>

Khamis, 7 Ogos 2014

Saya Bantah Boikot Yang ....

Boikot Jangan Mencaci | Fikir sikit orang ramai. Jangan buat malu agama Islam. Sekarang ramai dah beriya-iya nak boikot. Itu sangat bagus. Petanda yang baik. Sedikit sebanyak bagi kerugian kepada ekonomi Israel. Tapi ada geng yang boikot sampai mencaci, meludah, memukul pekerja McD dan seumpamanya, menjahanamkan harta benda awam ini yang saya bangkang. SAYA BANTAH !!



Islam tidak ajar untuk bersikap biadap. Apakah bezanya kita dengan kaum yang kamu boikot itu andai diri sendiri bertindak di luar norma kemanusiaan ? Hati saya tiba-tiba menyirap dengan keadaan boikot yang melampau sehingga menyebabkan ramai yang berikan komen negatif dan sebagainya. 

Aqsa Syarif juga membantah golongan pemboikot yang melampau sehingga menyebabkan kekacauan.

Boikot McD je ke ? Rokok tu macam mana ? Itu agenda Zionism jugak. Saya nak tanya, kenapa tak boikot rokok ? Atau kalian dah terbuai dengan rokok ? Fikir sikit ... bukan McD saja. Tapi kehidupan kita juga dah banyak dipengaruhi Zionism. Pergaulan bebas umpamanya, membuka aurat, pemakaian dan sebagainya, itu juga agenda mereka. 

PESAN SAYA : Kalau nak boikot, boikot dengan membenci di dalam hati. Benci nak guna produk mereka dan sebagainya. Jangan sampai mencaci orang lain. Meludah orang lain, menganggu ketenteraman awam dan sebagainya. Itu tak ada otak namanya. 

19 ulasan:

  1. Betul tu.. Diorang nak tiru cara boikot org putih agaknye. Salah tu. Sian pekeje mc'D. Diorg pun bkerja demi sesuap nasi.

    BalasPadam
  2. ya
    boikot semua sekali yang bertentangan dengan cara hidup islam

    BalasPadam
  3. boikot kena pakai otak baru bijak. kalau ikot nafsu benci dan amarah semata mata nanti syaitan tepuk tangan je. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. boikot mesti kena pakai otak dan juga ikut syariat

      Padam
  4. nak boikot, boikot yang cerdik2 aje..kan bro..hehe

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum...

    nak boikot biarlah secara berhemah ...

    mselim3

    BalasPadam
  6. Bila segelintir terlalu obses dengan boikot sehingga tak memahami istilah sebenar boikot tersebut

    BalasPadam
  7. Nak boikot biarlah dengan cara berhemah.
    Cuba sehabis baik untuk tidak membeli barangan dalam senarai boikot tu dan jangan pergi berbelanja di tempat-tempat dalam senarai boikot.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...