Jika awak perasan, masa semakin pantas bergerak ke hadapan. Bermakna, kematian semakin menghampiri. Ada dua pendapat mengenai perihal tanda akhir zaman iaitu masa bergerak sangat pantas, iaitu :
- manusia akan merasakan masa bergerak begitu pantas sekali sehingga tidak sempat melakukan ibadah dan mendekatkan diri dengan Allah. Kerana manusia begitu sibuk dengan berhibur -- berhibur -- dan berhibur
- manusia akan merasakan masa bergerak begitu pantas sekali berkemungkinan perasaan dirinya sahaja dan berkemungkinan juga paksi bumi dan putarannya telah menjadikan manusia merasakan ianya begitu pantas.
Tahukah kalian bahawa, penghujung zaman ini kita akan jumpa banyak perkara pelik. Antara contoh, Islam akan menjadi ganjil semula atau pelik. Atau lebih mudah, Islam tidak menjadi cara hidup dah, tapi sebagai nama atas nama sahaja.
Tika ini, Malaysia sedang diuji dengan pelbagai dugaan dari Allah, antaranya kejadian di Sabah yang seperti tiada tanda mahu berhenti, pesawat MH370 hilang, pesawat MH71 ditembak jatuh, rakyat Malaysia makin lama makin sangat suka berhibur dan sebagainya.
Pakaian sudah menjadi hanya seperti "bungkus nangka". Berpakaian tetapi telanjang. Bertudung tapi telanjang, aqidah sudah menyimpang, Muslim ramai Murtad, dan AGAMA dijadikan hanya sebagai ADAT !!
Muslim Malaysia sedang berperang dan berjihad untuk melawan segala macam perkara ini, tapi ternyata tidak mampu. Kerana ideologi zionist telah lama meresap ke dalam pemikiran dan gaya hidup masyarakat.
Pesan Saya : Jaga Iman, Jaga Hati. Yakini Allah, Yakini Rasulullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan