>

Selasa, 1 Julai 2014

Subhanallah ! Anda Pasti Menangis Melihat Video Ini

Anda pasti tidak akan percaya tetapi ini lah video yang pasti akan membuatkan anda menangis mengeluarkan air mata. Sungguhpun anak kecil ini baru berusia 5 tahun, tetapi ia dapat menggambarkan betapa hebatnya al-Quran ..

Mari kita saksikan video berdurasi 13 minit ini dengan khusyuk dan pasti anda akan mengalirkan air mata akibat daripada Allah yang memuliakan kanak-kanak ini. 



Doa Semoga Diperjodohkan

Terlihat di segenap kaca, di segenap titipan cermin, 
wajahnya muncul di pinggiran minda peribadi, 
asyik terbayang asyik termimpi,
Di kala kata pujangga, itu cinta hakiki.


















Aku ketawa, aku gembira, aku bahagia,
walau sementara aku tetap mencuba,
Aku hanya mampu berdoa agar ia menjadi nyata,
Kan ku serahkan segala kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. 

DOA SEMOGA DIPERJODOHKAN :  Ya hayyu Ya Qayyum, Ya Zaljalaliwal ikram
Ya Awwaluun awwalin, Ya akhirun akhirin, 
Ya rabbi ya mustofa.. 

Andai benar dia adalah jodohku, maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya,
Andai benar dia adalah jodohku, hantarkan rinduku kepada dirinya,
Andai benar dia adalah jodohku, pertemukanlah kami berdua,
Andai benar dia adalah jodohku, satukan kami dan permudahkanlah urusan kami berdua. 

Andai sebaliknya, jauhkanlah kami daripada tipu daya dunia,
Andai sebaliknya, jauhkanlah kami daripada kejahatan manusia,
Andai sebaliknya, jauhkanlah kami daripada maksiat durjana,
Andai sebaliknya, jauhkanlah kami daripada helah syaitan yang memperdaya. 



Dalam duka ada gembira, dalam senyum ada tangisan
siapa sangka di dalam hati ada bunga, 
tetapi tidak boleh diterjemah dengan kata-kata. 

Semoga dia akan menjadi jodohku di dunia sehingga di akhirat in shaa Allah 

NOTE : baca doa ini dan niat kan kepada siapa cinta hati kita :

p/s : kepada yang couple, clash lah .. kepada yang ada cinta hati, doalah agar dirinya dengan diri anda di satukan.. Jangan BERZINA jangan MAKSIAT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...