>

Selasa, 10 Jun 2014

Suratul Kahfi Hilang Dari Mushafnya

PERINGATAN :
andai diri ana ada tersalah kata, tersalah pendapat, tersalah memberi pandangan, tegurlah diri ana yang banyak khilafnnya ini. Semoga setiap apa yang dikerjakan, akan diberi syafaat di dunia dan di akhirat

Ia tidak menjadi kegemparan ataupun suatu keadaan yang pelik. Tetapi bagi yang tidak biasa dengan al-Quran al-Karim, ia akan menjadi suatu keadaan yang amat pelik. ia tidak pelik kerana Allah punya kekuasaan untuk menarik kembali ilmu yang dipinjamkan kepada kita. Diakhir zaman, antara tanda-tanda kiamat ialah, al-Quran yang akan hilang daripada dunia. 

Kita sudah berada di fasa akhir, Dunya Mutaakhir. Zaman penuh kekhilafan, zaman penuh Fitnah, Zaman penuh dengan kemaksiatan. Ana menyeru diri ini, dan juga menyeru kepada semua sahabat-sahabat, bacalah Suratul Kahfi sentiasa. 


Bacalah Suratul Kahfi setiap hari (kalau boleh). Peringatan ini buat diriku juga. Kita di akhir zaman,
apakah yang kita lakukan untuk Allah ?


Para Ulama' bersepakat bahawa maksud daripada al-Quran yang hilang itu berkemungkinan Allah menarik segala pinjaman-Nya di dunia yakni ingatan para Hafiz dan Hafizah yang menghafal al-Quran itu, dan mereka sudah tidak ingat apa yang mereka hafal, mahupun ayat-ayat al-Quran itu sendiri yang akan hilang dari Mushafnya. Wallahu'alam

(seeloknya rujuk kepada Ustaz, para 'alim, ataupun Ulama' untuk mengetahui hal sebenar)

Antara yang selalu kita dengar surah yang hilang dari mushafnya ialah Suratul Kahfi. Mengapa ia hilang itu adalah kekuasaan Allah. Jangan fikir tentang bagaimana Allah "menarik" ilmunya atau bagaimana kuasa dan zat Allah. Kita sebagai ummat Islam yang beriman akan berpegang teguh kepada kekuasaan Allah, tunduk dan patuh kepada segala yang Allah gariskan di dalam al-Quran. 

AL-KAHFI sebagai pelindung kepada DAJJAL :

Nabi Muhammad SAW menyuruh ummatnya agar membaca al-Kahfi. Antara dalil riwayat yang kerap kali kita dengar daripada Ustaz, penceramah, dan sebagainya ialah :

"Imam Ahmad Berkata,"Daripada Abi Darda, Daripada Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : Sesiapa menghafaz sepuluh (10) ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi, maka terhindar daripada Dajjal"
[HR Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al-Tarmizi daripada Qatadah]

"imam Ahmad Berkata,"Daripada Abi Darda, Daripada Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : sesiapa membaca sepuluh ayat terakhir daripada Surah al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Dajjal"
[HR Muslim dan al-Nasa'i]

"Daripada Umar berkata : Nabi Muhammad SAW telah bersabda : sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada Hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"
[HR Ibnu Katsir]



Lihat Kuliah Syeikh Zainul Asri mengenai Islam Akhir Zaman, Dajjal, Suratul Kahfi yang menghilang, Muhammad bin Abdullah al-Mahdi, dan kerosakan di hari kiamat. 


Untuk pengetahuan, Suratul Kahfi adalah Surah ke 18, mempunyai 110 ayat dan berada di halaman 293.

[KLIK SINI]

Tabarakallahu fikum  


Ikan Patin Masak Tempoyak Selera Temerloh

Kalau anda singgah di Temerloh, jangan lupa singgah di gerai ikan pating yang amat popular di Pahang dan di Malaysia iaitu, Gerai Ikan Patin Pak Usop. Gerai Pak Usop tak pernah lekang dari kunjungan orang ramai yang ingin menikmati hidangan Ikan Patin segar yang dimasak panas. Boleh dikatakan, kalau tengahari tu memang penuh gerai dia. Hari-hari macam tu. 



Kawasan yang strategik dan juga lapang berhadapan dengan Sungai Pahang dan tapak pekan sehari terpanjang di Malaysia (sepanjang 1.8KM - 2KM). Suasana yang nyaman selain dapat menghirup udara segar dan sebagainya. Dah ramai artis-artis makan kat situ antaranya Siti Nurhaliza.

Selain ianya sebagai daya tarikan, ia juga boleh menjadi suatu daya penarik pelancongan kerana setiap tahun, akan ada aktiviti berakit di Sungai Pahang yang menarik ramai peserta-peserta dari seluruh Malaysia. 





Jadi apa pun, kalau nak pergi ke sana senang je. Kalau anda daripada Kuantan, turun sahaja daripada jambatan merentasi Sungai Pahang tu, boleh belok ke kiri dan selepas itu, terus sahaja ke hadapan. Belok ke kiri dan terus naik menuju ke mini stadium Temerloh. Akan nampak satu lorong ke kanan dan terus masuk ke lorong itu. Di hadapan anda ialah Gerai Ikan Patin Pak Usop. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...