>

Selasa, 3 Jun 2014

Hati Malu Kepada Felexia Yeap

Post ini adalah peringatan kepada diri serta hati sendiri yang mana banyak khilaf dari segi ikhtilat, perbuatan, perkataan, dan sebagainya baik sesama manusia mahupun sesama makhluk. Bahawasanya, diri ini sangat kerdil untuk dibandingkan dengan sesiapa sahaja di luar sana yang lebih baik serta lebih berilmu. 




Pasti terdetik di hati dan akal fikiran yang yakin bahawa Allah adalah tiada bandingannya dan al-Quran adalah wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad SAW dengan perantaraan Malaikat Jibril. 

Apabila terlihat Felexia Yeap, pasti diri membandingkan diri dengan beliau dan pasti ada juga yang mencemuh dirinya dengan menjatuhkan hukuman sebagai menghina Islam dan sebagainya. Itu tidak menjadi persoalan kerana pastinya, Islam adalah agama yang syumul atau menyeluruh. Walaupun diri Felexia sendiri mengaku akan mengucapkan kalimah syahadah Ramadhan nanti. Tetapi, bandingkanlah diri sendiri dengan beliau yang lebih selesa menutupi aurat dengan sempurna. Agama yang mana sesiapa sahaja boleh menganutinya dengan berpegang kepada kalimah syahadah

"Aku bersaksi bahawa, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah"

Suatu perkara menarik, mengapa golongan Islam sendiri yang sejak lahir adalah sebagai Islam masih lagi tidak mahu menutupi keaiban mereka yakni aurat. Jawapannya, tanyalah iman di hati, tanyalah apa sudah terjadi dengan hati sendiri. Jauh dari Allah, dan jauh dari al-Quran sebagai panduan kehidupan. 




Dalami kata-kata ini :

"Islam bukan hanya untuk Melayu tetapi untuk semua. Yang Melayu tak semestinya Islam"

Maafkan ana jika ana ada kekurangan, terguris hati kalian pembaca blog picisan ini maafkanlah diri ana, jika tersalah pendapat, tegurlah diri ini. Andai ada apa-apa yang ingin diutarakan, boleh aju pada ruangan komen mahupun PM diri ana sendiri. 

Tabarakallahu fikum

Video Pailang, Sailang Perempuan Makan Diri

Kejadian yang berlaku di Malaysia, tetapi jarang-jarang sebab ia makan diri sendiri. Akhirnya jatuh ke tanah jua walau lompat setinggi mana. Kesiankan kawan perempuan dia tu je sampai gitu sekali kena belasah. Yang lelaki tengok je keadaan tu langsung tak nak tolong leraikan. 

GAMBAR HIASAN


Kertas siasatan dah dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 3 pelajar dah kena tahan tapi dah kena dibebaskan dengan jaminan. Yelah budak-budak kan. Bawah umur lagi nak buat apa. 

Puncanya sebab baju kena curi. Mangsa pergi report kat ketua warden asrama. Apa lagi, senior tu terjah lalu diberi flying kick dan adegan tomoi menomoi pun terjadi. Biasalah kalau wanita bergaduh. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------


Ana tak nak tengok kejadian ni tapi dah kena tagged dalam Facebook, tengoklah jugak anak-anak muda sekarang. Allah jaga wanita dengan menjaga keaiban mereka. tetapi wanita itu sendiri yang membuka aib masing-masing. Berubahlah demi ibu dan ayah anda di rumah yang mahukan anak-anak mereka berjaya, bukannya jadi pailang yang sailang pelajar lain. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...