>

Isnin, 2 Jun 2014

Tips Bermanja Suami Isteri Di Dapur

PERINGATAN : 

Andai diri ana tersilap dalam bahasa dan pendapat, sila tegur diri ana yang penuh dengan khilaf ini. Semoga kalian mendapat barakah daripada setiap perilaku mengajak ke arah kebaikan. 

Indahnya perkahwinan. Indahnya Cinta selepas nikah. Indahnya kasih sayang dan belaian selepas nikah. Indahnya kemanjaan antara suami dan isteri selepas nikah. Ana mengaku bahawa ana belum berkahwin, tetapi ilmu yang ana perolehi daripada Murabbi ana sewaktu bertalaqqi Kitab Terjemahan Robbani ataupun al-Quran, serta membincangkan mengenai isu-isu semasa memberi suatu impak yang begitu mendalam buat jiwa. Mungkin info ini boleh di kongsikan kepada semua khususnya yang telah berkahwin. 



KEPADA YANG BELUM BERKAHWIN : 

Ketahuilah bahawa, "couple" itu adalah haram. Ramai pemuda pemudi remaja sekarang memilih couple sebagai jalan penyelesaian kepada hati yang lara dan sunyi walhal, apabila sunyi diri boleh sahaja memenuhi hati dengan zikrullah serta selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah. Tetapi hati yang sunyi ini tidak boleh begitu kerana syaitan di dalam aliran-aliran darah sentiasa menggoda sentiasa berbisik sentiasa mahu menyesatkan manusia agar bergelumang dengan dosa-dosa maksiat. 


  1. Apabila bersendiri pasti lelaki ataupun wanita akan mencari "JODOH" di media sosial tidak kira Facebook, Twitter mahupun laman sesawang yang lain.
  2. Setelah berjumpa, mula lah bibit-bibit perkenalan serta test-test romantik. 
  3. Habis je romantik, mula lah nak keluar ayat cintun cinta, lalu ajak kepada couple.
  4. Lepas tu, hari-hari pegang smartphone, laptop, chatting dan SMS, whatsapp dan sebagainya dan dalam masa yang sama, diri menjauhi untuk mengingat Allah.
  5. Setiap masa ingat makwe/pakwe. Langsung tak ingat Allah dan Nabi Allah
  6. Ibu bapa pun dah tak layan sangat sebab sibuk dengan texting dan chatting
  7. Mula dating lepas tu, pimpin tangan (api neraka bergelodak kerana sentuhan itu) 
  8. Dan ia diteruskan dengan maksiat dan zina berterusan. 
Allah sangat menjaga kaum wanita dan ada satu hadith yang mengatakan bahawa, 

"Wanita Itu Aurat, maka jikalau dirinya keluar (rumah), syaitan mengagungkannya (mempercantikannya bagi pandangan lelaki) - (HR At-Tirmizi) 

Kesimpulan disini, tutuplah aurat dengan sempurna. Di post akan datang, kita akan bincang mengenai Pakai Tudung dah Tutup Aurat ke ? 

Wallahu 'alam 

TIPS MANJA DENGAN ISTERI DI DAPUR 

Cinta lepas nikah sangat hebat. Kalau suka, tak payah couple-couple, terus je datang pi minang. Tak perlu risau-risau. Kena tolak dengan keluarga belah perempuan tu, itu cerita kedua. Yang penting dah ikut aturan niat yang betul.

Kahwin je, tercipta satu ibadah. Maka ibadah itu akan berganda kepada dua kali ganda. Air tangan isteri itu penting kerana setiap yang di masak dan dirasai oleh suami, maka itu ganjaran pahala dan kemanjaan kepada isteri.

Andai pegang-pegang, cuit-cuit manja, isteri pula suka, suami pula suka juga, maka gugurlah dosa-dosa kecil isteri. Senang je nak manja-manja dengan isteri. Suami kena pandai layan. Kalau isteri nusyuz tu, boleh baca disini (ISTERI NUSYUZ, CARA PUKUL ISTERI DALAM ISLAM). 

Maka kahwinlah cepat-cepat. Ana pun nak kahwin juga tapi tunggu sikit masa lagi. Sebab sibuk dengan kerja sampai tak sempat cari calon. He He He ..


Barakallahufikum 

Oh! Gadis - Rogol, Kelar, Bunuh

Semakin hari, semakin berani masyarakat dengan tingkah laku yang tidak bermoral. Kisah-kisah seperti menidakkan undang-undang yang ada dan membelakangi ia, menjadi suatu permasalahatan di dalam masyarakat. Semakin berani golongan-golongan ini membuat bencana kepada anak-anak kecil perempuan, dan tidak kurang juga yang bersubahat untuk melakukannya. 




Teringat kata-kata Tuan Guru (TG) Hj Hafiz Bin Selamat, Pengasas Yayasan al-Jenderami sewaktu Multaqa Guru-Guru Agama di Majlis Ta'alim baru-baru ini (1 Jun 2014) yang mengupas dengan lebih mendalam Kitab Sirlissalikin (Adab Menuntut Ilmu), Fasal Ke-2 yang terjemahan daripada Kitab Ihya 'Ulumuddin oleh al-Alim al-Alamah Hujjahtul Islam Abi Hamid Muhammad Bin Muhammad al-Ghazali yang diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Somad al-Falambani Rahimahullahu Ta'ala yang mana Tuan Guru mengatakan bahawa, manusia yang paling cantik ialah apabila luarannya cantik seiring dengan dalamannya. 

Maka, Tuan Guru mengupas bagaimana manusia luarannya sebagai tidak seiring dengan dalaman. Ramai masyarakat yang berkata, kalau nak tengok perangai manusia, tengoklah kepada dalaman, hatta biar buruk rupanya. Ia adalah konsep yang diguna pakai sekarang tetapi ianya adalah tidak tepat kerana sebaiknya, dalaman serta luaran perlu seiring dimana, dalaman akan menjadi bayangan kepada luaran. Apa yang dimaksudkan ialah, hati yang elok imannya, baik pekertinya, taat perintah Allah, bersih dari perasaan riak dan takabbur, serta benci kepada maksiat, akan mengukir suatu bayangan bersih pada luarannya. 

Apa yang saya cuba sampaikan ialah apabila manusia semakin berani bertindak di luar norma kemanusiaan, maka lihatlah kembali hubungan mereka dengan Allah, hubungan mereka dengan manusia. Hati manusia ini penuh dengan kepincangan yang tidak dapat dilihat tetapi hanya Allah sahaja yang tahu. Maka untuk itu, diri haruslah memperlihatkan secara terus sisi lain iaitu perspektif terdahulu, adakah hubungan kita dengan Allah dan manusia kita jaga ? 



Gadis remaja dirogol oleh 38 orang, gadis kecil dikelar sehingga hampir putus kepalanya, gadis kecil dibuang oleh ibu dan ayahnya. Adakah ini gambaran kepada masyarakat Islam di negara ini ? Oh! Malaysiaku. Sudah hilang norma kemanusiaan akibat jauh daripada Allah, jauh dari mengenal kekasih Allah dan tidak mengikuti Sunnah Baginda Rasulullah, jauh daripada al-Quran, jauh daripada mencintai sesama suadara. Apa yang kita takuti, kini berada di dalam kalangan kita. 

Barakallahufikum 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...