>

Rabu, 30 Oktober 2013

Pakej 4 Hari 3 Malam Ke Saigon (Vietnam)

Akhirnya, aku tleha menyiapkan flyers untuk ditampal dan dipromosikan kepada semua yang dahagakan sesuatu pengalaman yang begitu menyeronokkan. 4 Hari 3 Malam ke Saigon atau Ho Chi Minh boleh menjadi suatu tarikan utama pada cuti sekolah Mac 2014 tahun hadapan. Harga yang berpatutan serta mempunyai ground setting yang baik di Saigon, kami (Jaz Holiday Services Sdn Bhd) menyediakan pakej percutian ini untuk anda secara berkumpulan.


Pemandangan Sungai Saigon, Vietnam di Bandar Saigon pada waktu malam amat
mempesonakan. 


Mari lihat flyers yang aku siapkan ni. Memang tak cantik tapi, hanya gambaran awal untuk anda yang mahu melancong :




Apa pun, pakej ini untuk Mac 2014 tahun hadapan semasa cuti sekolah. Promosi ni memang tengah hangat. Jadi sesiapa yang berminat boleh hubungi talian yang tertera di atas flyers atau boleh hubungi aku sendiri. 

Apa yang ada di Saigon ? Sebenarnya, banyak yang boleh diperkatakan tentang Saigon. Bandarnya, aktiviti urusan jual beli, keindahan alam semulajadi dan sebagainya menjadi daya tarikan pelancong ke sana. Apa pun, anda boleh melihat harga yang termasuk di dalam pakej berkenaan.

Kalau boleh lebih, maka ada peluanglah aku yang bawak anda semua pergi melawat Saigon. 

Menguruskan Kumpulan 3H2M Medan - Tasik Toba

Baru sahaja mendapat panggilan daripada pelanggan. Mereka ingin mendapatkan Pakej 3 Hari 2 Malam ke Medan - Tasik Toba. Di dalam pakej, ia dicampur sekali dengan "ground setting" iaitu tour guide dan kenderaan di sana i.e bas/van/kereta/motor atau salah satu daripadanya. 

Apa yang diperlukan dahulu ialah mencari tarikh sesuai yang murah untuk pelanggan 14 orang satu kumpulan ke sana dengan menaiki AirAsia ataupun MAS (Malaysia Airlines). Kerana sewaktu cuti sekolah pada Bulan 12, mesti adanya harga istimewa ataupun promosi untuk pelanggan-pelanggannya terbang bercuti. 

APA YANG MENARIK DI MEDAN

-Sebenarnya, apa yang menarik di Medan ? Tempat-tempat menarik di sana begitu banyak tetapi yang terdapat di dalam pakej termasuklah makan dan minum, tempat penginapan dan juga melawat dan merasai keindahan tempat-tempat menarik di sana terutamanya, Tasik atau Danau Toba. Danau Toba mempunyai cerita mitos tersendiri mengenai bagaimana seorang manusia bertukar menjadi Danau. 


Tetapi itu telah menjadi cerita rakyat yang dipercayai oleh masyarakat Indonesia khususnya di Medan itu sendiri. Apa pun, keindahan alam semulajadi di sana menarik perhatian semua yang melihat. 


Antara tarikan di Medan ialah kawasan Danau Toba / Tasik Toba yang
begitu luas mata memandang

Danau Toba mempunyai keunikannya tersendiri dan mampu
membawa ramai pengunjung untuk menikmati keindahan
Tasik dan alam semulajadi 

Di sana juga mempunyai tarikan air terjun berketinggian 110m di mana
ia digelar Air Terjun 2 warna yang begitu cantik dan sejuk



Jika anda memilih untuk pergi bercuti di mana-mana destinasi pilihan anda, boleh sahaja secara terus hubungi :


No Tel : 014-5307645

ataupun 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...