Home » Tips » Tips Sebelum Pulang Berhari Raya
Jumaat, 25 Julai 2014
Tips Sebelum Pulang Berhari Raya
Tak berapa lama lagi Syawal akan menerjah. Tetapi bagaimanakah dengan Ramadhan ? Seperti yang kita bincangkan sbeelumnya, Ramadhan adalah bulan untuk ditangisi apabila ia pergi meninggalkan kita. Maka, Syawal adalah bulan untuk merai kemenangan kerana telah berpuasa. Jangan tangisi Syawal, kerana apa ? Kerana Syawal bukan bulan untuk ditangisi, tetapi Ramadhanlah bulan yang perlu kita sedih andai ia pergi.
Tarikh tengok anak bulan
Ramai yang akan pulang ke kampung, maka, disini saya ingin berkongsi tips sebelum pulang berhari raya.
1. Rancang Perjalanan :
-Setiap musim perayaan mesti ramai akan berpesan, agar rancang perjalanan sebelum pulang berhari raya. Dengan keadaan trafik yang berkemungkinan sesak, peratusan kemalangan juga akan meningkat mendadak.
2. Servis kenderaan :
-Saya percaya, sudah ramai mengambil tindakan cepat untuk servis kenderaan mereka sebelum pulang. Tetapi ada juga yang acuh tidak acuh. Itu bahaya, sebab kalau tiba-tiba rosak tengah jalan, ...hmm ...raya tepi jalan jelaa..
3. Sebelum Pulang, Maklum Kepada Jiran
-Jiran tu adalah sahabat terdekat kita. Kalau nak pulang berhari raya, maklumkan kepada mereka. Risau ada apa-apa macam pecah rumah ke, apa ke kan ? Perompak ni mana ada cuti...
4. Periksa Rumah
-Tengok kalau-kalau ada pintu yang masih tak terkunci. Ambik initiatif dengan buat mangga pendua atau kunci kedua. Biar banyak-banyak mangga, jangan nanti merana. Tingkap kena jaga, tarok laa grill tingkap. Baru selamat.
Apa pun, saya mengucapkan Selamat Berhari Raya kepada pembaca semua. Moga raya tahun ni, ingatlah kepada saudara kita yang tak boleh beraya. Okay ?
Label:
Syawal 2014,
Tips
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya nak balik Melaka nanti masa first day raya... harap-harap tak jam la time tu...
BalasPadamsalam. nice tips! thanks share..sy balik kampung esok pagi..harapnya selamat sampai hehe
BalasPadamhati-hati yaa..hehehe
Padamhati2 di jalan raya
BalasPadamselamat hari raya
hehe pantun dua kerat
PadamTerima kasih kongsikan..memang perlu diambil berat ni..hehe
BalasPadam