>

Isnin, 11 Ogos 2014

Resepi Tomyam Putih

Resepi Tomyam Putih pastinya pilihan hati saya. Taktau kenapa tetibe je rasa nak makan tomyam putih selepas insiden yang membabitkan kepenggunaan. Belum setel lagi kes tu, saya akan cuba yang terbaik untuk dapatkan hak yang hilang. Untuk tak nak stress, saya nak share Resepi Tomyam Putih yang saya google ni. Bukan apa, sebabnya saya memang teringin nak makan tomyam putih sekarang : 

SUMBER


RESEPI TOMYAM PUTIH

BAHAN-BAHAN :

Bahan Yang Dipotong Kecil
1) Daging ayam - kalau taknak ayam, boleh je tarok seafood macam sotong, udang, dll
------------------------------------
Bahan Yang Ditumbuk 
2) 4 Ulas Bawang Putih
-------------------------------------
Bahan Yang Dipotong Bulat
3) 4 Biji Bawang Besar
-------------------------------------
Bahan Yang Diketuk
4) 1 inci lengkuas
5) 4-5 batang serai (ikut kesesuaian)
-------------------------------------
Bahan Yang Diperlukan Untuk Rasa Tomyam
6) 7 helai daun limau purut
7) 2 sudu besar sos ikan
8) Air limau nipis
9) 2-3 sudu besar santan (nak isi boleh tak nak isi pun boleh)
10) Garam 
11) Sayur : kobis bunga, lobak, atau apa-apa sahaja ikut kesesuaian
12) 1 liter air
-------------------------------------

CARA-CARA 


  • Panaskan minyak. Lepas tu tumis dulu semua bahan-bahan yang ditumbuk 
  • Masukkan serai. Kemudian masukkan air biar bagi dia mendidih. Dah mendidih baru boleh masukkan ayam.
  • Masukkan limau purut dan sos ikan. Lepas tu boleh masuk santan, kalau taknak santan, biar jela putih air gitu. Tapi tak lawa pulak nanti kuah putih berseri ..hehe
  • Kacau yang kita dah masukkan tadi kemudian boleh masukkan garam secukup rasa. 
  • Bila daging nampak macam dah nak masak tu, haa..baru boleh masukkan sayur-sayur. Masukkan je lempar dalam periuk tu
  • Lepas dah masak, tarok air limau nipis tu. Perghhhh ...menyengatttt bohhhh..!!

SELAMAT MENCUBA !!




11 ulasan:

  1. salam. alamak..terus terasa nak makan tomyam hoho

    BalasPadam
  2. Hahaha..dah lama tak makan tomyam masakan isteri ni..lepas pantang ni kot baru leh try...hehe...terima kasih kongsikan resepinya..

    BalasPadam
  3. Terase di ujung2 lidah dah ni.. Aiseyy..puasa lah. Thanks share resepi. :)

    BalasPadam
  4. oh...ada santan.patut la kalau saya makan rasa berlemak di kedai2 tu...:-)

    BalasPadam
  5. Wah... Jadi chef pulak dah sekarang. Hehe

    BalasPadam
  6. macam senang je..

    bro dah tukar kerja ke ni..

    BalasPadam
  7. yap.

    gua lagi suka tomyam putih banding yang merah tu.

    BalasPadam
  8. salam & hye. tetiba terasa nak makan tomyam pulak :D

    BalasPadam
  9. oooo.. kesini menghilangnya ko... hahaha.. padan la aku bukan blog lama ko dah tak wujud.. hehehe... :')..

    www.kufazuke.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...