>

Selasa, 17 Jun 2014

5 Ciri-Ciri Gadis Idaman Lelaki Moden

Di dalam kita mengejar keduniaan, jelas kita tidak sedar bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda mengenai ummat akhir zaman yang mana menjadi suatu perkara yang benar. Nabi Muhammad hanya mengatakan perkara yang benar sahaja. Baginda adalah seorang yang zuhud, dan perlu dicontohi. 

Ummat Nabi Muhammad SAW di akhir zaman (sekarang) akan begitu ramai tetapi kalah dengan sedikitnya kaum Yahudi. Kalah kerana mengejar keduniaan, kalah dengan agenda Yahudi. Mereka berkiblatkan maksiat dan hiburan, ummat Islam menuruti mereka. Buktinya, lihat sahaja sekeliling kalian.

Untuk bab itu, kita tutup sementara, sekarang fokus kepada ciri gadis idaman lelaki moden :




5 Ciri-Ciri Gadis Idaman Lelaki Moden :

1. Gadis Idaman lelaki moden mestilah cantik wajahnya, cantik badannya, cantik segala-galanya, tak gemuk sangat, tak kurus sangat. Bak kata orang moden sekarang, sedang sedap je.. 

  • Tahukah anda, di dalam Islam, pandang wajah, badan dan sebagainya pada gadis itu diibaratkan seperti memfitnah. Kerana apa, lelaki takkan lah pandang je kot.. mesti imaginasi kotor datang.. bahaya tau kepada gadis. Wahai gadis, diri kalian itu untuk di pandang oleh suami kalian yang sah sahaja, bukannya pada pandangan ajnabi. Bahaya tau...JANGAN ..JANGAN.. JANGAN :)
2. Gadis idaman lelaki moden mestilah pakai tudung, berbaju ketat, berseluar ketat
  • Wahai kaum perempuan, Allah menjaga keaiban kalian, Allah menjaga maruah kalian. Janji Allah yang kepada kaum perempuan ialah, Allah akan memelihara kepada siapa perempuan yang menutup auratnya, melabuhkan pakaiannya daripada diganggu oleh lelaki yang jahat atau godaan nafsu lelaki. 

3. Gadis idaman lelaki moden mestilah pakai sanggul tinggi, baju labuh tapi ketat, berpurdah tapi tayang-tayang di media sosial
  • Penyakit yang telah menular di kalangan niqabis dan juga tudungbis, shawlibis, jubahbis, dan juga hand-sockbis, apabila memakai semua itu, ya betul ia mengikut syariat Islam, tetapi alamaakkk.... sanggul pulak tinggi.... alamakkkkk, selfie-selfie upload pulaakk dalam Facebook, Twitter...alamaakkk..banyak nya fitnah dari yang memandang, banyaknya LIKE dapat, RT. 
  • Di zaman fitnah ini, kita tak sedar ianya adalah fitnah bila kita buat sesuatu, tetapi itu yang sebenar menjadi duri. 

4. Gadis Idaman lelaki moden mestilah tahu bermekap, nak dating nanti mekap tebal tau.. awww...lawa tannnaaatttt.. kahwin nanti mekap tebal-tebal, pakai baju ketat-ketat...
  • Satu lagi penyakit di mana ini ada di kisahkan di dalam satu kisah Nabi Muhammad SAW dimana suatu masa, Nabi Muhammad menceritakan kepada sahabat baginda mengenai dirinya mahu pergi melihat majlis perkahwinan satu kaum [dah lupa kaum apa]. Tetapi setiap kali baginda mahu pergi melihat, dalam perjalanan pasti Allah lelapkan mata baginda. Allah begitu menjaga Nabi Muhammad SAW daripada tempat-tempat maksiat. 
  • Mengapa majlis perkahwinan itu menjadi suatu tempat maksiat ? Jawapannya apabila banyak hiburan, banyak tayang-tayang body, banyak orang datang nak tengok body pengantin, body orang yang datang juga.. Nauzubillahiminzalik .. 
  • Adakah majlis perkahwinan masyarakat Islam Malaysia macam tu ? Wallahu'alam ..Doakan yang terbaik buat semua
5. Gadis Idaman lelaki moden mestilah pandai solat, free hair pun takpe lah. Yang penting agama tu yang sentiasa di hati
  • Di dalam suatu kuliah UAI, di mana UAI mengatakan bahawa gadis yang free hair tetapi solat lebih baik daripada golongan gadis yang bertudung tetapi tak tahu syariat, terpesong aqidah dan juga solat 5 waktu tak buat. Ana doakan semoga golongan free hair akan cuba bertudung slow-slow yaa..in shaa Allah... 
  • Yang dah bertudung, perbaiki cara bertudung, buat amal ibadah dengan istiqomah dan teruskan dengan niat kerana Allah, bukan kerana pakwe yang suruh..

Apa pendapat anda ? Boleh share disini. Aasif jika ana ada salah dan silap. Aasif jika ana punya pendapat ada kurang. Perbetulkanlah diri ana yang banyak khilafnya ini.. Sesungguhnya kita semua adalah makhluk Allah dan kepada Allah sahaja kita dikembalikan. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...