MH370 : Malaysia Isytiharkan Pesawat Hilang Suatu Kemalangan | Ini adalah tajuk utama BBC News Asia pada ketika ini. Kita semua dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang mana ia langsung tidak dapat dikesan oleh radar pesawat. Apakah puncanya dan juga bukti juga tidak dapat dikesan.
Malaysia, Australia dan China masih lagi bergabung tenaga mencari jejak MH370. Sehingga kini, ianya menjadi suatu persoalan yang terbesar bagi masyarakat dunia.
Kehilangan MH370 juga boleh mengakibatkan industri pelancongan ke dalam negara merosot. Tetapi, saya berharap, ianya tidak akan terkesan kerana Malaysia masih lagi menerima pelancong yang ramai dari masa ke semasa.
Berita MH370 ini juga diisytiharkan secara meluas dari media massa dan sosial di seluruh negara dan dunia. Akhirnya, kerajaan Malaysia mengumumkan, kesemua mangsa mati di dalam kejadian itu. Kesedihan amat terasa terutama kepada keluarga dan waris kesemua mangsa.
Takziah diucapkan.
Bacaan Lanjut [KLIK SINI]
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Home » Posts filed under Semasa
Khamis, 29 Januari 2015
MH370 : Malaysia Isytiharkan Pesawat Hilang Suatu Kemalangan
Sabtu, 11 Oktober 2014
Semakin Banyak Virus & Wabak Unknown
semakin hari, semakin banyak wabak-wabak yang pelik ditemui dan yang belum ditemui. Ia secara tidak langsung bakal meninggalkan kesan dalam diri rakyat Malaysia khususnya mengenai betapa perlunya kesedaran mengenai wabak dan virus agar rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan cara hidup yang berkualiti dan sihat.
Ancaman Denggi itu sudah berada di hadapan mata, maka rakyat harus mengambil iktibar daripada kes denggi yang semakin meningkat di negara ini.
Wabak pelik dan tidak diketahui ini aku dengar daripada seorang MA (Medical Assistant) yang singgah di kedai aku berniaga di Temerloh. Kedai air soya. Aku tolong Pakcik Man yang tinggal di Paya Luas, Seberang Temerloh. Abang MA ni datanglah borak-borak. Lepas tu timbul satu perbualan mengenai virus atau wabak pelik yang dikesan wujud di Malaysia.
Jadi, ramai doktor tak boleh ambil cuti untuk mengkaji wabak atau virus ni. Anak Pakcik Man tu pensyarah doktor di USM kalau aku tak silap la. Dia kena kaji semula dengan geng-geng doktor dia laa wabak terbaru ni.
Aku lupa nama dia. Bukan Ebola. Harap-harap Ebola tak merebak sampai ke Malaysia.

Label:
Semasa,
Wabak Penyakit
Sabtu, 26 Julai 2014
BOIKOT ASTRO ! Astro - Amdocs, PERJELASKAN SEGERA
Saya nak tanya Astro apa hubungan Astro dengan Amdocs. Kalau betul ada jalinkan lagi kerjasama dengan Amdocs (Amdocs ni milik israel) maka, kami inginkan penjelasan serta merta.
Untuk pengetahuan, AMDOCS ni satu pengendali utama dunia dalam sistem perisian pengurusan pelanggan yang telah diberikan kepercayaan dalam membangunkan beberapa perisian bagi pihak Astro sejak 2004.
Aqsa Syarif juga telah membuat satu kenyataan rasmi berhubung hal ini. Kami semua sebagai rakyat Malaysia juga masih menunggu kenyataan rasmi dari Astro. Kalau betul, mari pakat ramai-ramai boikot ASTRO.
Ini pula kenyataan rasmi Aqsa Syarif yang menjadi suara rakyat Malaysia dan Islam dunia untuk mengetahui situasi perhubungan Astro - Amdocs.
RUJUK : AQSA SYARIF
Untuk itu, kami semua mahukan penjelasan. Kami taknak setiap sen duit yang disalurkan untuk hiburan melampau hari-hari hanya untuk beli peluru untuk tembak anak-anak Palestin.
p/s : saya tak guna Astro
Label:
Aqsa Syarif,
Gaza,
Semasa,
Terkini Dari Gaza
Jumaat, 25 Julai 2014
Azizulhasni Awang Berdepan Tindakan Oleh Komanwel
Isu Azizulhasni Awang, pelumba basikal negara di Sukan Komanwel menjadi suatu viral di dunia ketika ini apabila dengan beraninya dia memakai sarung tangan "SAVE GAZA" untuk menunjukkan bahawa rakyat Gaza perlu di ambil peduli.
Tetapi, Badan Komanwel nak ambil tindakan disiplin ke atas Azizulhasni. Saya sangat musykil dengan Badan Komanwel ni.
Mengikut akhbar online Canada, mereka menyokong tindakan Azizulhasni. Mereka mengatakan
"Nothing is too small to be a messenger of justice"
Translate Melayunya - Tak ada yang terlalu kecil untuk menjadi pembawa kepada keadilan
Kira maksud akhbar ni, perkara macam tu yang punya kecik, pakai gloves "SAVE GAZA" tu, daripada nyawa yang dah beratus orang hilang macam tu je, kena ambik tindakan oleh Badan Komanwel.
#RESPECTAzizulhasni

Semasa
Rabu, 23 Julai 2014
Tarikh Tengok Anak Bulan Syawal 2014
In shaa Allah, jika Allah permudahkan, tarikh tengok anak bulan Syawal 2014 ialah pada petang hari Ahad , 27 Julai 2014 bersamaan dengan 29 Ramadhan 1435H. Maka bergembiralah seluruh ummat Islam di Malaysia sebab dah raya, dan Ramadhan dah meninggalkan kita. Sepatutnya.. Ramadhan kena ditangisi adik, akak, abang, pakcik makcik sekalian ..sebab apa ? Sebab Ramadhan tu masa afdhal untuk kita minta ampun minta maaf minta taubat diterima oleh Allah. Mungkin Ramadhan akan datang kita dah tak sempat dah..
Maka antara 3 doa Jibril yang selalu kita dengar di ceramah-ceramah semasa Nabi Muhammad SAW naik antara tangga ke tangga untuk ke mimbar semasa berkhutbah, Jibril mendoakan,
"celakalah ! Binasalah ! bagi orang yang didatangi Ramadhan tetapi pengakhirannya ia masih tidak mendapat keampunan daripada Allah" lalu Nabi Muhammad membalas AMIN.
-------------------------------------------------
Pengisytiharan tarikh hari raya akan dilakukan pada malam 27 Julai 2014 melalui siaran televisyen dan radio ke seluruh negara.
Nak tengok tempat melihat anak bulan boleh KLIK SINI
Label:
Semasa,
Tarbiyah Hati
Nak Salahkan Siapa Tragedi MH17 ?
![]() |
| Antara bangkai pesawat yang dijumpai di Ukraine |
Tragedi yang menimpa MH17, amat dahsyat sehinggakan apa yang di gelar petani Ukraine sebagai hujan mayat. Begitu hebat ujian untuk Malaysia. Tetapi bila di tanya Ukraine, kerajaan Ukraine salahkan puak pemisah Pro-Russian, dan salahkan pulak timur Ukraine yang melepaskan peluru mengena pesawat MH17. Malangnya semua dah tolak apa-apa kemungkinan mereka yang bersalah.
Tapi kotak hitam dah dapat keduanya. Tak ada masalah dah tu.. Jangan terlepas pada orang lain sudah sebab kotak hitam tu akan jadi bukti kepada apa yang berlaku sebenarnya dalam pesawat
Be strong PM. Malaysia dah banyak jadi macam-macam, apa-apa pun, kembalilah kepada fitrah kejadian manusia dan juga janji Allah.
Jumaat, 18 Julai 2014
Punca MH17 Terhempas Di Ukraine
Kejadian yang berlaku dan mengejutkan sekali lagi seluruh dunia apabila pesawat MAS sekali lagi dilaporkan mengalami satu kejadian yang agak membimbangkan. Hal ini timbul apabila, pesawat MH17 itu di temui terhempas di Ukraine bersempadan dengan Russia. Apakah puncanya pesawat MH17 terhempas ? Mari kita sama-sama teliti apa kata berita dari Channel Russia dan video saat kejadian terhempasnya MH17.
Saya ambil video ini daripada Facebook SukanStar TV dan juga Tuan Pahlawan Merah. Jangan marahhh aaa... saya tak faham bahasa Russia, tapi apa yang dikatakan, mungkin sebagai pihak pemisah Ukraine yang menembak jatuh pesawat MH17.
Memetik akhbar Online Time, puak pemisah Ukraine memang menafikan mereka yang buat. Ahhh sudahhh ....Hmm..
Memetik akhbar Online Time, puak pemisah Ukraine memang menafikan mereka yang buat. Ahhh sudahhh ....Hmm..
Isnin, 14 Julai 2014
Rakyat Malaysia Pengotor ..Sikap Kuno !
Semalam nak sambut kononnya Final Piala Dunia 2014 antara Germany v Argentina yang berkesudahan, Germany menang 1-0 di masa tambahan 120 minit. Mario Gotze sumbat gol last minit.
apa yang saya tengok, rakyat Malaysia pengotor. Bukan segelintir dah ni, tapi banyak gelintir dah ni .... Mohon buat sesuatu kerajaan ..Ini juga merugikan kita jika pelancong asing melihat kejadian ini.. Pasti pelancong asing cakap macam-macam pada negara kita. Hmm
Tapi, itu bukan alasannya, gembira gembira jugak tapi yang sakitnya, sampah banyak sangat. Nak kata orang Malaysia ni, pembersih, memang "pembersih" tapi kalau bab pengotor memang nombor satu. Mohon lah pihak berwajib buat akta, satu sampah dibuang, kenakan denda. Walaupun saya boikot Singapore sebab depa sokong Israel, tapi saya bertegas dalam tiru cara Singapore setelkan depa punya negara dengan buat saman kalau ada yang buang sampah.
apa yang saya tengok, rakyat Malaysia pengotor. Bukan segelintir dah ni, tapi banyak gelintir dah ni .... Mohon buat sesuatu kerajaan ..Ini juga merugikan kita jika pelancong asing melihat kejadian ini.. Pasti pelancong asing cakap macam-macam pada negara kita. Hmm
Label:
Semasa
Khamis, 12 Jun 2014
Semak Keputusan Rayuan ke IPTA
Diumumkan kepada semua pembaca yang ingin menyemak keputusan Rayuan ke IPTA, boleh semak bermula hari ini, 12/06/2014 bermula pukul 12:00PM sekejap lagi. Ia adalah untuk rayuan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan juga Politeknik Premier bagi program Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf.
Anda boleh semak disini :
1. https://jpt.utm.my
2. http://upu.moe.gov.my
3. http://jpt.uum.edu.my
4. https://jpt.unimas.my
5. http://jpt.ums.edu.my
*setiap daripada link itu adalah berbeza. Sila copy link, dan pastekan ke browser anda untuk melihat atau menyemak status rayuan anda

IPTA,
Semak Rayuan ke IPTA,
Semasa
Tiada Tambang Bas Ekspres Naik Aidilfitri Ini
Pengusaha Bas-Bas Semalaysia (PMBOA) mengesahkan bahawa, tiada kenaikan tambang bas ekspres untuk aidilfitri ini. Harga yang dikenakan akan tetap sama seperti harga sedia ada. Tetapi, harga baru akan diputuskan selepas perayaan Aidilfitri nanti.
Presiden PMBOA berkata,"kami taknak rosakkan mood mereka yang ingin balik ke kampung"
Tetapi, mereka harap kerajaan akan menaikkan harga tambang bas seperti yang telah diusulkan kepada kerajaan. [SUMBER]
Jangan cerita pasal raya lagi, Ramadhan pun belum datang lagi. Andai dipanjangkan umur ana, ana sekali berjumpa dengan semua sahabat-sahabat blogger ana. Moga Ramadhan kali ini memberi kita suatu penghijrahan kepada yang lebih baik. Puasa itu wajib, zakat itu wajib,
Allahumma Balighna Ramadhan

Ramadhan 1435H,
Ramadhan 2014,
Semasa,
Tarbiyah Hati
Isnin, 9 Jun 2014
Orang Gaji Makan Kucing Hidup-Hidup
Kisah thriller seram ni terjadi di Sibu apabila sikap pelik seorang Amah warga Indonesia makan kucing hidup-hidup terbongkar. Sebenarnya, dia ni makan kucing majikan dia. Kucing dah lah comel, lepas tu seksa kucing tu pulak dengan kegiatan tak berperikemanusiaan.
Majikan dia jumpa bangkai kucing kat halaman rumah, jadi majikan dia tanyalah macam mana boleh kucing ni mati dalam keadaan begitu sekali. Amah tu pun jawab lah dia makan kucing tu hidup-hidup.
Majikannya berkata, amahnya seorang yang baik, rajin dan tidak membuat perkara sedemikian rupa sejak bermula bekerja dengannya 5 bulan yang lalu. Tetapi alangkah terkejutnya apabila dia memberitahu kejadian yang menimpa kucing peliharaannya itu.
SUMBER : Kosmo! Online
![]() |
| SUMBER GAMBAR : Mylaunchpad : Amah terpaksa diikat, dan di tutup mulutnya kerana meludah pegawai yang bertugas dan bertindak kasar |
Majikan dia jumpa bangkai kucing kat halaman rumah, jadi majikan dia tanyalah macam mana boleh kucing ni mati dalam keadaan begitu sekali. Amah tu pun jawab lah dia makan kucing tu hidup-hidup.
Majikannya berkata, amahnya seorang yang baik, rajin dan tidak membuat perkara sedemikian rupa sejak bermula bekerja dengannya 5 bulan yang lalu. Tetapi alangkah terkejutnya apabila dia memberitahu kejadian yang menimpa kucing peliharaannya itu.
SUMBER : Kosmo! Online
Rabu, 4 Jun 2014
Sewa Sampai Mati, Harga Rumah Meningkat
Generasi Muda Bakal Menyewa Sampai Mati - Itulah tajuk utama akhbar Kosmo! Online yang mana menyatakan bahawa, kos rumah masa kini yang semakin meningkat bakal menjadikan generasi muda terpaksa menyewa sehingga ke akhir hayat.
Tahun demi tahun sebenarnya rumah kat Malaysia ni makin meningkat. Mungkin sebab-sebab, adalah harga tanah yang meningkat, kos pembuatan, kos barangan dan sebagainya yang juga meningkat. Menurut Kosmo! Online lagi, sampai mati golongan muda tak boleh ada rumah sendiri.
Sebabnya sekurang-kurangnya setiap rakyat Malaysia kena ada pendapatan RM5,000 sebulan untuk beli rumah yang kini dah cecah harga RM350,000 seunit
-Sumber- Kosmo! Online .

Harga Rumah Malaysia,
Malaysia,
Semasa
Jumaat, 1 November 2013
Bisnes Online Dikenakan GST
Selepas apa yang berlaku dan juga kenaikan harga barang yang diumumkan kerajaan Malaysia, pelbagai tanggapan yang dilemparkan oleh semua pihak. Ada yang menyokong, ada yang tidak menyokong. Apakah ini semua berikutan dengan pengumuman GST ataupun adakah ia membebankan ?
APA ITU GST ?
GST jika tidak diimbangi dengan kos yang akan lebih tinggi yang terpaksa ditanggung dalam menguruskannya akan menjadikan sistem cukai ini membebankan bukan sahaja kepada rakyat malah juga kepada kerajaan. Lebih penting lagi ialah apabila peningkatan perolehan yang didakwa akan didapati oleh kerajaan tidak pula diselaraskan dengan langkah-langkah membendung pembaziran dan penyelewangan , akan menjadikan GST bukan suatu sistem cukai yang bermanfaat malah mencetuskan musabah ekonomi yang lebih besar. - SUMBER
GST Untuk Bisnes Online :
Jadi apa kaitannya dengan bisnes online dikenakan GST ? dan kenapa pula GST dikenakan keatas bisnes online ? ini bagi aku sudah melampau kerana berapa sen sahaja keuntungan daripada bisnes online yang suri rumah, penjual barangan online yang sememangnya bekerja dari rumah ?
Mari kita lihat sini :
Aku ambik ni dari orang yang share gambar ni. Apa pendapat anda semua mengenai GST dikenakan kepada Bisnes online ?

Bisnes Online,
Informasi,
Semasa
Langgan:
Catatan (Atom)