>

Khamis, 31 Oktober 2013

Star Cruise Cerewet ?

Pernahkan di kalangan semua berhadapan dengan pelanggan yang cerewet ? Mesti pernah dan pasti ia adalah perkara yang sangat memeningkan kepala. Kata orang, pelanggan selalu betul ataupun, "customers is always right". Jadi apa pun, kita kena berhadapan walau apa jua keadaan untuk memberi kepuasan kepada pelanggan kita.


Situasi Berlaku :

[telefon berbunyi dan seperti biasa, aku akan angkat dan jawab panggilan itu..]

Aku : Hello, Jaz Holiday. Boleh saya bantu ? ,

Pelanggan A : Ya saya, saya Puan ****** , saya musykil dengan tempahan seat untuk Star Cruise Libra yang dah dibuat. Saya dah bayar tapi seat tu saya mintak tukar kelmarin. Saya nak tukar seat CA bukannya CD sebab invoice menyatakan saya dapat seat CD. Macam mana tu ? 

Aku : [selepas penat mendengar bebelan] Ok Puan, sebentar ya. Saya confirmkan semula seat Puan. 

Pelanggan A : Cepat tau sebab hari ni tarikh akhir untuk submit ni semua. Kelmarin saya berurusan dengan Kak **** , dia ke mana ya ? Boleh tak saya cakap dengan dia nak confirmation .

Aku : Minta Maaf ya Puan sebab dia tak ada kat pejabat kerana urusan luar. Dia handle tour ke Saigon (Vietnam).

Pelanggan A : Takpelah, tapi saya nak confirmation hari ni jugak sebab saya dah bayar. 

Aku : Baiklah Puan, saya akan inform kepada Puan, selepas selesai semuanya. 






Pakej menaiki Star Cruise bukanlah pakej yang murah kerana ia melibatkan RM1000++ keatas untuk berada di atasnya. Oleh yang demikian, situasi sebigini harus di teliti dan juga diambil serius. 

Jika anda berhadapan dengan perkara seperti ini, apakah yang akan bermain di fikiran anda ? semestinya, sebagai pemberi servis (Service Provider), kita harus mempunyai sikap enthusiasm dan juga mampu menyelesaikan masalah dengan berkesan. Seperti situasi diatas, aku berusaha untuk memberi yang terbaik walaupun aku samar-samar apa yang dia inginkan. 

Kesimpulannya, walaupun apa jua keadaan, kita harus mempunyai sikap ramah mesra dan customer service yang baik supaya pelanggan akan puas dengan layanan yang diberikan. Itu juga boleh menarik ramai pelanggan setia berurusan dengan kita. 


p/s : Untuk pakej menaiki dan merasai pengalaman menaiki Star Cruise, anda boleh sahaja menghubungi saya

Salji Di Korea, Musim Bermain Ski

Pasti ramai diantara anda semua yang mahukan percutian menjadi suatu kenangan indah bersama keluarga, teman-teman dan juga sahabat handai. Untuk itu, segala persediaan awal yang lengkap untuk mencari tempat pelancongan yang menarik disamping menjadi suatu keindahan yang akan diingati sepanjang masa. 

Bulan Januari sehingga Mac 2014, pasti membawa kenangan itu bersama pulang ke Malaysia seandainya anda memilih untuk ke Seoul, Korea Selatan bersama keluarga. Ini kerana, pada jangka masa itu, musim sejuk dan salji telahpun tiba disana. Cuaca yang sejuk dan salji yang memutih, dijangka menarik minat jutaan pelancoong ke Korea pada awal Januari hadapan. 

Keindahan Korea Selatan dan Pakej Percutian ?

Kami ada menyediakan pakej percutian ke Korea Selatan bersama pakej bermain Ski. Pasti menimbulkan keterujaan anda semua. 



Keindahan salji memutih membawa kepada ramai pelancong ingin menikmatinya.


Pulau Nami, Keindahan atau Semulajadi ? 

Keindahan pulau Nami yang membawa kepada kebangaan masyarakat tempatan. Ia merupakan penampakan terbaik alam semulajadi di sana. 



Sekarang aku tunggu confirmation untuk satu group ni ke Korea next Januari tapi masih tak ada jawapan. Jadi, aku akan tunggu. Untuk anda yang mahu bercuti dan merasai pengalaman ke Korea, boleh sahaja hubungi saya di : 


No Tel : 014-5307645

ataupun 


 

Rabu, 30 Oktober 2013

Pakej 4 Hari 3 Malam Ke Saigon (Vietnam)

Akhirnya, aku tleha menyiapkan flyers untuk ditampal dan dipromosikan kepada semua yang dahagakan sesuatu pengalaman yang begitu menyeronokkan. 4 Hari 3 Malam ke Saigon atau Ho Chi Minh boleh menjadi suatu tarikan utama pada cuti sekolah Mac 2014 tahun hadapan. Harga yang berpatutan serta mempunyai ground setting yang baik di Saigon, kami (Jaz Holiday Services Sdn Bhd) menyediakan pakej percutian ini untuk anda secara berkumpulan.


Pemandangan Sungai Saigon, Vietnam di Bandar Saigon pada waktu malam amat
mempesonakan. 


Mari lihat flyers yang aku siapkan ni. Memang tak cantik tapi, hanya gambaran awal untuk anda yang mahu melancong :




Apa pun, pakej ini untuk Mac 2014 tahun hadapan semasa cuti sekolah. Promosi ni memang tengah hangat. Jadi sesiapa yang berminat boleh hubungi talian yang tertera di atas flyers atau boleh hubungi aku sendiri. 

Apa yang ada di Saigon ? Sebenarnya, banyak yang boleh diperkatakan tentang Saigon. Bandarnya, aktiviti urusan jual beli, keindahan alam semulajadi dan sebagainya menjadi daya tarikan pelancong ke sana. Apa pun, anda boleh melihat harga yang termasuk di dalam pakej berkenaan.

Kalau boleh lebih, maka ada peluanglah aku yang bawak anda semua pergi melawat Saigon. 

Menguruskan Kumpulan 3H2M Medan - Tasik Toba

Baru sahaja mendapat panggilan daripada pelanggan. Mereka ingin mendapatkan Pakej 3 Hari 2 Malam ke Medan - Tasik Toba. Di dalam pakej, ia dicampur sekali dengan "ground setting" iaitu tour guide dan kenderaan di sana i.e bas/van/kereta/motor atau salah satu daripadanya. 

Apa yang diperlukan dahulu ialah mencari tarikh sesuai yang murah untuk pelanggan 14 orang satu kumpulan ke sana dengan menaiki AirAsia ataupun MAS (Malaysia Airlines). Kerana sewaktu cuti sekolah pada Bulan 12, mesti adanya harga istimewa ataupun promosi untuk pelanggan-pelanggannya terbang bercuti. 

APA YANG MENARIK DI MEDAN

-Sebenarnya, apa yang menarik di Medan ? Tempat-tempat menarik di sana begitu banyak tetapi yang terdapat di dalam pakej termasuklah makan dan minum, tempat penginapan dan juga melawat dan merasai keindahan tempat-tempat menarik di sana terutamanya, Tasik atau Danau Toba. Danau Toba mempunyai cerita mitos tersendiri mengenai bagaimana seorang manusia bertukar menjadi Danau. 


Tetapi itu telah menjadi cerita rakyat yang dipercayai oleh masyarakat Indonesia khususnya di Medan itu sendiri. Apa pun, keindahan alam semulajadi di sana menarik perhatian semua yang melihat. 


Antara tarikan di Medan ialah kawasan Danau Toba / Tasik Toba yang
begitu luas mata memandang

Danau Toba mempunyai keunikannya tersendiri dan mampu
membawa ramai pengunjung untuk menikmati keindahan
Tasik dan alam semulajadi 

Di sana juga mempunyai tarikan air terjun berketinggian 110m di mana
ia digelar Air Terjun 2 warna yang begitu cantik dan sejuk



Jika anda memilih untuk pergi bercuti di mana-mana destinasi pilihan anda, boleh sahaja secara terus hubungi :


No Tel : 014-5307645

ataupun 

Selasa, 29 Oktober 2013

Limitasi Boarding Pass Air Asia



Aku hari ni memang buat kerja-kerja untuk mengisi dan juga print out boarding pass untuk customers yang akan bergerak ke Seoul (Korea Selatan) pada esok hari, 30 October 2013. Ada 30 senarai nama yang aku rasa untuk permulaannya memang agak senang untuk dibuat kerana di bawah satu PNR number atau booking number. 

Tetapi apabila masuk ke PNR number yang ke-4, dengan senarai nama di bawah satu PNR mempunyai 24 orang, ia memberi kesan mendalam kepada aku. Untuk pengetahuan, Web Check In Air Asia mempunyai masa dan had tersendiri untuk menyelesaikan urusan Boarding Pass dan juga check in flight. Untuk itu, aku terpaksa membuatnya berulang-ulang kali kerana sesi yang dilakukan telahpun expired.

Selepas dinilai dan diteliti, aku ketahui bahawa, semua tu yang banyak tu ada cara alternatif. Kena buat dekat Airport dan berurusan kat sana. Jadi, lega sikit kerja aku. 







Untuk sebarang pertanyaan dan pakej pelancongan, sila berhubung dengan
saya secara terus di :

No Tel : 014-5307645

ataupun 

Isnin, 28 Oktober 2013

3 Hari 2 Malam Percutian Ke Sarawak

Sesuatu yang amat menarik untuk dikongsi apabila mendapat peluang untuk bersama-sama dengan rakan-rakan merasai keseronokan ke Sarawak. Sebelum itu, ada juga pergi ke Pulau Perhentian untuk snorkelling tapi aku tak tahu letak gambar tu semua kemana. Kalau tak boleh kongsi dengan semua. Jadi, apa yang bagus di Sarawak ? 


Sarawak Bumi Kenyalang 

- Sarawak merupakan sebuah kawasan atau negeri yang paling terbesar di Malaysia. Sarawak juga mempunyai kawasan yang dilitupi hutan hujan Tropika yang terbesar di Malaysia yang dilindungi selain mempunyai ratusan etnik-etnik asli. Yang paling menarik adalah etnik PEMBURU KEPALA



Tapi jangan risau, pemburu kepala sudah tidak ada di zaman sekarang. Kalau ada, memang susahlah nak melancong ke Sarawak. 

Aku ke Sarawak menggunakan pakej yang kami buat sendiri. Apa pun, ini adalah antara aktiviti dan tempat menarik yang kami pergi.


Ini adalah perkampungan budaya Sarawak. Kat sini boleh tengok pelbagai keunikan
rumah tradisional Sarawak di samping boleh melihat tarian mereka di dewan kebudayaan.
Apa pun, anda patut merasai keseronokannya disini



Taman Negara Gunung Gading


Di Taman Negara Gunung Gading inilah kami dapat melihat
spesies Rafflesia atau bunga yang terbesar di dunia. Ini gambar yang sempat diambil oleh
jurukamera kami




Kek Lapis adalah antara buah tangan yang patut dibawa pulang. Kami sempat singgah ke
kilang kek lapis untuk mengetahui cara pembuatan kek lapis Sarawak
dan ada juga bawa pulang buah tangan. Satu packet RM10 sahaja.

Semenggoh Wildlife Centre - Ini merupakan pusat pemeliharaan hidupan yang kian pupus
iaitu Orang utan. Ini berjaya kami ambil.

Apa pun, pengalaman berbeza antara di Semenanjung Malaysia dengan Borneo dapat kami rasai. Jika anda berminat, bolehlah mengunjungi Sarawak untuk merasai kelainan tersebut. 

Memandangkan aku bekerja sebagai Travel Agent sekarang, jika ada sesiapa yang berminat untuk melancong kemana-mana seperti, Indonesia, Korea, Vietnam, Singapura, New Zealand, mahupun negara Eropah yang lain, bolehlah mendapatkan pakej secara terus daripada aku. Boleh hubungi aku melalui :



No Tel : 014-5307645

ataupun 


Aku akan mendapatkan pakej yang terbaik untuk anda semua memandangkan anda semua adalah pembaca blog aku ni. 

Blog Gempak Terbaru

Blog Gempak Terbaru  | Salam hormat kepada semua. Untuk permulaan blog Sayur Paku ini, aku takkan cerita panjang-panjang kerana blog ini adalah blog baru dan juga blog yang memaparkan informasi, pelancongan dan juga dunia glamor. Aku tahu, kalau pada siapa yang masih ingat blog aku dahulu spudinpunya.com dan juga BeritaKaki Online, mesti kenal siapa aku. 

Aku cuma nak buat semula blog yang baru dan akan teruskan sahaja dengan blog ini sehinggalah pada suatu tahap yang boleh dibanggakan. Terima kasih juga kepada Hazwan Hairy, rakan blogger aku yang sentiasa support aku untuk meneruskan niat aku dalam berblogging.



1) Blog Travel
- Sebenarnya, blog aku ni adalah untuk blog travel, personal dan juga informasi, yang mana aku rasa sesuai dengan jiwa aku sebagai seorang yang memang suka berjalan dan beri informasi terkini. Untuk itu, aku akan berikan update terkini mengenai Pakej Travel yang boleh didapati memandangkan aku bekerja di Travel Agency. 

2) Blog Informasi
- Aku tidak akan lari daripada memberi informasi berguna kepada anda semua kerana aku memang menyukai blog aku yang lama, spudinpunya.com dan juga BeritaKaki Online. Cuma aku tidak pasti dimana hala tuju kedua-dua blog aku tu. 

3) Perlahan Berjaya
- Untuk berjaya bukannya mudah. Aku sudah merasai zaman kejatuhan dan juga zaman kejayaan dalam bidang blogging. Perit jugak tapi nak berjaya kena steady jangan dah berjaya sekali terus bongkak tak ingat pada yang dibawah. Kita pun mula daripada bawah jadi bukan alasan taknak tolong golongan di bawah.

Untuk itu, saya amat berterima kasih kepada yang masih sentiasa memberi sokongan kepada aku untuk terus berada dalam industri blogging Malaysia. Bukan senang nak compete dengan blogger handalan luar sana.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...