>

Isnin, 30 Jun 2014

Hukum Puasa Tapi Tak Solat 5 Waktu



Hukum Puasa Tapi Tak Solat 5 Waktu | Sempena Ramadhan al-Mubarak, bulan yang penuh barakah. Bulan yang ada di dalamnya hari yang lebih baik daripada 1000 bulan. Bulan di mana al-Quran diturunkan. Bulan pengampunan dan bulan di mana kita mencuba mengikat hawa nafsu daripada mengawal diri. Ramai yang sangat beriye-iye berpuasa dan sangat happy kalau tengok daripada riak wajah mereka semua. Cukup seronok. Berbuka puasa di masjid, bersahur di rumah bersama keluarga, bertadarus beramai-ramai, dan pergi solat tarawih secara berjemaah. 

Tetapi ada suatu yang menjadi tanda tanya kepada masyarakat, kenapa yang sunat seperti terawih boleh sahaja solat tetapi sedangkan yang wajib 5 waktu ditinggalkan. Mungkin kita boleh bersangka baik atas perkara ini, mungkin ada yang bekerjaya dan sebagainya tetapi solat wajib 5 waktu itu yang lebih utama. 

Solat Tiang AGAMA :

Ada satu riwayat yang menyatakan bahawa Sabda Rasulullah SAW :
"solat adalah tiang agama maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya tetapi jika dia meninggalkannya, bererti dia telah meruntuhkan agamanya
[HR al-Baihaqi]


Satu lagi riwayat mengenai kedudukan solat ini adalah :
Daripada Ibn Umar r.a bahawa, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :
"Dan tiada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat, sesungguhnya kedudukan kedudukan solat di dalam Islam diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan"
[HR at-Tabrani]

Maka apakah hukum puasa tapi tak solat ? Mari kita dengar apakah jawapan Ustaz Azhar Idrus :




JAWAPAN : Tidak diterima PUASA orang yang TAK SOLAT ! Wallahu'alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...