>

Isnin, 28 Oktober 2013

3 Hari 2 Malam Percutian Ke Sarawak

Sesuatu yang amat menarik untuk dikongsi apabila mendapat peluang untuk bersama-sama dengan rakan-rakan merasai keseronokan ke Sarawak. Sebelum itu, ada juga pergi ke Pulau Perhentian untuk snorkelling tapi aku tak tahu letak gambar tu semua kemana. Kalau tak boleh kongsi dengan semua. Jadi, apa yang bagus di Sarawak ? 


Sarawak Bumi Kenyalang 

- Sarawak merupakan sebuah kawasan atau negeri yang paling terbesar di Malaysia. Sarawak juga mempunyai kawasan yang dilitupi hutan hujan Tropika yang terbesar di Malaysia yang dilindungi selain mempunyai ratusan etnik-etnik asli. Yang paling menarik adalah etnik PEMBURU KEPALA



Tapi jangan risau, pemburu kepala sudah tidak ada di zaman sekarang. Kalau ada, memang susahlah nak melancong ke Sarawak. 

Aku ke Sarawak menggunakan pakej yang kami buat sendiri. Apa pun, ini adalah antara aktiviti dan tempat menarik yang kami pergi.


Ini adalah perkampungan budaya Sarawak. Kat sini boleh tengok pelbagai keunikan
rumah tradisional Sarawak di samping boleh melihat tarian mereka di dewan kebudayaan.
Apa pun, anda patut merasai keseronokannya disini



Taman Negara Gunung Gading


Di Taman Negara Gunung Gading inilah kami dapat melihat
spesies Rafflesia atau bunga yang terbesar di dunia. Ini gambar yang sempat diambil oleh
jurukamera kami




Kek Lapis adalah antara buah tangan yang patut dibawa pulang. Kami sempat singgah ke
kilang kek lapis untuk mengetahui cara pembuatan kek lapis Sarawak
dan ada juga bawa pulang buah tangan. Satu packet RM10 sahaja.

Semenggoh Wildlife Centre - Ini merupakan pusat pemeliharaan hidupan yang kian pupus
iaitu Orang utan. Ini berjaya kami ambil.

Apa pun, pengalaman berbeza antara di Semenanjung Malaysia dengan Borneo dapat kami rasai. Jika anda berminat, bolehlah mengunjungi Sarawak untuk merasai kelainan tersebut. 

Memandangkan aku bekerja sebagai Travel Agent sekarang, jika ada sesiapa yang berminat untuk melancong kemana-mana seperti, Indonesia, Korea, Vietnam, Singapura, New Zealand, mahupun negara Eropah yang lain, bolehlah mendapatkan pakej secara terus daripada aku. Boleh hubungi aku melalui :



No Tel : 014-5307645

ataupun 


Aku akan mendapatkan pakej yang terbaik untuk anda semua memandangkan anda semua adalah pembaca blog aku ni. 

Blog Gempak Terbaru

Blog Gempak Terbaru  | Salam hormat kepada semua. Untuk permulaan blog Sayur Paku ini, aku takkan cerita panjang-panjang kerana blog ini adalah blog baru dan juga blog yang memaparkan informasi, pelancongan dan juga dunia glamor. Aku tahu, kalau pada siapa yang masih ingat blog aku dahulu spudinpunya.com dan juga BeritaKaki Online, mesti kenal siapa aku. 

Aku cuma nak buat semula blog yang baru dan akan teruskan sahaja dengan blog ini sehinggalah pada suatu tahap yang boleh dibanggakan. Terima kasih juga kepada Hazwan Hairy, rakan blogger aku yang sentiasa support aku untuk meneruskan niat aku dalam berblogging.



1) Blog Travel
- Sebenarnya, blog aku ni adalah untuk blog travel, personal dan juga informasi, yang mana aku rasa sesuai dengan jiwa aku sebagai seorang yang memang suka berjalan dan beri informasi terkini. Untuk itu, aku akan berikan update terkini mengenai Pakej Travel yang boleh didapati memandangkan aku bekerja di Travel Agency. 

2) Blog Informasi
- Aku tidak akan lari daripada memberi informasi berguna kepada anda semua kerana aku memang menyukai blog aku yang lama, spudinpunya.com dan juga BeritaKaki Online. Cuma aku tidak pasti dimana hala tuju kedua-dua blog aku tu. 

3) Perlahan Berjaya
- Untuk berjaya bukannya mudah. Aku sudah merasai zaman kejatuhan dan juga zaman kejayaan dalam bidang blogging. Perit jugak tapi nak berjaya kena steady jangan dah berjaya sekali terus bongkak tak ingat pada yang dibawah. Kita pun mula daripada bawah jadi bukan alasan taknak tolong golongan di bawah.

Untuk itu, saya amat berterima kasih kepada yang masih sentiasa memberi sokongan kepada aku untuk terus berada dalam industri blogging Malaysia. Bukan senang nak compete dengan blogger handalan luar sana.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...