>

Khamis, 20 Februari 2014

Sayangku Cintaku Rinduku Dengarlah Rintihan Ini



Tiada ungkapan sehebat kata, tiada jawapan sehebat puisi, tetapi ianya adalah suatu yang tidak dapat meniru apa-apa daripada ayat-ayat kalam Allah. Bukankah Dia sahaja tempatmu bergantung ? Bukankah Dia sahaja yang ada tika engkau susah. Bukankah dia sahaja untuk kita cintai dan rindui, dan yang selalu disamping-Nya adalah Rasul tercinta, Muhammad SAW.

Betapa agungnya cinta antara Muhammad SAW kepada ummatnya. 

Betapa rindunya antara Muhammad SAW kepada ummatnya.

Betapa sayangnya antara Muhammad SAW kepada ummatnya.

Wahai sahabatku semua, jika Muhammad SAW berada di samping kita ketika waktu ini, di zaman ini, melihatnya kepada zaman dunya mutaakhir, melihatnya kepada ummatnya yang sebegini, menangis baginda teresak-esak. Tak sanggup melihat ummatnya semakin jauh tersasar daripada jalan yang satu. Jalan yang tiada persimpangan. Jalan yang lurus, dan jalan yang diredhai. 

Wahai sahabatku, tidakkah engkau semua ummat yang MENYAYANGI, MENYINTAI dan MERINDUI Rasulallah ? Tidakkah engkau adalah golongan ummat baginda yang dijanjikan syurga ? Tidakkah engkau semua terpaut hatinya kepada kasih sayang baginda ? Jika benar apa yang diungkapkan lidah yang tajam itu, maka apa pula kata hati ? Secara jujur, adakah hati hanya mengingati dunya mutaakhir ? 

Rindu-Rindukanlah, Sayangilah, Cintailah Nabi Muhammad, Nabi terakhir dan Rasul Pilihan. Nabi yang bakal membawa kita menjumpainya melalui sunnah-sunnahnya dan agama Allah. 

Sollu a'la nabiyy 


Isnin, 17 Februari 2014

Perempuan : "Alaa..Tak Sampai Seru Lagi, Enjoy laa Dulu"

Bismillahirahmanirahim ..

Kita sempoi-sempoi je kali ni, tak payah nak serius sangat kan. Tapi apa pun, semoga semua pembaca berada dalam barakah Allah dan sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah tak kira ke mana pun kita pergi. Solat 5 waktu jangan lupa pulak ye.. Yang sunat pun buatlah jugak..Tajuk hari ni biasa je. Cuma kepada siapa yang terbuka hati untuk terima post ni, dialah daripada kalangan yang sentiasa mendapat hidayah Allah.. -Wallahu'alam

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA GAMBAR BUKA AURAT :



Media sosial macam Facebook, Instagram, Twitter, Blog dan macam-macam lagi, dah jadi trend sekarang ni. Apa-apa je yang dibuat mesti update. Kalau tak update pun, mesti akan update jugak.. Ambil contoh macam pengguna Facebook. Kita buat satu situasi yang santai jela. Ana reka watak ni, seorang perempuan tak tutup aurat post gambar dia buat muka comel la kononnya, posing cute miut lepas tu upload lah di Faceboook. Tak sampai 10 minit, dah berpuluh LIKE rakan-rakan Facebook bagi dan rata-rata LELAKI. Yang si perempuan ni pulak isi lah caption, "

"Saya tak comel macam awek korang, tak lawa macam korang, komen dan like yang ikhlas je tau. Yang HATERS go die.."

Contoh jelaa ana bagi. Jadi masalahnya kat sini, ramai sangat lelaki ajnabi tengok. Aduii..banyaknya lah dosa dapat.. kan ? Dan, belum termasuk orang bukan Islam tengok, lagilah bertingkek-tingkek dosa tu. Wanita bidadari syurga. Allah dah tutup aib mereka yakni aurat, tapi akhirnya mereka sendiri ingkar dan membuka aib sendiri. Betapa malangnya wanita yang berkeadaan sedemikian. 

Ana ambik satu lagi contoh di mana blogger yang tayangkan gambar-gambar wanita seksi, yang bertudung pun tapi bertudung baju ketat, seluar sendat, dosa kepada pelihat, dosa kepada orang yang upload, dan dosa kepada diri sendiri yang dah berpakaian tak ikut syariat. 

Ada yang cakap,"alaa..belum sampai serulah..sabarlah,"

Orang yang berkata macam ni adalah orang yang hatinya tidak kenal Islam dan jahil mengenai Islam. Sentiasa dalam keadaan fasik. Kerana, seru yang pertama apabila al-Quran di turunkan kepada Muhammad SAW dimana banyak mengenai perempuan suruh tutup aurat dengan betul. Betapa Allah tutup aib perempuan.. Tapi yang masih lagi taknak tu, takpelaa..kita dah bagi nasihat, apa pun Allah Maha Pengampun. Minta Ampun Dari Allah ye sahabat-sahabat ana...

Barakallahufikum ..

Jumaat, 14 Februari 2014

{EDISI WANITA} Malu Jadi Diri Sendiri, Sendiri Buka Aib

Bismillahirahmanirahim..

Dunya mutaakhir semakin meruncing. Pemuda pemudi bergaul tanpa ada batasan. Semakin ramai yang fasik (tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa kecil dan besar secara berterusan). Semakin banyak tanda-tanda kiamat sudah terjadi di Malaysia ini. Jangan melihat kepada dunia luar, tapi lihat dari dalam negara sendiri. Tidakkah diri menyesal akan perbuatan yang semakin luar biasa dari norma kebiasaan manusia ? Tidakkah merasakan hati semakin jahil mengenai agama Allah ? Semakin menyedihkan diri kita, diri sendiri, diri siapa-siapa sahaja..




Lihatlah kepada diri semula, adakah pemakaian kita melambangkan ciri Islam sebenar ? Jawapannya TIDAK ! TIDAK sama sekali. Betul ! Ramai yang sudah bertudung dengan pakej jawapan untuk menutup aurat sekarang..manis, ayu, comel tetapi lihat semula, adakah kamu semua sudah menutup aurat ? Pandang ke cermin, lihat atas ke bawah, betulkah menutup aurat ? 

Menutup aurat bagi wanita adalah suatu yang sensitif jika diperkatakan. Tak tahu pasal apa sensitif sangat tetapi ianya wajib ditutup. Aurat wanita adalah kesuluruhan anggota badan KECUALI muka dan telapak tangan. Perkara ini disebut didalam al-Quran tetapi masih lagi wnaita mengatakan, tunggu sampai seru baru nak tutup aurat. Tidak mengapa, kita hanya mendoakan agar mereka bertaubat cepat-cepat sebelum "masa" mereka tiba. 

KESALAHAN DALAM MENUTUP AURAT : 





Satu masalah lagi, ialah yang bertudung tapi bertelanjang. Pakai tudung balut kepala. Pakai baju dan seluar balut badan. Cuba lihat pada diri. Kalau nampak susuk tubuh tu, itulah yang dinamakan balut aurat. Tarbiyah hati Tarbiyah diri, mintalah ampun kepada Allah agar tidak menjadi beban di akhirat kelak..

Kenapa ana menekankan perihal wanita ? Kerana wanita adalah secantik-cantik bidadari, dilindungi Allah. Tetapi sendiri buka aib, sendiri tidak menjaga hubungan dengan Allah. Jadi, macam mana Allah nak menjaga kaum wanita sekalian ? Fikir sejenak wahai bidadari syurga .. 

Jazakillah Khairan Khateera

Isnin, 10 Februari 2014

Islamkah Aku, Islamkah Engkau ?

Bismillahirahmanirahim,

Sedang berdiri, berdirilah di hadapan cermin. Lihat diri, atas ke bawah dari hujung rambut hingga hujung kaki. Berkatalah kepada diri, apakah yang ingin dicari ? apakah sebenarnya ada pada kezahiran ? apakah tidak melihat secara mendalam ? Betul ! Tidak boleh membelah dada untuk melihat apakah sebenarnya hati berbicara. Hitamkah hati, bersihkah ia ?



Ramai anak-anak muda, walaupun dewasa dan warga emas, perempuan dan lelaki kesemuanya, tanyalah diri sendiri. Apakah tidak mempercayai keagungan Allah ? al-Quran menjadi suatu kitab yang hanya dibaca tetapi tiada apa-apa kegunaan. Kerana tidak faham maksudnya. Tiada di hati ingin mencari kebenaran, memperbetulkan bacaan ..

Islamkah Aku, Islamkah Engkau ? 

-Tajuk ini bukanlah untuk sesiapa tetapi tajuk ini menjadi refleksi kepada diri. Islam atas IC, atau Melayu adalah Islam ? Tanggapan sebegini memang sangat ramai di hadapan mata. Islam hanya pada nama dan kalau Melayu je mesti Islam, padahal Islam adalah untuk semua dan bukan untuk Melayu. Terasa malu pada bangsa sendiri kerana menjual agama hanya untuk mendapat untung dunia. 

Ulamak di hina, dikutuk dan dicaci. Sehinggalah mereka sudah ditarik nyawa oleh Allah nanti, akhirnya manusia akan beralih dan mendapatkan pertolongan kepada pemerintah yang jahil kepada agama Islam. Manusia semakin jahil. Islamkah diri ? 

Sabda Rasulallah SAW : 

“Sesungguhnya ALLAH tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya daripada para hamba, tetapi ALLAH mencabut ilmu dengan dimatikan para ulama, sehingga apabila ulama tidak tersisa, manusia akan mengambil orang-orang yang jahil, maka mereka (orang jahil) ditanya dan mereka berfatwa tanpa ilmu. Mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang lain.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semakin berbilangan manusia yang jahil. Mengeluarkan hukum-hakam sendiri. Yang makruf ditidakkan, yang mungkar di ambil diangkat diagungkan. Sungguh parah manusia akhir zaman. Tapi adakah kita sedar diri sendiri, Islamkah diri ? Atau Islam atas nama ? 

Barakallahufikum 

Khamis, 6 Februari 2014

{EDISI SEDIH} Andai Ibu Bapa Terkujur Kaku

Bismillahirahmanirahim ..

Entri untuk kali ini adalah satu entri yang bakal menyentuh emosi semua. Di harap akan terus menerus baca dan fahami apa yang mahu disampaikan. Ana hanyalah Fardiah, menyampaikan nilai moral, dan mengajak ke arah kebaikan. Moga-moga antum ambil ini sebagai peringatan kepada diri dan juga keluarga. 



Andai Ibu Bapa Terkujur Kaku, Ingatlah 
wahai anak-anak ! Ibu bapa menjaga kamu daripada kecil sehingga dewasa. Mereka memberi kamu makanan, bekerja membanting tulang hanya untuk tidak membiarkan kamu sengsara dan kelaparan. Ibu bapa yang menyayangi anak-anak, ingatlah kembali pengorbanan mereka kepada mereka.

Andai Ibu Bapa Terkujur Kaku, Ingatlah
wahai anak-anak ! Andai ibu bapa sudah tiada, siapakah yang akan menguruskan jenazah mereka ? Siapakah yang akan menyembahyangkan mereka ? Siapakah yang akan memandikan mereka ? Siapakah yang akan membaca doa kepada mereka ? Siapakah yang akan kafankan mereka ? Siapakah yang akan mengangkat jenazah mereka meletakkan dengan selembut-lembutnya ke dalam tanah yakni liang lahad mereka. 

Andai Ibu Bapa Terkujur Kaku, Ingatlah
Wahai anak-anak ! Sanggupkah melihat ibu bapa saat mereka sudah pergi, menatap wajah ibu bapa yang diuruskan oleh orang lain ? Kenapa tidak kita ? Kenapa dengan tangan kita ? Sedang ibu bapa menguruskan kita dari kecil, sedaya upaya mereka memandikan kita, menjaga kita, walau seekor nyamuk tidak boleh hinggap kepada mereka. Sedang anak-anak membesar, anak-anak memarahi ibu bapa, derhaka kepada mereka. 

Andai Ibu Bapa Terkujur Kaku, Ingatlah
wahai anak-anak ! Sesungguhnya, kita tidak mahu melihat jenazah ibu bapa di perlakukan oleh orang lain. Tangan anak-anak yang soleh dan solehah menguruskan. Betapa besar rahmat dan cahaya daripada-Nya. Allah tidak akan meninggalkan doa anak-anak yang soleh dan solehah untuk ibu bapa mereka. Betapa sayang anak-anak kepada ibu bapa, dapat dilihat setelah ibu bapa pergi tidak kembali.

Jika orang lain yang uruskan jenazah ibu bapa, pasti tidak seperti anak-anak. Mengurut dengan lembut. Membersih dengan halus. Membelai kali terakhir badan ibu bapa dengan cermat dan kasih sayang. Air di sirami di segenap kulit, di segenap rambut. 

Jika orang lain yang uruskan jenazah ibu bapa, pasti tidak selembut anak-anak soleh dan solehah. Di kafankan dengan sempurna. Diikat dengan cantik. Dibalut dengan kemas. Ditatapi untuk kali terakhir wajah ibu bapa. Dikucup di dahi dibelai di pipi. 



Jika orang lain yang uruskan jenazah ibu bapa, pasti didoakan di dalam solat jenazah, perkara baik-baik. Sambil menangis menjadi imam kepada makmum. Mengangkat tangan di akhiran solat, dengan titisan linangan air mata membasahi lantai-lantai rumah usang peninggalan ibu bapa. Allah tidak akan menolak doa anak-anak yang soleh dan solehah. 

Jika orang lain yang uruskan jenazah ibu bapa, pasti diangkat dengan lemah lembut. Dimasukkan ke dalam liang lahad dengan berhati-hati. linangan air mata anak-anak soleh dan solehah pasti menjadikan jasad dan roh ibu bapa menjadi tenang tatkala di dalam kubur. 

Tidakkah kita anak-anak yang soleh dan solehah ? Jika benar antum adalah anak-anak yang soleh dan solehah, mengapa melayan ibu bapa bagai anak-anak yang derhaka ? Cerminkan diri, tanya hati, tanya iman di dada.. Peringatan ini adalah untuk ana juga

Barakallaufikuum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...