>

Khamis, 7 November 2013

Sejarah Wajib Lulus, SPM Gagal ?



Sejarah Wajib Lulus, SPM Gagal ?  | SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia) sebenarnya adalah kayu pengukur kepada semua pelajar-pelajar dan calon-calon yang menduduki peperiksaan tersebut buat pertama kali atau kesekian kalinya. SPM merupakan landasan untuk melihat dimana keupayaan seseorang untuk pergi lebih jauh samada ke menara gading ataupun terkandas di tengah jalan disebabkan ketidak prihatinan kita kepada kedua ibu bapa yang bertungkus lumus mencari duit dan membanting tulang untuk memberi anak-anak mereka pelajaran berguna di sekolah.

Sejarah Wajib Lulus. Apakah yang menjadi persoalan disini ? Seperti yang kita sedia maklum, Sejarah sebelum ini merupakan subjek yang perlu diambil tetapi pada tahun ini, ia menjadi subjek yang wajib lulus bersama-sama dengan Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, gagal sejarah, maka cacatlah keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Ia bukanlah untuk menyusahkan pelajar tetapi menjadi panduan untuk berjaya.

Kalau jadi macam budak-budak muda sekarang, kalau masa nak exam je, baru nak makan kismis 3 botol sebulan, baru nak sembahyang 5 waktu sehari semalam, baru nak buat baik sesama manusia, nak salam mak ayah, buat status kat Facebook dan Twitter halalkan segala makan minum dan sebagainya. Walhal, semasa tidak ada exam, maki hamun cikgu, buat maksiat, cium sana peluk sini, solat pun kelaut dan sebagainya. 

SPM jangan gagal lah kalau boleh sebab taknak tengok keputusan yang cacat. Lagi satu, nanti susah nak pergi Universiti atau IPTA dan IPTS. 

Apa apa pun, berjuang untuk diri sendiri, ibu bapa dan juga masa hadapan agar mendapat keputusan cemerlang dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS dalam bidang anda gemari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...