>

Jumaat, 18 Julai 2014

Andai Keluarga Sendiri Di Dalam MH17


Andai keluarga sendiri berada di dalam MH17,
Pasti permulaannya sebak, 
Pasti pengakhirannya duka,
Pasti penyudahnya kesedihan berganda,

Andai ibu, Andai bapa, Andai kakak, 
Andai abang, Andai adik, berada di dalam pesawat MH17,
Pasti terkedu tidak berbicara,
Mendengar berita langsung daripada tanahair,
Permulaan yang baik diakhiri dengan penyudah yang ditangisi,

Andai keluarga di dalam MH17,
Mengapa masih ada yang menyatakan permainan,
Mengapa masih ada yang bermain dengan kematian,
Mengapa masih ada yang menganggap isu ini suatu isu remeh-temeh,

Apakah rakyat Malaysia sebegini ?
Apakah rakyat Malaysia tidak menyedari ?
Apakah rakyat Malaysia masih dibelenggu dengan duniawi ?
Janji Allah itu pasti, tiada suatu pun yang akan terkecuali kerana kematian itu adalah PASTI.

Jadi, mengapa berbicara seolah-olah orang hilang akal ?
Keluarga mangsa bersedih, ramai yang bersedih, 
Kalian memainkan perasaan keluarga, saudara, dengan menyebarkan berita yang mempermainkan ahli keluarga mereka ?
Kalian tidak merasai keperitan, 
Maka, kalian berkata sedemikian..

SYABAS RAKYAT !! SYABAS !! 
Syabas kerana berjaya menjadi pewaris kesengsaraan..



1 ulasan:

  1. Tak terpikul sedih keluarga mangsa, .. al-fatihah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...