>

Isnin, 30 Jun 2014

Hukum Puasa Tapi Tak Solat 5 Waktu



Hukum Puasa Tapi Tak Solat 5 Waktu | Sempena Ramadhan al-Mubarak, bulan yang penuh barakah. Bulan yang ada di dalamnya hari yang lebih baik daripada 1000 bulan. Bulan di mana al-Quran diturunkan. Bulan pengampunan dan bulan di mana kita mencuba mengikat hawa nafsu daripada mengawal diri. Ramai yang sangat beriye-iye berpuasa dan sangat happy kalau tengok daripada riak wajah mereka semua. Cukup seronok. Berbuka puasa di masjid, bersahur di rumah bersama keluarga, bertadarus beramai-ramai, dan pergi solat tarawih secara berjemaah. 

Tetapi ada suatu yang menjadi tanda tanya kepada masyarakat, kenapa yang sunat seperti terawih boleh sahaja solat tetapi sedangkan yang wajib 5 waktu ditinggalkan. Mungkin kita boleh bersangka baik atas perkara ini, mungkin ada yang bekerjaya dan sebagainya tetapi solat wajib 5 waktu itu yang lebih utama. 

Solat Tiang AGAMA :

Ada satu riwayat yang menyatakan bahawa Sabda Rasulullah SAW :
"solat adalah tiang agama maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya tetapi jika dia meninggalkannya, bererti dia telah meruntuhkan agamanya
[HR al-Baihaqi]


Satu lagi riwayat mengenai kedudukan solat ini adalah :
Daripada Ibn Umar r.a bahawa, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :
"Dan tiada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat, sesungguhnya kedudukan kedudukan solat di dalam Islam diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan"
[HR at-Tabrani]

Maka apakah hukum puasa tapi tak solat ? Mari kita dengar apakah jawapan Ustaz Azhar Idrus :




JAWAPAN : Tidak diterima PUASA orang yang TAK SOLAT ! Wallahu'alam

Sabtu, 28 Jun 2014

Jadual Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2014, (Waktu Malaysia)



Jadual Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2014 | Untuk info ini saya buat entri khas kepada anda semua. Andai ada yang tidak tahu mengenainya, disini saya sediakan jadual perlawanan suku akhir Piala Dunia 2014 :

JADUAL PUSINGAN KALAH MATI PIALA DUNIA 2014 (16 TERAKHIR) : 

AHAD, 29 JUN 2014
12:00AM BRAZIL v CHILE
04:00AM COLOMBIA v URUGUAY

ISNIN, 30 JUN 2014
12:00AM NETHERLANDS v MEXICO
04:00AM COSTA RICA v GREECE

SELASA, 01 JULAI 2014
12:00AM FRANCE v NIGERIA
04:00AM GERMANY v ALGERIA

RABU, 02 JULAI 2014
12:00AM ARGENTINA v SWITZERLAND
04:00AM BELGIUM v USA

*SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN BOLEH DISAKSIKAN DI ASTRO & RTM

Media!! Hentikan Masuk Campur Rumah Tangga & Hal Peribadi Orang




Entri kali ni, saya tidak lah marah atau tidaklah nak salahkan sesiapa tetapi, andai kita ini adalah media yang "menjalankan" tugas dengan mencari kesalahan dalam rumah tangga orang lain, peribadi orang lain, dan yang di temubual pun adalah untuk mencari publisiti, itu suatu perkara yang sangat membimbangkan. Betul sebab tugas dan ingin mencari rating yang bagus tapi jangan sampai masuk hal rumah tangga orang lain. Itu adalah seburuk-buruk manusia yang mahu mencampuri urusan rumah tangga orang lain dan canang pada orang ramai.. wowww... 100 views,... woww.. 1000 views... woww 1000000 views, woowww 100,000,000 views .. 

Banyaknya views maka, banyaknya fitnah dan gosip orang ramai, ....Nauzubillahiminzalik

PESAN SAYA : buatlah entri yang lain. Saya tak kata diri saya yang penuh khilaf ini bagus, tapi ini pesanan bersama-sama... saya sayangkan sahabat-sahabat saya


p/s : nak marah saya, nak hentam saya silakan .. saya hanya hamba faqir yang menjalankan tugas..

Jumaat, 27 Jun 2014

Senarai Juadah Pilihan Berbuka Puasa Ramadhan 2014

In shaa Allah, permulaan bulan Ramadhan ni, saya sarankan pembaca saya semua dapatkan keberkatan di dalam bulan Ramadhan daripada awal bulan sehingga ke akhirnya. Cuba dapatkan Lailatul Qadr. Buatlah qiamulail dan sebagainya untuk mendapatkan suatu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Kalau puasa 29 hari tahun ni, carilah pada malam genap tetapi andai 30 hari pada tahun ini, carilah pada malam ganjil. 




Tetapi jangan lupa pula di dalam puasa, jangan lupakan solat 5 waktu. Kalau puasa tapi tak buat solat 5 waktu umpama puasa, tapi tak dapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga. Kita tak nak yang tu sebab tujuan kita berpuasa adalah untuk mendapatkan rahmat keberkatan di dalam bulan itu. 

PESAN SAYA : Jaga lidah, jaga mata, jaga tangan, jaga kaki, jaga telinga, jaga hidung, jaga segala-galanya mengenai diri anda. Istiqomah sentiasa dalam beramal ya ? In shaa Allah

Senarai Juadah Pilihan Berbuka Puasa :

Nasi :

  • Nasi Ayam
  • Nasi Dagang
  • Nasi Ayam Merah
  • Nasi Kuah Kurma
  • Nasi Ambeng
  • Nasi Kukus

Air :
  • Air Sirap
  • Air oren
  • Air Limau Sunquick
  • Air Bandung Cincau
  • Air Epal
  • Air Kelapa
  • Air Tebu
  • AIr Soya Cincau
Lauk-Pauk :
  • Ayam madu
  • Ayam panggang
  • Ikan bakar
  • Sotong masak merah
  • Daging masak kicap
  • Ikan patin masak tempoyak
  • Ikan masak singgang
  • Ayam percik
  • Ayam masak cili padi

Pencuci mulut :
  • Satay
  • Nasi Impit
  • Kuih Melaka
  • Murtabak
  • Popia Basah/kering
  • Kuih Tepung Pelita

Tapi JANGAN LUPA makan KURMA ya sahabat-sahabat sekalian. Sebelum berbuka, makan kurma. Ia adalah Sunnah Nabi Muhammad SAW yang nampak kecil tapi besar ganjarannya in shaa Allah 



Rabu, 25 Jun 2014

Melayu Mudah Lupa Atau Melayu Mudah Alpa ?

Terkilan rasa hati apabila ramai di kalangan masyarakat Melayu sekarang dah macam terlampau dahagakan hiburan. Kenapa Melayu jadi macam ni ? Sedangkan dahulu Melayu adalah antara golongan yang di segani kerana ramai lahirnya para ulama' tersohor di kalangan masyarakat Melayu. Tapi sekarang, ada Ulama' tapi di cemuh, di caci Ulama itu.

Untuk pengetahuan, Ulama diibaratkan seperti bintang-bintang yang menjadi kesinambungan kepada apa yang Nabi Muhammad SAW bawakan untuk ummat. Mereka ingin menolong ummat yang semakin teruk, semakin jauh tersimpang. Tetapi ummat sendiri yang caci malah hina para Ulama'. Betul lah bahawa, salah satu tanda kiamat nanti, Ulama akan dianggap sebagai golongan yang membawa kesesatan, tetapi yang jahil itu dianggap sebagai Ulama' sebenar. 

MELAYU MUDAH LUPA ?

Ya.. kalau di bincangkan, orang sekarang kalau Melayu mesti Islam, kalau Islam mesti Melayu. Itu persepsi salah kerana yang sebetulnya, Yang Melayu Tidak Semestinya ISLAM. Lihatlah kepada agama kerana agama Islam adalah agama yang cantik, agama yang hebat. Tetapi jangan lihat kepada ummat Islam yang banyak khilaf, banyak membuat perkara yang tak pernah di buat oleh Rasulullah, banyak yang menghina Ulama' banyak yang terpesong akidah dan sebagainya. 






MELAYU MUDAH ALPA ?

Ya.. Melayu memang mudah alpa. Andai terhidang dengan hiburan-hiburan, pasti Melayu akan terus tengok dan berhibur. Ada sampai buat hiburan yang bertemakan bogel, topless, apakah ini semua ? Yang masuk, anak-anak Melayu.. Bangsa lain tepuk tangan sebab apa ? sebab mereka dapat lemahkan Islam dalam diri anak-anak Melayu. 

Contoh lagi, ada yang sanggup tidur tepi jalan untuk beli tudung yang tak ikut spesifikasi syariat dengan harga beribu riban. Semuanya golongan wanita. Yang lelaki pulak, tak habis-habis dengan gejala sosial tapi mesti ada selit para gadis jugak. Apakah ?


KESIMPULAN :

Baliklah ke pangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka. 

Isnin, 23 Jun 2014

Sorak Piala Dunia, Syria Macam Mana ?

Sekarang ni, Syria dok pung pang pung pang bom atas kepala, peluru main terbang-terbang je atas udara. Macam nyawa tu mudah sangat nak ambil. Tapi kita di Malaysia ni duk berhibur lagi, duk cinta monyet lagi, duk kedai ngeteh lagi, nengok bola lagi ..dok tahu kebende bak kata UAI..

Syria jadi apa ?

Palestin jadi apa ?

Gaza jadi apa ? 

Malaysia ni dah jadi apa bende ?



DOA UNTUK PARA MUJAHIDIN YANG BERJUANG DI MESIR, PALESTIN, GAZA, IRAQ, AFGHANISTAN :

NOTE : Tambah "fi syria" 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ

وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ

وَاَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ

وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ

Ya Allah, ampunilah kami dan kaum mukminin dan mukmininat muslimin dan muslimat; dan tautkanlah hati-hati mereka dan perbaikilah hubungan mereka; dan tolonglah mereka atas musuh-Mu dan musuh mereka

اَللَّهُمَّ الْعَنْ كَفَرَةَ اَهْلِ الْكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ اَوْلِيَائَكَ

Ya Allah, kutuklah kaum kuffar dari kalangan ahli kitab yang menghalang-halangi jalan-Mu dan mendustakan Rasul-Mu dan memerangi para wali-Mu

اَللَّهُمَّ اَنْجِ الْمُسْلِمِيْنَ فِيْ أَفْغَانِسْتَانَ وَ فِي الْعِرَاقِ

وَفِيْ فَلَسْطِيْنِ وَ سَائِرِ بِِلاَدِ الْمُسْلِمِيْنَ

Ya Allah, selamatkanlah kaum muslimin di Afghanistan, Irak, dan Palestina serta seluruh negeri kaum muslimin

اَللَّهُمَّ انْصُرِِ الْمُجَاهِدِيْنَ فِي أفغانستان و في العراق

وفي فلسطين و في كُلِّ مَكَانٍ

Ya Allah, tolonglah para mujahidin yang berjihad di Afghanistan, Irak, Palestina, dan di mana saja berada

اَللَّهُمَّ قَاَتِلْ جُيُوْشَ أَمْرِيْكَا وَ حُلَفَائِهِمْ وَاشْدُدْ

وَطْأَتَكَ عَلَيْهِمْ وَاجْعَلْهُمْ مُنْهَزِمِيْنَ

Ya Allah, perangilah tentara Amerika dan para sekutunya; keraskanlah injakan-Mu kepada mereka; dan jadikanlah mereka kalah

اَللَّهُمَّ شَتِّتْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ

وَاجْعَلْهُمْ عِبْرَةً لِلْمُعْتَبِرِيْنَ

وَ دَمِّرْ هُمْ بِعِزَّتِكَ

يَاعَزِْيزُ يَاقَهَّارُ ياَجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ

Ya Allah, ceraiberaikanlah barisan mereka, dan pecahkanlah kesatuan mereka, dan jadikanlah kehancuran mereka sebagai pelajaran bagi siapa saja; dan hancurkanlah mereka dengan kekuatan-Mu, wahai Dzat yang Maha Kuat, Paling Berkuasa, Paling bisa berbuat sewenang-wenang dan Zat yang Maha Pembalas.

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ألِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ



Sama-sama in shaa Allah kita baca doa ini.. In shaa Allah ..

Melayu Suka Hiburan Melampau ?

Subhanallah..tatkala kita sedang berada di dalam fasa-fasa terakhir akhirul zaman , makin banyak perkara yang dalam al-Quran yang telah disebut, terjadi satu persatu. Apakah perkara ini dapat ditafsir dengan akal ? Maka, zat Allah itu tidak boleh di fikir langsung oleh akal. Allah Maha Kuasa yang menguasai seluruh alam semesta. Manusia apa yang ada ? menyombong di dunia, menyombong dengan Maha Pencipta, menyombong dengan manusia. Masih lagi dalam keadaan yang jahil tetapi tidak mahu mencari apakah Islam sebenar. 

Diriku juga sama sahaja cuma kita harus mencari dan sentiasa mencari redha Allah, redha ibu bapa dan redha sesama manusia. 

Melayu Suka HIBURAN Melampau ?



sumber : Fitrihadi.com

Saya sokong pendapat dia ni. Saya tahu pasti ada yang akan mengamuk lepas ni tapi inilah kenyataannya. Inilah perkara yang kita harus bertegas. Melayu memang suka sangat dengan hiburan. Lalai dengan hiburan, daripada umur budak sambil dan kilauan emas (berusia)...


Apa nak jadi dah dengan dunia ni ? Post saya ini untuk tauladan buat diri saya sendiri juga

Sabtu, 21 Jun 2014

10 Blogger (Lelaki) Paling Kacak Piala Dunia 2014

Post kali ini hanya nak mengetengahkan siapakah blogger-blogger paling kacak kat Malaysia ni. Bukan senang tau nak jumpa blogger kacak kat Malaysia. Lagi-lagi yang kacak tu memang idaman gadis-gadis. Demam Piala Dunia 2014 pun, makin ramai blogger paling kacak muncul ...hehehe... 


10 Blogger (Lelaki) Paling Kacak Piala Dunia 2014 :

10). [KLIK LINK] Melastik Bintang  
Gambar Dicilok di Facebook milik beliau. Moga-moga beliau masih kenal saya ..huhu


  • Blogger dengan nama Melastik Bintang lebih kepada penjenamaan Parenting Blog dan Lifestyle. Memang nampak sangat comel sebab muka memang jambu habis. Hehehe..bukan SEO Merah Jambu yee..itu kita citer lain pulokkk..


9). [KLIK LINK] Blog Shakiddo 



  • Blogger yang sempoi dan banyak jugak tips menarik daripada sahabat kita ni. Antara trafik yang paling mantop sekitar saya mengenali dirinya dahulu. Tak percaya ke ? He he he..sempat menuntut sikit je daripada abam shakiddo dulu. Lepas tu saya lesap dari dunia blogging agak lama.. 


8). [KLIK LINK] Abang Ensem



  • Blogger hartanah yang banyak buat program-program atau seminar hartanah. Agak famous jugak di Malaysia ni. Tapi jangan tak tahu pulak bahawa dia lah pelopor kepada buku SEO Merah Jambu dan macam-macam lagi buku mengenai hartanah. 


7). [KLIK LINK] Nick Nashram



  • Nick Nashram adalah nama yang tidak asing dalam dunia blogger ni. Tapi baru ni dia bertunang dah dengan Muja, founder kepada Mujadafewa. Dah lah hensem, badan katang ... cikgu pulak tu ....kikiki... apa pun, nanti Walimah jangan lupa jemput.. Lepas jemput, in shaa Allah kalau ada rezeki saya akan pergi dan kita akan jumpaa...

6). [KLIK LINK] Denaihati 

  • Blogger yang paling berpengaruh di Malaysia siapa je tak kenal. Kan ? Tentu sekali ramai yang kenal.. Tuan Denaihati banyak buat event-event yang sangat mendapat sambutan daripada blogger seluruh Malaysia dan Nusantara. 


5). [KLIK LINK] Ben Ashaari



  • Seorang papa blogger yang paling disegani di Malaysia. Dengan bayi comelnya, Qhaliff dan dah dapat adik dah sorang lagi, Zahra namanya. Apa pun, berbadan katang dan muka ala-ala jambu..heheheh..tapi yang lawaknnya selalu je ada page baru yang guna muka Abang Ben ..mohon clash kalau jumpa pages macam gitu



4). [KLIK LINK] Ariff Shah


  • Pelopor kepada kejayaan berblog di Malaysia. Memang hebat anak muda ni. Saya tak pernah bersua lagi dengan mana-mana blogger yang saya nyatakan ni sebab saya malu..huhuhu .. saya ni pemalu orangnya

3). [KLIK LINK] Da'ie Ikhwan

  • Okay ini adalah pendakwah muda yang macho ni. Hehe..dulu dia ada masuk program dakwah milenia yang dekat Astro Oasis tu. Sampai sekarang orang ingat dia.. hehehe.. Macho wooo..blog dia tentang dakwah yang sangat mudah difahami, in shaa Allah

2). [KLIK LINK] Aku Penghibur


  • Blog dengan penjenamaan dakwah yang begitu baik sekali. Kacak bergaya dengan pelbagai event dan juga hebatnya sahabat saya ni. Hehehe... 

1). [KLIK LINK] Syaifuddin Alias 


  • Siapa Syaifuddin Alias yang paling kacak sangat ni ? hehehehe... biarlah pengomen je yang tentukan siapa dia...hehehehe

Jumaat, 20 Jun 2014

Andai Esok Nyawa Terhenti..

Andai esok nyawa terhenti,
Sudahkah diri membuat persiapan untuk berada di alam barzakh ?

Andai esok nyawa terhenti, 
Apakah yang dapat diberikan kepada ummah ?

Andai esok nyawa terhenti, 
Adakah diri sudah menyampaikan apa yang belum disampaikan ?

Andai esok nyawa terhenti, 
Apakah bekalan yang akan dibawa berjumpa ilahi ?



Andai esok nyawa terhenti, 
Apa yang ditinggalkan untuk ummah di dunia ?

Andai esok nyawa terhenti, 
Sudahkah kita mengajak keluarga, saudara-mara ke arah kebaikan ?

Andai esok nyawa terhenti,
Tangisan terakhir saat mengucap Lailahaillallah sayup-sayup kedengaran.. 
Andai ia dapat diucapkan..Allahu Rabbi .. 
Itulah nikmat kematian pergi tidak kembali.. 
nikmat mati dalam keadaan menyebut kalimah Lailahaillallah.. 
Nikmat kematian di dalam Islam.. 
Nikmat yang berpenghujung dengan kebaikan..
Nikmat yang bukan senang untuk diperolehi..
Nikmat akhir zaman yang penuh dengan kekhilafan..

Adakah kita bersedia melangkah ke zaman akhir ? Tanyalah hati, adakah kita sudah MENGENALI ISLAM ?

Selasa, 17 Jun 2014

5 Ciri-Ciri Gadis Idaman Lelaki Moden

Di dalam kita mengejar keduniaan, jelas kita tidak sedar bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda mengenai ummat akhir zaman yang mana menjadi suatu perkara yang benar. Nabi Muhammad hanya mengatakan perkara yang benar sahaja. Baginda adalah seorang yang zuhud, dan perlu dicontohi. 

Ummat Nabi Muhammad SAW di akhir zaman (sekarang) akan begitu ramai tetapi kalah dengan sedikitnya kaum Yahudi. Kalah kerana mengejar keduniaan, kalah dengan agenda Yahudi. Mereka berkiblatkan maksiat dan hiburan, ummat Islam menuruti mereka. Buktinya, lihat sahaja sekeliling kalian.

Untuk bab itu, kita tutup sementara, sekarang fokus kepada ciri gadis idaman lelaki moden :




5 Ciri-Ciri Gadis Idaman Lelaki Moden :

1. Gadis Idaman lelaki moden mestilah cantik wajahnya, cantik badannya, cantik segala-galanya, tak gemuk sangat, tak kurus sangat. Bak kata orang moden sekarang, sedang sedap je.. 

  • Tahukah anda, di dalam Islam, pandang wajah, badan dan sebagainya pada gadis itu diibaratkan seperti memfitnah. Kerana apa, lelaki takkan lah pandang je kot.. mesti imaginasi kotor datang.. bahaya tau kepada gadis. Wahai gadis, diri kalian itu untuk di pandang oleh suami kalian yang sah sahaja, bukannya pada pandangan ajnabi. Bahaya tau...JANGAN ..JANGAN.. JANGAN :)
2. Gadis idaman lelaki moden mestilah pakai tudung, berbaju ketat, berseluar ketat
  • Wahai kaum perempuan, Allah menjaga keaiban kalian, Allah menjaga maruah kalian. Janji Allah yang kepada kaum perempuan ialah, Allah akan memelihara kepada siapa perempuan yang menutup auratnya, melabuhkan pakaiannya daripada diganggu oleh lelaki yang jahat atau godaan nafsu lelaki. 

3. Gadis idaman lelaki moden mestilah pakai sanggul tinggi, baju labuh tapi ketat, berpurdah tapi tayang-tayang di media sosial
  • Penyakit yang telah menular di kalangan niqabis dan juga tudungbis, shawlibis, jubahbis, dan juga hand-sockbis, apabila memakai semua itu, ya betul ia mengikut syariat Islam, tetapi alamaakkk.... sanggul pulak tinggi.... alamakkkkk, selfie-selfie upload pulaakk dalam Facebook, Twitter...alamaakkk..banyak nya fitnah dari yang memandang, banyaknya LIKE dapat, RT. 
  • Di zaman fitnah ini, kita tak sedar ianya adalah fitnah bila kita buat sesuatu, tetapi itu yang sebenar menjadi duri. 

4. Gadis Idaman lelaki moden mestilah tahu bermekap, nak dating nanti mekap tebal tau.. awww...lawa tannnaaatttt.. kahwin nanti mekap tebal-tebal, pakai baju ketat-ketat...
  • Satu lagi penyakit di mana ini ada di kisahkan di dalam satu kisah Nabi Muhammad SAW dimana suatu masa, Nabi Muhammad menceritakan kepada sahabat baginda mengenai dirinya mahu pergi melihat majlis perkahwinan satu kaum [dah lupa kaum apa]. Tetapi setiap kali baginda mahu pergi melihat, dalam perjalanan pasti Allah lelapkan mata baginda. Allah begitu menjaga Nabi Muhammad SAW daripada tempat-tempat maksiat. 
  • Mengapa majlis perkahwinan itu menjadi suatu tempat maksiat ? Jawapannya apabila banyak hiburan, banyak tayang-tayang body, banyak orang datang nak tengok body pengantin, body orang yang datang juga.. Nauzubillahiminzalik .. 
  • Adakah majlis perkahwinan masyarakat Islam Malaysia macam tu ? Wallahu'alam ..Doakan yang terbaik buat semua
5. Gadis Idaman lelaki moden mestilah pandai solat, free hair pun takpe lah. Yang penting agama tu yang sentiasa di hati
  • Di dalam suatu kuliah UAI, di mana UAI mengatakan bahawa gadis yang free hair tetapi solat lebih baik daripada golongan gadis yang bertudung tetapi tak tahu syariat, terpesong aqidah dan juga solat 5 waktu tak buat. Ana doakan semoga golongan free hair akan cuba bertudung slow-slow yaa..in shaa Allah... 
  • Yang dah bertudung, perbaiki cara bertudung, buat amal ibadah dengan istiqomah dan teruskan dengan niat kerana Allah, bukan kerana pakwe yang suruh..

Apa pendapat anda ? Boleh share disini. Aasif jika ana ada salah dan silap. Aasif jika ana punya pendapat ada kurang. Perbetulkanlah diri ana yang banyak khilafnya ini.. Sesungguhnya kita semua adalah makhluk Allah dan kepada Allah sahaja kita dikembalikan. 





Isnin, 16 Jun 2014

Preview Germany v Portugal 17 Jun 2014 Piala Dunia Brazil



Germany merupakan pencabar di dalam perebutan ke slot akhir Piala Dunia untuk 3 edisi berturut-turut. [LIHAT JADUAL PIALA DUNIA 2014] Dengan pasukan mereka mempunyai keupayaan di bahagian hadapan, tengah, dan pertahanan yang paling ampuh dalam kancah bolasepak dunia. Sebab itu, mereka berada sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia Brazil Edisi 2014. 




Senarai skuad Piala Dunia 2014 Germany :

Penjaga Gol :

  • Manuel Nueur
  • Roman Weidenfellar
  • Ron-Robert Zieler 


Pertahanan :

  • Benedikt Howedes
  • Jerome Boateng
  • Per Mertesacker
  • Mats Hummels
  • Kevin Grosskreutz
  • Matthias Ginter
  • Erik Durm
  • Philip Lahm
  • Shkodran Mustafi

Midfielder :
  • Bastian Schweinsteiger
  • Thomas Muller
  • Mario Gotze
  • Christoph Kramer
  • Julian Draxler
  • Mesut Ozil
  • Sami Khedira
  • Toni Kroos

Penyerang :
  • Andrea Schurrle
  • Lukas Podolski
  • Miroslov Klose

Joachim Loew mengharapkan anak buahnya mampu pergi sehingga ke peringkat akhir di dalam Piala Dunia Brazil Edisi 2014 kali ini selepas kecundang pada edisi 2010 di separuh akhir. Walaupun tonggak penyerang mereka iaitu Marco Reus mengalami kecederaan di buku lali yang agak serius sehingga terpaksa mengenepikannya untuk edisi kali ini, tetapi ia diharapkan tidak akan melunturkan semangat semua pemain kerana mereka masih ada Andrea Schurrle yang boleh bermain di posisi berbeza iaitu menjadi central forward, central attacking midfielder, dan juga Left Wing. Bastian Schweinsteiger diharapkan mampu bergandingan dengan Toni Kroos dalam menghasilkan Killer Pass dan juga short pass yang menjadi trademark mereka. 

Bagi Pasukan Portugal, mereka tidak diletakkan di dalam pasukan pilihan untuk muncul juara Piala Dunia Edisi 2014. Tetapi mereka sangat yakin mampu melepasi sekurang-kurangnya ke suku akhir ataupun lebih tinggi sehingga ke separuh akhir. Tonggak utama Portugal dan juga Captain Portugal, Cristiano Ronaldo percaya dia dan rakan pasukannya mampu melakar kejayaan dalam perlawanan pertama mereka yang agak mencabar ini. 



Senarai Skuad Piala Dunia 2014 Portugal :

Penjaga Gol :

  • Eduardo
  • Beto
  • Rui Patricio

Pertahanan :
  • Ricardo Costa
  • Andre Almeida
  • Luis Neto
  • Fabio Coentrao
  • Bruno Alves
  • Pepe
  • Joao Pereira

Midfielder :
  • Miguel Veloso
  • Raul Meireles
  • Ruben Amorim
  • Joao Moutinho
  • William

Penyerang :
  • Cristiano Ronaldo
  • Vierinha
  • Helder Postinga
  • Nani
  • Eder
  • Hugo Almeida
  • Rafa
  • Varela

Paulo Bengo mengharapkan anak-anak buahnya berjaya mencipta kejutan terbesar buat Portugal dengan melangkah ke peringkat akhir. Tetapi ianya berdasarkan corak persembahan yang ditunjukkan para pemain. Andai ada kesilapan biasa yang dilakukan oleh pertahanan, dan midfielder tidak menolong pertahanan, perkara sama akan berulang pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan 4 tahun lalu. Mereka selalu menjadi perhatian kerana bintang termahal dunia, iaitu Cristiano Ronaldo begitu cemerlang memimpin rakan pasukannya untuk melangkah lebih jauh. 







Ahad, 15 Jun 2014

Keputusan Perlawanan Piala Dunia 2014 - World Cup Brazil 2014



Keputusan Perlawanan Piala Dunia 2014 - World Cup Brazil 2014 | Di sini adalah salah stau aplikasi atau widget terbaru untuk pengguna mengetahui keputusan perlawanan Piala Dunia 2014. Aksi bagi semua perlawanan pertama sudah sampai ke kemuncaknya. Dengan pelbagai kejutan dilakukan pasukan-pasukan handalan di pentas Piala Dunia Brazil 2014. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai keputusan, gol, assist, dan sebagainya boleh dilihat di Live Score Piala Dunia 2014 ini :

Football results provided by whatsthescore.com

Jumaat, 13 Jun 2014

Andai Dia Ialah Jodohku..



Andai dia ialah jodohku, 
Maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya, 

Andai dia ialah jodohku,
Jagalah dirinya untukku,

Andai dia ialah jodohku, 
Satukanlah kami berdua,

Andai dia ialah jodohku,
Maka sampaikanlah doa rinduku kepada dirinya, 
Agar dia juga merasainya,

Andai dia ialah jodohku, 
Tiada yang dapat menghalang kami kecuali syaitan,
Yang sentiasa berada di antara kami, 
Yang ingin menyesatkan kami, 

Andai dia ialah jodohku, 
Jauhkanlah kami sejauhnya dari godaan syaitan,
Tidak ada sesuatu pun yang lebih berkuasa daripada Engkau ya Allah, 
Tidak ada suatu makhluk yang menciptakan dirinya sendiri kecuali Engkau Yang Maha Pencipta,
Maka, hindarkanlah kami dari kemaksiatan,

Andai dia ialah jodohku,
Payungilah kami dengan rahmat, nikmat dan hidayah-Mu sehingga hari kiamat,
Jauhkanlah kami dari zina, yang membawa kepada kemurkaan-Mu,
Sesungguhnya, diri aku, dirinya tidak pula dapat bertahan andai nafsu menyelebungi diri,

Maka, ampunilah diriku. Ampunilah diriku. Ampunilah diriku yang penuh dengan khilaf, penuh hati yang berbolak balik kepada-Mu ya Allah. Aku tidak kuat tetapi aku hanya ada-Mu yang sentiasa menyayangi dan mendengar rintihan hamba-hamba. 

Ya Allah, semoga diriku ini dapat bertahan di dunia akhir zaman yang dipenuhi fitnah. Semoga diri ini dapat bertahan dengan dunia yang dipenuhi kekejaman. Semoga diri ini dan juga semoga dia, Engkau pertemukan kami di jalan yang lurus, di jalan Tauhid sebenar, di jalan Islam sebenar. 

Amin Ya Rabb



p/s : couple itu haram

Khamis, 12 Jun 2014

Semak Keputusan Rayuan ke IPTA

Diumumkan kepada semua pembaca yang ingin menyemak keputusan Rayuan ke IPTA, boleh semak bermula hari ini, 12/06/2014 bermula pukul 12:00PM sekejap lagi. Ia adalah untuk rayuan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan juga Politeknik Premier bagi program Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf. 



Anda boleh semak disini :

1. https://jpt.utm.my

2.  http://upu.moe.gov.my

3. http://jpt.uum.edu.my

4. https://jpt.unimas.my

5. http://jpt.ums.edu.my

*setiap daripada link itu adalah berbeza. Sila copy link, dan pastekan ke browser anda untuk melihat atau menyemak status rayuan anda

Tiada Tambang Bas Ekspres Naik Aidilfitri Ini

Pengusaha Bas-Bas Semalaysia (PMBOA) mengesahkan bahawa, tiada kenaikan tambang bas ekspres untuk aidilfitri ini. Harga yang dikenakan akan tetap sama seperti harga sedia ada. Tetapi, harga baru akan diputuskan selepas perayaan Aidilfitri nanti. 




Presiden PMBOA berkata,"kami taknak rosakkan mood mereka yang ingin balik ke kampung" 

Tetapi, mereka harap kerajaan akan menaikkan harga tambang bas seperti yang telah diusulkan kepada kerajaan. [SUMBER]

Jangan cerita pasal raya lagi, Ramadhan pun belum datang lagi. Andai dipanjangkan umur ana, ana sekali berjumpa dengan semua sahabat-sahabat blogger ana. Moga Ramadhan kali ini memberi kita suatu penghijrahan kepada yang lebih baik. Puasa itu wajib, zakat itu wajib, 

Allahumma Balighna Ramadhan

Rabu, 11 Jun 2014

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014 | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam laman web rasmi mereka telah mengeluarkan senarai waktu berbuka Puasa dan Imsak untuk Ramadhan 2014. Jadual ini adalah untuk tahun 2014 bersamaan dengan 1435H. Jadi, apa-apa hal andai tersilap dan tersalah, harap tegur diri ana. Semoga penantian untuk Ramadhan kali ini memberi suatu penghijrahan kepada kita semua in shaa Allah. 



Jadual tersebut boleh didapati disini. Anda semua boleh klik pautan atau link di bawah ini untuk mengetahui waktu berbuka puasa dan imsak 2014 negeri dan zon masing-masing :

WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2014 :



Semoga Ramadhan kali ini dapat membuka hati kita untuk berubah kerana Allah. 

Tabarakallahu fikum ..

Allahumma Balighna Ramadhan

Selasa, 10 Jun 2014

Suratul Kahfi Hilang Dari Mushafnya

PERINGATAN :
andai diri ana ada tersalah kata, tersalah pendapat, tersalah memberi pandangan, tegurlah diri ana yang banyak khilafnnya ini. Semoga setiap apa yang dikerjakan, akan diberi syafaat di dunia dan di akhirat

Ia tidak menjadi kegemparan ataupun suatu keadaan yang pelik. Tetapi bagi yang tidak biasa dengan al-Quran al-Karim, ia akan menjadi suatu keadaan yang amat pelik. ia tidak pelik kerana Allah punya kekuasaan untuk menarik kembali ilmu yang dipinjamkan kepada kita. Diakhir zaman, antara tanda-tanda kiamat ialah, al-Quran yang akan hilang daripada dunia. 

Kita sudah berada di fasa akhir, Dunya Mutaakhir. Zaman penuh kekhilafan, zaman penuh Fitnah, Zaman penuh dengan kemaksiatan. Ana menyeru diri ini, dan juga menyeru kepada semua sahabat-sahabat, bacalah Suratul Kahfi sentiasa. 


Bacalah Suratul Kahfi setiap hari (kalau boleh). Peringatan ini buat diriku juga. Kita di akhir zaman,
apakah yang kita lakukan untuk Allah ?


Para Ulama' bersepakat bahawa maksud daripada al-Quran yang hilang itu berkemungkinan Allah menarik segala pinjaman-Nya di dunia yakni ingatan para Hafiz dan Hafizah yang menghafal al-Quran itu, dan mereka sudah tidak ingat apa yang mereka hafal, mahupun ayat-ayat al-Quran itu sendiri yang akan hilang dari Mushafnya. Wallahu'alam

(seeloknya rujuk kepada Ustaz, para 'alim, ataupun Ulama' untuk mengetahui hal sebenar)

Antara yang selalu kita dengar surah yang hilang dari mushafnya ialah Suratul Kahfi. Mengapa ia hilang itu adalah kekuasaan Allah. Jangan fikir tentang bagaimana Allah "menarik" ilmunya atau bagaimana kuasa dan zat Allah. Kita sebagai ummat Islam yang beriman akan berpegang teguh kepada kekuasaan Allah, tunduk dan patuh kepada segala yang Allah gariskan di dalam al-Quran. 

AL-KAHFI sebagai pelindung kepada DAJJAL :

Nabi Muhammad SAW menyuruh ummatnya agar membaca al-Kahfi. Antara dalil riwayat yang kerap kali kita dengar daripada Ustaz, penceramah, dan sebagainya ialah :

"Imam Ahmad Berkata,"Daripada Abi Darda, Daripada Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : Sesiapa menghafaz sepuluh (10) ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi, maka terhindar daripada Dajjal"
[HR Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al-Tarmizi daripada Qatadah]

"imam Ahmad Berkata,"Daripada Abi Darda, Daripada Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : sesiapa membaca sepuluh ayat terakhir daripada Surah al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Dajjal"
[HR Muslim dan al-Nasa'i]

"Daripada Umar berkata : Nabi Muhammad SAW telah bersabda : sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada Hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"
[HR Ibnu Katsir]



Lihat Kuliah Syeikh Zainul Asri mengenai Islam Akhir Zaman, Dajjal, Suratul Kahfi yang menghilang, Muhammad bin Abdullah al-Mahdi, dan kerosakan di hari kiamat. 


Untuk pengetahuan, Suratul Kahfi adalah Surah ke 18, mempunyai 110 ayat dan berada di halaman 293.

[KLIK SINI]

Tabarakallahu fikum  


Ikan Patin Masak Tempoyak Selera Temerloh

Kalau anda singgah di Temerloh, jangan lupa singgah di gerai ikan pating yang amat popular di Pahang dan di Malaysia iaitu, Gerai Ikan Patin Pak Usop. Gerai Pak Usop tak pernah lekang dari kunjungan orang ramai yang ingin menikmati hidangan Ikan Patin segar yang dimasak panas. Boleh dikatakan, kalau tengahari tu memang penuh gerai dia. Hari-hari macam tu. 



Kawasan yang strategik dan juga lapang berhadapan dengan Sungai Pahang dan tapak pekan sehari terpanjang di Malaysia (sepanjang 1.8KM - 2KM). Suasana yang nyaman selain dapat menghirup udara segar dan sebagainya. Dah ramai artis-artis makan kat situ antaranya Siti Nurhaliza.

Selain ianya sebagai daya tarikan, ia juga boleh menjadi suatu daya penarik pelancongan kerana setiap tahun, akan ada aktiviti berakit di Sungai Pahang yang menarik ramai peserta-peserta dari seluruh Malaysia. 





Jadi apa pun, kalau nak pergi ke sana senang je. Kalau anda daripada Kuantan, turun sahaja daripada jambatan merentasi Sungai Pahang tu, boleh belok ke kiri dan selepas itu, terus sahaja ke hadapan. Belok ke kiri dan terus naik menuju ke mini stadium Temerloh. Akan nampak satu lorong ke kanan dan terus masuk ke lorong itu. Di hadapan anda ialah Gerai Ikan Patin Pak Usop. 

Isnin, 9 Jun 2014

Orang Gaji Makan Kucing Hidup-Hidup

Kisah thriller seram ni terjadi di Sibu apabila sikap pelik seorang Amah warga Indonesia makan kucing hidup-hidup terbongkar. Sebenarnya, dia ni makan kucing majikan dia. Kucing dah lah comel, lepas tu seksa kucing tu pulak dengan kegiatan tak berperikemanusiaan. 

SUMBER GAMBAR : Mylaunchpad : Amah terpaksa diikat, dan di tutup mulutnya kerana
meludah pegawai yang bertugas dan bertindak kasar


Majikan dia jumpa bangkai kucing kat halaman rumah, jadi majikan dia tanyalah macam mana boleh kucing ni mati dalam keadaan begitu sekali. Amah tu pun jawab lah dia makan kucing tu hidup-hidup. 

Majikannya berkata, amahnya seorang yang baik, rajin dan tidak membuat perkara sedemikian rupa sejak bermula bekerja dengannya 5 bulan yang lalu. Tetapi alangkah terkejutnya apabila dia memberitahu kejadian yang menimpa kucing peliharaannya itu. 

SUMBER : Kosmo! Online

Jumaat, 6 Jun 2014

Piala Dunia 2014 Belgium Pasukan Kejutan



Piala Dunia 2014 akan berlangsung pada 13 ini apabila antara pasukan ilihan untuk menjuarai kempen pada kali ini iaitu Brazil akan menentang Croatia dalam aksi pembuka tirai Piala Dunia 2014. [Semak Jadual Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia]

Tetapi, ada satu pasukan di mana menjadi sebagai salah satu pasukan yang boleh mengejutkan iaitu pasukan Belgium. Belgium walau bagaimanapun bukanlah pasukan pilihan kerana tahun ini Belgium dilihat amat gah dalam perlawanan-perlawanan peringkat kumpulan untuk meniti ke pentas Final. Tetapi, kapten Belgium dan juga pemain pertahanan Manchester City, Vincent Kompany amat optimis bahawa, Belgium boleh sekurang-kurangnya melepasi ke suku akhir. 

Ini adalah senarai pemain akhir Belgium yang akan memulakan kempen menentang Algeria pada 18 Jun 2014. Belgium yang diundi di kumpulan H akan bersama Algeria, Korea Selatan dan juga Russia. 


Kompany dan Hazard bakal menjadi "key-player" untuk Belgium pergi lebih jauh dalam Kempen Piala Dunia 2014 Brazil. 

Senarai pemain Belgium di Piala Dunia 2014 Brazil :

Penjaga Gol :
-Thibaut Courtois (Athletico Madrid)
-Simon Mignolet (Liverpool)
-Koen Casteels (Hoffenheim)
-Silvio Proto (Anderlecht)

Pertahanan :
-Toby Anderweireld (Athletico Madrid)
-Lauren Ciman (Standard Liege)
-Vincent Kompany (Manchester City)
-Nicolas Lombaerts (Zenit St. Petersburg)
-Daniel van Buyten (Bayern Munich)
-Anthony Vanden (Anderlecht)
-Thomas Vermaelen (Arsenal)
-Jan Vertonghen (Tottenham Hotspurs)

Midfielder :
-Nacer Chadli (Tottenham Hotspurs)
-Kevin De Bruyne (VFL Wolfsburg)
-Steven Defour (Porto)
-Mousa Dembele (Tottenham Hotspurs)
-Maroune Fellaini (Manchester United)
-Axel Witsel (Zenit)

Penyerang :
-Eden Hazard (Chelsea)
-Adnan Januzaj (Manchester United)
-Romelo Lukaku (Everton)
-Dries Martiens (Napoli)
-Kevin Mirallas (Everton)
-Divock Origi (Lille)

Dengan skuad yang boleh dikatakan mampu menggempur dari tengah dan juga kiri dan kanan, Belgium mampu memberi kejutan terbesar di Piala Dunia 2014. Apa pun, saya menjangkakan bahawa, Belgium akan melepasi sehingga ke saingan Separuh Akhir Piala Dunia 2014. 

Siaran Percuma Astro 6 Jun Hingga 8 Jun 2014



Astro telah memberi perkhidmatan siarannya percuma sepanjang tarikh 6 Jun Hingga 8 Jun 2014. Maka, bergembiralah kesemua ummat manusia di Malaysia. Apa yang disuka sangat ana pun tak tahu.. he he he ..Masalahnya, dia bermula pada hari ini, hingga Ahad ni, jadi boleh lah tonton Pahang v Felda United final Piala FA.. yedok ? 

Ana ambil sedikit daripada apa yang ditulis oleh Hanif Idrus, jadi nak tahu lebih lanjut kena pi blog dia lah ye kalau nak tahu. Jangan tanya kenapa tau sebab itu adalah manner dalam berblogging. Orang dah tulis susah-susah takkan kita nak kebas pulak hasil tangan orang lain ...


Ini penerangan ASTRO :

"Bersempena dengan cuti sekolah, Astro yang bekerjasama dengan Maxis mengumumkan lebih dari 130 siaran di Astro akan disediakan untuk tontonan pelanggan kami bermula daripada 12:01 pagi pada Jumaat, 6 Jun 2014 sehingga 11:59 pagi pada Ahad, 8 Jun 2014.
*sila ambil perhatian bahawa, ia tidak termasuk dengan Pay Per View..."

Yang ni ana quote je, Melayukan dia. Jadi kalau nak tahu lebih lanjut sila lawati blog Hanif idrus untuk tahu apakah kata-kata dari pihak Astro. Sekian Harap Maklum 

[KLIK SINI untuk ke Blog Hanif Idrus]





Kisah Dajjal Yang Begitu Menghampiri

Salam Sayyidul Aiyam, Salam Jumaat yang penuh dengan Baraqah, yang penuh dengan ganjaran pahala. Lakukan sunnah-sunnah baginda Rasulullah SAW seperti memakai jubah, berserban, wangi-wangian, memakai rida di bahu, berwudu' sebelum ke masjid dan banyak lagi Sunnah-Sunnah baginda Rasulullah. 




Ketahuilah kita bahawa, saat ini, kita berada di akhir zaman. Zaman ini yang di namakan zaman khilaf, zaman fitnah, zaman di mana ummat Islam akhir zaman begitu lemah dalam mengamalkan agama Islam. Zaman di mana berlakunya pelbagai kemusnahan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam sejak dahulu. Allahu Rabbi..begitu dahsyat sekali ambang kiamat yang terjadi tetapi ummat tidak mengendahkannya, tidak mahu mengambil tahu akan kedahsyatannya. 

Sehingga suatu masa, tiada lagi kalimah Tauhid, kalimah syahadah, kalimah Lailahaillallah kedengaran, maka keluarnya Dajjal yang digambarkan sebagai perosak manusia akhir zaman. Dajjal akan keluar apabila dia sudah berjaya menguasai minda ummat Islam dengan dakyah-dakyah yang merosakkan seperti hiburan melampau, teknologi dan sebagainya. Ketahuilah, Iluminati itu adalah agen kepada Dajjal. 

Semua sedar, bahawa akan muncul seorang Pembimbing Ke Jalan Yang Benar atau Mahdi. al-Mahdi bermaksud Pembimbing Ke Jalan Yang Benar, yang akan membimbing manusia seluruh alam ke arah agama Islam yang sebenar. Beliau yang bernama, Muhammad Bin Abdullah al-Mahdi akan muncul, mungkin telah muncul cuma tiada sesiapa yang mengetahuinya, sehinggakan dirinya sendiri tidak mengetahui bahawa  dialah al-Mahdi. 

Rasulullah pernah bersabda di mana, baginda menggambarkan imam al-Mahdi sebagai keturunannya, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Dan dia akan memenuhi bumi ini dengan keamanan dan kemakmuran. 

Imam al-mahdi akan menjadi seorang penyelamat kepada bangsa dan ummat Islam semuanya. Mengangkat Sunnah Baginda Rasulullah. Ikuti apa yang di katakan oleh Syeikh Zainul Asri mengenai Islam Akhir Zaman : 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...