>

Khamis, 21 November 2013

{Wajib Baca} Villa Nabila Bakal Di Filemkan



Kes mengenai kejadian yang menghantui seluruh Malaysia di mana seorang remaja dilaporkan hilang setelah pergi ke Villa Nabila. Khabar angin menjadi suatu bahan mulut orang ramai yang terus berkumandang di corong-corong media telah menjadi suatu yang tersemat di ingatan. 

Ramai yang ke Villa Nabila untuk mengetahui kisah sebenar kehilangan 23 remaja manakala 7 yang lain sempat keluar daripada Villa berkenaan. Ternyata, selepas diteliti, cuma ada satu sahaja laporan polis dibuat. 

Selepas kenyataan diambil dan juga remaja berkenaan ditemui dalam keadaan selamat di rumah awek nya (tak tahu buat apa kat rumah awek dia tu) sambil dibelai manja ibunya tapi tak tahu lah kalau depan media belai manja, belakang kita semua kena palu dengan batang penyapu ke hape, akhirnya kesimpulan yang dpaat dibuat, semua rakyat Malaysia termasuk menteri dan juga seangkatan dengannya telah di Troll dengan kejam oleh budak hingusan ni. 

Oleh yang demikian, kisah Villa berhantu ni pun David Teo nak filemkan. Bak kata orang kuat MiG, "cerita masih panas, kalau kena sambar dengan orang lain dah tak boleh buat apa. Baik ambil peluang ni dan filemkan.. " - David Teo

Kalau nak tahu cerita ni betul ke tak, nanti kita tengok lah cerita ni jadi cerita lawak ke, cerita seram. 

Majulah Industri untuk Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...