>

Khamis, 21 November 2013

{Wajib Baca} Villa Nabila Bakal Di Filemkan



Kes mengenai kejadian yang menghantui seluruh Malaysia di mana seorang remaja dilaporkan hilang setelah pergi ke Villa Nabila. Khabar angin menjadi suatu bahan mulut orang ramai yang terus berkumandang di corong-corong media telah menjadi suatu yang tersemat di ingatan. 

Ramai yang ke Villa Nabila untuk mengetahui kisah sebenar kehilangan 23 remaja manakala 7 yang lain sempat keluar daripada Villa berkenaan. Ternyata, selepas diteliti, cuma ada satu sahaja laporan polis dibuat. 

Selepas kenyataan diambil dan juga remaja berkenaan ditemui dalam keadaan selamat di rumah awek nya (tak tahu buat apa kat rumah awek dia tu) sambil dibelai manja ibunya tapi tak tahu lah kalau depan media belai manja, belakang kita semua kena palu dengan batang penyapu ke hape, akhirnya kesimpulan yang dpaat dibuat, semua rakyat Malaysia termasuk menteri dan juga seangkatan dengannya telah di Troll dengan kejam oleh budak hingusan ni. 

Oleh yang demikian, kisah Villa berhantu ni pun David Teo nak filemkan. Bak kata orang kuat MiG, "cerita masih panas, kalau kena sambar dengan orang lain dah tak boleh buat apa. Baik ambil peluang ni dan filemkan.. " - David Teo

Kalau nak tahu cerita ni betul ke tak, nanti kita tengok lah cerita ni jadi cerita lawak ke, cerita seram. 

Majulah Industri untuk Malaysia

Jumaat, 15 November 2013

Pakej 4H 3M Hong Kong + Macau 2014


Hong Kong menjanjikan suatu keindahan panorama tidak kira bandarnya, semulajadinya ataupun kecantikan budaya dalam negara itu. Walaupun dengan keadaan sejuk, kehidupan rakyat mereka yang merupakan sebahagian daripada golongan China, begitu terkesan kerana berkongsi budaya yang sama. 

Hong Kong penuh dengan budaya yang menarik, warga yang ramah dan kehidupan mereka yang di anggap berseni. Oleh yang demikian, anda di seru agar merasai sendiri pengalaman bercuti ke Hong Kong dengan laluan sekali ke Macau.

Mari lihat tawaran hebat dengan harga berpatutan ini (tidak termasuk harga penerbangan) ke Hong Kong + Macau untuk 4 Hari 3 Malam.



Jadi apa tunggu lagi ? Mari dapatkan pakej ini dengan hubungi kami dengan segera. Segala yang tertakluk adalah mengikut yang terkini. 

Hubungi aku disini :


No Tel : 014-5307645

ataupun 


Rabu, 13 November 2013

Pakej Ke Korea 5 Hari 4 Malam (RM3600)

Musim sejuk di Korea telahpun kembali untuk anda semua membuat pilihan yang tepat untuk pergi bercuti. Memandangkan 2014 adalah tahun melawat Malaysia tetapi, ia tidak akan menghalang anda untuk pergi bercuti ke luar negara terutama destinasi tarikan pelancong iaitu Korea Selatan. 

Pakej 5 Hari 4 Malam yang akan dibuat mengikut pakej pada tarikh 25-29 Mac 2014, bakal menyajikan penggembaraan terbaik buat anda semua. Ini kerana, bulan Januari - Mac adalah musim sejuk di Korea Selatan. 

Dengan harga 3600MYR (tidak termasuk harga return flight), anda akan di sajikan dengan penggembaraan ke tempat-tempat menarik seperti :

MOUNT SORAK :


Mount Sorak sebenarnya sebuah National Park (Taman Negara) yang mana dipelihara dan menjadi tarikan ramai pelancong setiap masa. Tetapi semasa musim salji, pasti anda mahukan sesuatu kelainan dengan membawa keluarga dan rakan-rakan untuk bermain ski di sana. 






NAMI ISLAND

Nami Island ni sebenarnya lokasi pengambaran drama Winter Sonata. Tempat yang begitu cantik serta memang setiap masa mendapat tarikan pelancong kerana tempatnya yang romantik dan begitu cantik. 






LOTTE WORLD

Lotte world sebenarnya lebih kurang macam theme park seperti Universal Studio tapi ia lebih kepada theme park kanak-kanak untuk berhibur





Harga tersebut adalah harga per seorang. Boleh juga pergi bersama keluarga mahupun secara berkumpulan. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh sahaja hubungi saya di :


No Tel : 014-5307645

ataupun 




Isnin, 11 November 2013

Tempat Menarik Malaysia 2014


Tahun Melawat Malaysia 2014 semestinya bakal memberi suatu impak yang terkesan ke dalam diri. Pastinya, tahun hadapan akan dikejutkan dengan pelbagai juadah perlancongan untuk rakyat dalam serta luar negara berkunjung ke Malaysia. Kerajaan menyasarkan lebiih 28 Juta orang pelancong bakal berkunjung ke Malaysia. Oleh yang demikian disini ada senarai tempat menarik yang mungkin bagi anda destinasi terbaik untuk melancong di Malaysia :

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA

1). MABUL ISLAND (SABAH)
-Mabul Island sesuai untuk sesiapa yang menyukai skuba ataupun diving ke dasar lautan menikmati keindahan semulajadi dunia bawah air. Mabul Island di Sabah juga berhampiran dengan Pulau Sipadan dan juga sesuai untuk berbulan madu.






2). PULAU TENGGOL
-Pulau Tenggol merupakan tempat yang menarik bagi penggemar aktiviti scuba diving. Pulaunya yang cantik yang dipelihara dan juga menjadi tarikan pelancong saban waktu kecuali tengkujuh.






3) TAMAN NEGARA PAHANG
-Sekian lama Taman Negara Pahang menjadi satu-satunya Taman Negara yang tertua di Semenanjung Malaysia dan antara yang tertua di Asia. Begitu banyak yang anda perlu lihat di sana dan terokai keindahan semulajadi dan juga penggembaraan kelas tersendiri .





4). GUNUNG KINABALU
-Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di rantau Asia Tenggara. Ramai yang mahukan adventure dalam mendaki Gunung tertinggi di Asia Tenggara ini. 



keempat-empat tempat perlancongan ini adalah suatu daya tarikan pelancong yang begitu popular di Malaysia. Aku akan update tempat-tempat menarik untuk dilawati di Malaysia 2014 dalam entri yang akan datang. Terima Kasih

Untuk tempahan pakej lengkap ke tempat-tempat menarik 2014 dalam mahupun luar negara, boleh hubungi aku di :

No Tel : 014-5307645

ataupun 

Jumaat, 8 November 2013

Playboy Itu Suami Aku Ganti Love You Mr.Arrogant

Selepas Love You Mr.Arrogant melabuhkan tirai baru-baru ini, slot Akasia sekali lagi bakal menjadi suatu fenomena menarik setiap hari anda. Drama terbaru iaitu Playboy itu Suami Aku akan menemani anda dengan penceritaan adaptasi daripada novel.



Novel Playboy Itu Suami Aku merupakan novel karya anak tempatan yang dijual dengan harga RM24.00 di Semenanjung Malaysia dan RM27.00 di Sabah/Sarawak. 

Apa pun, kita tunggu Playboy Itu Suami Aku di Slot Akasia bermula 11 November 2013.

Khamis, 7 November 2013

Sejarah Wajib Lulus, SPM Gagal ?



Sejarah Wajib Lulus, SPM Gagal ?  | SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia) sebenarnya adalah kayu pengukur kepada semua pelajar-pelajar dan calon-calon yang menduduki peperiksaan tersebut buat pertama kali atau kesekian kalinya. SPM merupakan landasan untuk melihat dimana keupayaan seseorang untuk pergi lebih jauh samada ke menara gading ataupun terkandas di tengah jalan disebabkan ketidak prihatinan kita kepada kedua ibu bapa yang bertungkus lumus mencari duit dan membanting tulang untuk memberi anak-anak mereka pelajaran berguna di sekolah.

Sejarah Wajib Lulus. Apakah yang menjadi persoalan disini ? Seperti yang kita sedia maklum, Sejarah sebelum ini merupakan subjek yang perlu diambil tetapi pada tahun ini, ia menjadi subjek yang wajib lulus bersama-sama dengan Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, gagal sejarah, maka cacatlah keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Ia bukanlah untuk menyusahkan pelajar tetapi menjadi panduan untuk berjaya.

Kalau jadi macam budak-budak muda sekarang, kalau masa nak exam je, baru nak makan kismis 3 botol sebulan, baru nak sembahyang 5 waktu sehari semalam, baru nak buat baik sesama manusia, nak salam mak ayah, buat status kat Facebook dan Twitter halalkan segala makan minum dan sebagainya. Walhal, semasa tidak ada exam, maki hamun cikgu, buat maksiat, cium sana peluk sini, solat pun kelaut dan sebagainya. 

SPM jangan gagal lah kalau boleh sebab taknak tengok keputusan yang cacat. Lagi satu, nanti susah nak pergi Universiti atau IPTA dan IPTS. 

Apa apa pun, berjuang untuk diri sendiri, ibu bapa dan juga masa hadapan agar mendapat keputusan cemerlang dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS dalam bidang anda gemari

Ahad, 3 November 2013

Bintang Athletico Madrid, Tiago Mendes Ke Selangor



Sememangnya, kancah Liga Super 2014 musim hadapan pasti menjanjikan suasana yang begitu meriah dengan kehadiran ramai bintang-bintang dunia ke dalam Liga Malaysia. Sementara itu, corak permainan pasukan masing-masing pasti akan menjadi suatu yang dinantikan kerana dengan kehadiran pemain-pemain bertaraf bintang ke Liga-M, pasti akan mengubah sedikit sebanyak corak permainan Malaysia.


Bintang Portugal dan pemain utama Athletico Madrid hampir pasti ke Selangor


Sebagai contoh, Tiago Mendes pemain bintang dan pemain utama Athletico Madrid akan beraksi untuk Selangor pada musim hadapan. Dia hampir pasti menyarung jersi Selangor tetapi belum diketahui statusnya secara pinjaman atau pembelian kerana harganya terkini ialah 6.8 euro bersamaan dengan RM29Juta. 

Selain itu, Selangor juga telah mendapatkan bekas bintang kebangsaan Jerman, Cristoph Metzelder. Pernah bermain untuk Real Madrid suatu ketika dahulu dan kini berusia 32 tahun. 

Selain Selangor, Pahang juga ingin mendapatkan khidmat bekas Bintang Liverpool dan Barcelona, Emily Heskey, bintang Thailand, Teerasil Dangda dan juga Kyi Lin bintang muda Myanmar. Ia berikutan tentangan sengit yang bakal dihadapi Pahang jika tidak mengorak sebarang langkah pembelian pemain untuk musim hadapan kerana JDT (Johor Darul Takzim telah berjaya membeli dua bintang dunia iaitu Pablo Aimar (Playmaker Benfica) dan juga Braulio Rodriguez (Bintang Athletico Madird) selain jurulatih dan pengurus pasukan JDT, Jiminez Lopez.


Braulio Rodriguez

Teerasil Dangda sekarang Trial di Athletico Madrid
dan hampir pasti ke Pahang



Pastinya musim 2014 bakal menjanjikan suasana yang berbeza dan juga corak permainan yang berbeza untuk kesemua pasukan. 

Disini ada senarai pemain yang telah berjaya dibeli oleh pasukan masing-masing dan juga yang masih di dalam tawaran kepada pemain :

JOHOR DARUL TAKZIM
Pablo Aimar (Bekas pemain kebangsaan Argentina) 
Braulio Rodriguez (Bekas pemain Atletico Madrid) 
Harris Harun (Singapura)
Nazrin Nawi (N.Sembilan)
Badhri Radzi (Kelantan)
Amri Yahya (Selangor)
Norazlan razali (Selangor)
Asrarudin Putra Omar (Selangor)
Mahalli Jasuli (Selangor)
Fandi Othman (HMA) 
Irfan Fazail (HMA)
Fadhli Shas (HMA) 

SELANGOR

Christoph Metzelder (Bekas pemain kebangsaan Jerman)
Tiago Mendes (Pemain kebangsaan Portugal / Atletico Madrid) 
Shahril Ishak (Singapura)
Hamka Hamzah (Indonesia)
Safee Sali (JDT)
Abdul Hadi Yahya (Perak)
Hairuddin Omar (ATM)
Farizal Marlias (Perak)
Shakir Shaari (Kelantan)
Nazmi Faiz Mansor (PKNS)

KELANTAN
Irfan Bachdim (Indonesia)
Wan Zaharul Nizam (HMA)
Shakir Ali (N.Sembilan)
Nurul Azwan Roya (JDT)


PERAK

Phil Younghusband (Filipina)
Datsakorn Thonglao (Muangthong United)
Afiq Azmi (Selangor)
Faiz Subri (Kelantan)
S. Sivanesan (N.Sembilan)


FELDA UNITED

S. Kunalan (Selangor)
Nasriq Baharom (Selangor)
Solihin Kanasian (Selangor)

Adib Aizuddin Ab Latif (Selangor)

Shahrulnizam Mustafa (Perak)


TERANGGANU
Andik Virmansyah (Indonesia)

Zairo Anuar Zalani (Kelantan)

PAHANG

Emily Heskey (Bekas pemain Liverpool)
Teerasil Dangda (Muangthong United)

Kyi Lin (Myanmar)

NEGERI SEMBILAN

Zaquan Adha Abdul Razak (JDT)
Baddrol Bakhtiar (Kedah)


SARAWAK 
Titus Bonai (Indonesia)

T. TEAM
Safuwan Baharuddin (Singapura)
Indera Putra Mahayuddin (Kelantan)


JOHOR FA
Baihakki Kaizan (Singapura)

MELAKA UNITED

Norhafiz Zamani Misbah (N.Sembilan)

Amirul Hadi Zainal (Pahang)
Shukor Adan (ATM)
Azizan Baba (Sarawak)
Faderin Kadir 



Jumaat, 1 November 2013

Bisnes Online Dikenakan GST

Selepas apa yang berlaku dan juga kenaikan harga barang yang diumumkan kerajaan Malaysia, pelbagai tanggapan yang dilemparkan  oleh semua pihak. Ada yang menyokong, ada yang tidak menyokong. Apakah ini semua berikutan dengan pengumuman GST ataupun adakah ia membebankan ?



APA ITU GST ? 

GST jika tidak diimbangi dengan kos yang akan lebih tinggi yang terpaksa ditanggung dalam menguruskannya akan menjadikan sistem cukai ini membebankan bukan sahaja kepada rakyat malah juga kepada kerajaan. Lebih penting lagi ialah apabila peningkatan perolehan yang didakwa akan didapati oleh kerajaan tidak pula diselaraskan dengan langkah-langkah membendung pembaziran dan penyelewangan , akan menjadikan GST bukan suatu sistem cukai yang bermanfaat malah mencetuskan musabah ekonomi yang lebih besar. - SUMBER


GST Untuk Bisnes Online :

Jadi apa kaitannya dengan bisnes online dikenakan GST ? dan kenapa pula GST dikenakan keatas bisnes online ? ini bagi aku sudah melampau kerana berapa sen sahaja keuntungan daripada bisnes online yang suri rumah, penjual barangan online yang sememangnya bekerja dari rumah ? 

Mari kita lihat sini :




Aku ambik ni dari orang yang share gambar ni. Apa pendapat anda semua mengenai GST dikenakan kepada Bisnes online ? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...