saya menceritakan bahawa, ada satu keluarga yang baru berkahwin. Suaminya bukan tidak sayang kepada isterinya tetapi, isterinya yang berperangai seperti anak dara walhal telah berkahwin dan mempunyai suami yang sanggup menjadi peneman hidupnya. 

Apakah tugas si suami ? Adakah mereka perlu lihat sahaja atau bagaimana keadaannya ? Untuk itu, suami harus berfikir sejenak apa yang tidak kena dengan diri dan barulah boleh melihat kepada isterinya. Mungkin ada yang kurang, berkemungkinan, ianya adalah solat. 

Solat itu tiang agama. Yang pertama sekali dihisab adalah solat. Kemudian, apabila solatnya baik, barulah dihisab amalan-amalan yang seterusnya seperti puasa, zakat, Haji, dan sebagainya. 

Kalau Solat dah "sangkut" bagaimana pula amalan seterusnya ?? Tanya hati, tanya IMAN, kembalilah kepada jalan yang lurus, jalan yang diredhai.

Saya juga banyak khilaf, andai dibuka hijab semua untuk melihat khilaf dan aib saya, pasti tiada seorang pun yang akan dekat dengan saya. Tetapi, ilmu yang berguna kita sampai-sampaikan. Supaya ia bermanfaat untuk semuua in shaa Allah. Tabarakallah

Jumaat, 1 Ogos 2014

Tips Memilih Pakej Umrah



Umrah adalah sebahagian daripada Haji kecil. Ia dinamakan sebagai Haji kecil kerana ianya adalah mirip ibadah Haji. 

Sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya :

Aku berkata : "Wahai Rasulullah, apakah wanita wajib berjihad ?" lalu, baginda menjawab,"Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu Haji dan Umrah"

boleh juga rujuk Suratul Baqarah ayat 196 mengenai Haji dan Umrah. 

TIPS MEMILIH PAKEJ UMRAH :

Di Malaysia ni, banyak agensi-agensi yang menawarkan pakej Umrah yang sangat berkualiti dan sangat bagus. Ada juga tidak kurang menyediakan pakej Umrah yang palsu sehingga menyebabkan banyak agensi-agensi yang berdaftar gulung tikar. Agensi palsu atau tipu yang berlandaskan keuntungan semata, tanpa memikirkan hukum syarak atau syariat yang ditetapkan dalam perniagaan, mereka mengambil untung sewenang-wenangnya dengan menipu pelanggan. Kesannya, pelanggan kerugian harta benda dan niat mereka mengerjakan umrah, tergendala. 

Antara tips yang boleh digunakan ialah :

TIPS 1 :

Pakej Umrah bawah RM3,500
-Berkemungkinan pakej ini adalah pakej yang tipu. Kerana pakej umrah memang susah dapat harga murah macam tu. RM3,500 harga yang tidak munasabah untuk Umrah Muassassah. Dengan tips kepada Mutawwif, hotel, pengangkutan di sana, tiket penerbangan pergi dan balik dan sebagainya. Anda boleh fikir, ianya sangat pelik. 


TIPS 2 :

Pakej Umrah RM4,350 - RM5,100
-Berkemungkinan pakej seperti ini adalah pakej Umrah yang biasa untuk golongan yang tidak mampu membayar lebih. Selalunya, pakej umrah sebegini berkemungkinan hotelnya yang jauh dari masjid, menyukarkan jemaah untuk beribadah dan berkemungkinan juga Mutawwif hanya datang semasa jemaah ingin sa'i. Tetapi segala perjalanan datang, jemaah kena handle sendiri. Itu sangat membimbangkan kerana dalam menjual servis, kita perlu menjaga amanah yang telah diberi oleh pelanggan kepada kita (agen)



TIPS 3 :

Pakej Umrah RM5,500 - RM6,000
-tidak lain tidak bukan, pakej ini adalah pakej terbaik untuk anda pilih. Kerana pakej dengan harga sebegini hotelnya dekat, diantara 100m - 200m ke masjid. Pakej sebegini mementingkan mutu daripada keuntungan. Kerana berkemungkinan mereka menjaga dengan sebetulnya amanah yang telah diberikan kepada mereka. Ini cukup baik.


--------------------------------------------------------

Untuk kesimpulan, ketiga-tiga tips di atas hanya untuk Umrah bulan Januari kerana untuk umrah Jun, Ramadhan dan juga Disember, pasti harganya sangat mahal kerana cuti sekolah dan juga pihak Arab Saudi menaikkan harga visa 3x ganda. Pihak Arab Saudi tidak mahu memberi terlalu ramai jemaah masuk di bulan-bulan sebegini atas sebab-sebab tertentu. 

*boleh rujuk di kedutaan Arab Saudi

Ini antara pakej Umrah yang kami sediakan :



































Untuk tempahan, boleh hubungi di nombor yang tertera atau nak lebih jelas boleh hubungi :

TEL/FAX : +6 09-250 6880
Whatsapp : 014-530 7645
Email : suria_excel@yahoo.com

S U R I A  E X C E L L E N C E  T R A V E L  &  T O U R S  S D N  B H D
C O. N O  9 7 4 5 0 1 - H     K P L 6 8 9 0
N O. 9,  J A L A N  K E R A Y O N G 1,  2 8 2 0 0,  B A N D A R  B E R A
P A H A N G  D A R U L  M A K M U R
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...