>

Ahad, 9 Mac 2014

Andainya Keluarga Sendiri Berada Di Dalam MH370

Seandainya ahli keluarga sendiri berada di dalam pesawat MH370, 
Kita bersembang gembira, berkata perkara yang berlawanan, 
tanpa sumber, tanpa kesahihan, tanpa apa-apa, manusia menyebarkan apa sahaja,
perkara benar perkara tidak benar itu belakang kira, yang penting mereka mahu mendapat perhatian sekelilingnya, 



Begitu ramai yang menjadi saksi kepada kedegilan sesetengah umat manusia yang membicarakan tentang kehilangan pesawat MH370, sebagai suatu bahan jenaka. 

Walhal, keluarga mangsa semuanya sedang bersedih hati, tidak mengetahui nasib anak-anak mereka. Ayah ibu yang sentiasa mendoakan keadaan anak-anak mereka dalam keadaan baik. Bercucuran air mata mereka mengetahui anak-anak mereka sebahagian daripada mangsa. 



Tidakkah kita berfikir ? Tidakkah kita sedar akan kesedihan dan kehibaan yang ditanggung orang lain ? Kenapa sahabat bertindak sedemikian rupa ? Kenapa sahabat semua yang saya sayang sanggup menjadikan perkara ini suatu bahan jenaka ? Adakah tidak cukup dengan hiburan dunia ? Adakah tidak cukup dengan media sosial untuk berhibur ? Atau adakah sahabat semua mahu merasai kepedihan menjadi mangsa atau keluarga mangsa ? 

Jawapan saya, kalian semua sudah melampauai batasan kemanusiaan. Sanggup menuduh itu dan ini, hanya untuk kebaikan sendiri mahupun sesebuah organisasi. Sanggup mengaitkan dengan isu politik, sanggup mengaitkan dengan isu perkauman, sanggup menjadi batu api dalam melaga-lagakan ummat manusia. Tidakkah sahabat semua malu ? Tidakkah kalian semua sedih ?



Hati batu, tiada yang mahu mendengar nasihat dan teguran.. 
Dunya semakin diambang pengakhiran, semakin lama semakin banyak dugaan menimpa dunia dan seisinya.. 

Doakan agar saudara-saudara kita dan juga sesiapa sahaja yang berada di dalam pesawat itu, akan dilindungi daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Barakallahufikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...