>

Jumaat, 25 Julai 2014

Azizulhasni Awang Berdepan Tindakan Oleh Komanwel

Isu Azizulhasni Awang, pelumba basikal negara di Sukan Komanwel menjadi suatu viral di dunia ketika ini apabila dengan beraninya dia memakai sarung tangan "SAVE GAZA" untuk menunjukkan bahawa rakyat Gaza perlu di ambil peduli. 


















Tetapi, Badan Komanwel nak ambil tindakan disiplin ke atas Azizulhasni. Saya sangat musykil dengan Badan Komanwel ni. 






















Mengikut akhbar online Canada, mereka menyokong tindakan Azizulhasni. Mereka mengatakan 

"Nothing is too small to be a messenger of justice"

Translate Melayunya - Tak ada yang terlalu kecil untuk menjadi pembawa kepada keadilan

Kira maksud akhbar ni, perkara macam tu yang punya kecik, pakai gloves "SAVE GAZA" tu, daripada nyawa yang dah beratus orang hilang macam tu je, kena ambik tindakan oleh Badan Komanwel. 

#RESPECTAzizulhasni

Tips Sebelum Pulang Berhari Raya



Tak berapa lama lagi Syawal akan menerjah. Tetapi bagaimanakah dengan Ramadhan ? Seperti yang kita bincangkan sbeelumnya, Ramadhan adalah bulan untuk ditangisi apabila ia pergi meninggalkan kita. Maka, Syawal adalah bulan untuk merai kemenangan kerana telah berpuasa. Jangan tangisi Syawal, kerana apa ? Kerana Syawal bukan bulan untuk ditangisi, tetapi Ramadhanlah bulan yang perlu kita sedih andai ia pergi. 

Tarikh tengok anak bulan

Ramai yang akan pulang ke kampung, maka, disini saya ingin berkongsi tips sebelum pulang berhari raya. 

1. Rancang Perjalanan :
-Setiap musim perayaan mesti ramai akan berpesan, agar rancang perjalanan sebelum pulang berhari raya. Dengan keadaan trafik yang berkemungkinan sesak, peratusan kemalangan juga akan meningkat mendadak.

2. Servis kenderaan :
-Saya percaya, sudah ramai mengambil tindakan cepat untuk servis kenderaan mereka sebelum pulang. Tetapi ada juga yang acuh tidak acuh. Itu bahaya, sebab kalau tiba-tiba rosak tengah jalan, ...hmm ...raya tepi jalan jelaa..

3. Sebelum Pulang, Maklum Kepada Jiran
-Jiran tu adalah sahabat terdekat kita. Kalau nak pulang berhari raya, maklumkan kepada mereka. Risau ada apa-apa macam pecah rumah ke, apa ke kan ? Perompak ni mana ada cuti... 

4. Periksa Rumah 
-Tengok kalau-kalau ada pintu yang masih tak terkunci. Ambik initiatif dengan buat mangga pendua atau kunci kedua. Biar banyak-banyak mangga, jangan nanti merana. Tingkap kena jaga, tarok laa grill tingkap. Baru selamat. 

Apa pun, saya mengucapkan Selamat Berhari Raya kepada pembaca semua. Moga raya tahun ni, ingatlah kepada saudara kita yang tak boleh beraya. Okay ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...