>

Jumaat, 20 Disember 2013

Keriangan Universal Studio Singapore (Part i)

Selamat sejahtera kepada semua pembaca. Lama aku menghilang entah kemana. Sibuk dengan kerja dan sebagainya. Kali ini, aku menampilkan kelainan dengan membuat satu post khas untuk anda. 

Baru-baru ini, aku membawa first tour aku ke Singapore untuk mengikuti keriangan yang tidak terhingga selama 3H 2M di Singapore-Johore Bharu. Memang mendapat feedback yang baik dan untuk pengetahuan, gambar-gambar yang aku akan kongsikan ini adalah apa yang dapat aku gambarkan.

Hari pertama, seperti biasa kalau nak masuk ke negara jiran, perlulah menjalani ujian kastam dan imigresen Singapore. Kena bawa passport dan pass embarkation di mana para pegawai imigresen dapat mengetahui apa tujuan kita berada di negara mereka.


Apa yang ada di Singapura ? Pada hari pertama, aku bawa tour aku seramai 39 orang termasuk aku dan pengiring yang memerhatikan aku sebagai tour leader. Jadi, tempat pertama kami pergi ialah Esplanade dan Melion. Memang tempat tarikan bergambar dengan pemandangan yang indah serta menarik perhatian. 

Ini adalah Tour Guide dari Singapura namanya Mr. Ravi


Ni aku. Comey tak aku ? 
Selepas tu, kami pergi ke S.E.A Aquarium dan Candylicious yang berdekatan dengan USS (Universal Studios Singapore) di Sentosa Island. Memang macam-macam jenis ikan ada dalam tu. Lebih dari 800 spesies ikan termasuklah dolphin ada dalam aquarium yang dikatakan terbesar di dunia.


Kami bergerak di sekitar kawasan S.E.A Aquarium tu agak lama kerana tempat ni memang besar. Dalam 2-3 jam jugak baru boleh habiskan tengok semua tempat. 

Ada jugak sebelah Aquarium terbesar ni, ialah candylicious di mana menjual pebagai coklat-coklat yang daripada Switzerland, dan sebagainya. 


Muka aku lagi dalam gambar, maaf, memang aku je..haha.
yang ikut tour aku ni bebas melakukan apa sahaja bila menjejak
kaki dalam kawasan Sentosa.
Okay, habis untuk hari pertama, nanti akan ada post untuk hari kedua di USS (Universal Studio Singapore). Jangan lupa baca ye


p/s : lepas ni, Genting Highlands akan ada tempat keriangan terbaru dan yang pertama di dunia iaitu 20th Century Fox . Ia pasti lebih gempak dan lebih menarik. 

Untuk tempahan pakej, boleh sahaja hubungi aku 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...