>

Jumaat, 18 Julai 2014

Malaysia Diuji Allah

Sangat hebat ujian yang diberikan untuk Malaysia. Apa salah Malaysia ? Kena perhatikan semula lah jawabnya. Kena duduk di hadapan cermin, pemimpin, menteri, rakyat, tak kira aliran apa, kena tarbiyah hati. Apa yang kita buat salah pada Allah sebenarnya sampai Allah murka kepada negara kita sehingga banyak bala datang, tidak henti-henti. 

Dalam merangka sesuatu idea, memang banyak akan sokong sesuatu kejadian, seperti MH17 (link) yang baru sahaja ditembak jatuh oleh puak pemisah. Berkemungkinan peluru terkena kerana pihak pemisah kedua pihak (Russia & Ukraine) nak buat serangan balas. Tapi apa jua yang menjadi tanda tanya, selama mana kita masih dalam kelekaan, mungkin ini menjadi suatu titik tolak untuk menjatuhkan nama Malaysia. Kemungkinan itu ada. 

Seperti peristiwa kehilangan MH370, peristiwa serangan pengganas di Lahad Datu, peristiwa perpecahan kaum. Adakah kita masih diulit mimpi indah keduniaan ? 

Bukan senang untuk tadbir negara, betul ! Tapi, suatu kata daripada sahabat Nabi Muhammad SAW, nak jadi pemimpin kena ada agama yang sebenar, kalau tak, jangan jadi pemimpin sebelum belajar agama (link)


2 ulasan:

  1. Yup betul. .semua orang kena muhasabah.al-fatihah dan salam takziah buat ahli keluarga mangsa MH17

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...