>

Isnin, 16 Jun 2014

Preview Germany v Portugal 17 Jun 2014 Piala Dunia Brazil



Germany merupakan pencabar di dalam perebutan ke slot akhir Piala Dunia untuk 3 edisi berturut-turut. [LIHAT JADUAL PIALA DUNIA 2014] Dengan pasukan mereka mempunyai keupayaan di bahagian hadapan, tengah, dan pertahanan yang paling ampuh dalam kancah bolasepak dunia. Sebab itu, mereka berada sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia Brazil Edisi 2014. 




Senarai skuad Piala Dunia 2014 Germany :

Penjaga Gol :

  • Manuel Nueur
  • Roman Weidenfellar
  • Ron-Robert Zieler 


Pertahanan :

  • Benedikt Howedes
  • Jerome Boateng
  • Per Mertesacker
  • Mats Hummels
  • Kevin Grosskreutz
  • Matthias Ginter
  • Erik Durm
  • Philip Lahm
  • Shkodran Mustafi

Midfielder :
  • Bastian Schweinsteiger
  • Thomas Muller
  • Mario Gotze
  • Christoph Kramer
  • Julian Draxler
  • Mesut Ozil
  • Sami Khedira
  • Toni Kroos

Penyerang :
  • Andrea Schurrle
  • Lukas Podolski
  • Miroslov Klose

Joachim Loew mengharapkan anak buahnya mampu pergi sehingga ke peringkat akhir di dalam Piala Dunia Brazil Edisi 2014 kali ini selepas kecundang pada edisi 2010 di separuh akhir. Walaupun tonggak penyerang mereka iaitu Marco Reus mengalami kecederaan di buku lali yang agak serius sehingga terpaksa mengenepikannya untuk edisi kali ini, tetapi ia diharapkan tidak akan melunturkan semangat semua pemain kerana mereka masih ada Andrea Schurrle yang boleh bermain di posisi berbeza iaitu menjadi central forward, central attacking midfielder, dan juga Left Wing. Bastian Schweinsteiger diharapkan mampu bergandingan dengan Toni Kroos dalam menghasilkan Killer Pass dan juga short pass yang menjadi trademark mereka. 

Bagi Pasukan Portugal, mereka tidak diletakkan di dalam pasukan pilihan untuk muncul juara Piala Dunia Edisi 2014. Tetapi mereka sangat yakin mampu melepasi sekurang-kurangnya ke suku akhir ataupun lebih tinggi sehingga ke separuh akhir. Tonggak utama Portugal dan juga Captain Portugal, Cristiano Ronaldo percaya dia dan rakan pasukannya mampu melakar kejayaan dalam perlawanan pertama mereka yang agak mencabar ini. 



Senarai Skuad Piala Dunia 2014 Portugal :

Penjaga Gol :

  • Eduardo
  • Beto
  • Rui Patricio

Pertahanan :
  • Ricardo Costa
  • Andre Almeida
  • Luis Neto
  • Fabio Coentrao
  • Bruno Alves
  • Pepe
  • Joao Pereira

Midfielder :
  • Miguel Veloso
  • Raul Meireles
  • Ruben Amorim
  • Joao Moutinho
  • William

Penyerang :
  • Cristiano Ronaldo
  • Vierinha
  • Helder Postinga
  • Nani
  • Eder
  • Hugo Almeida
  • Rafa
  • Varela

Paulo Bengo mengharapkan anak-anak buahnya berjaya mencipta kejutan terbesar buat Portugal dengan melangkah ke peringkat akhir. Tetapi ianya berdasarkan corak persembahan yang ditunjukkan para pemain. Andai ada kesilapan biasa yang dilakukan oleh pertahanan, dan midfielder tidak menolong pertahanan, perkara sama akan berulang pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan 4 tahun lalu. Mereka selalu menjadi perhatian kerana bintang termahal dunia, iaitu Cristiano Ronaldo begitu cemerlang memimpin rakan pasukannya untuk melangkah lebih jauh. 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...