>

Jumaat, 6 Jun 2014

Piala Dunia 2014 Belgium Pasukan Kejutan



Piala Dunia 2014 akan berlangsung pada 13 ini apabila antara pasukan ilihan untuk menjuarai kempen pada kali ini iaitu Brazil akan menentang Croatia dalam aksi pembuka tirai Piala Dunia 2014. [Semak Jadual Piala Dunia 2014 Waktu Malaysia]

Tetapi, ada satu pasukan di mana menjadi sebagai salah satu pasukan yang boleh mengejutkan iaitu pasukan Belgium. Belgium walau bagaimanapun bukanlah pasukan pilihan kerana tahun ini Belgium dilihat amat gah dalam perlawanan-perlawanan peringkat kumpulan untuk meniti ke pentas Final. Tetapi, kapten Belgium dan juga pemain pertahanan Manchester City, Vincent Kompany amat optimis bahawa, Belgium boleh sekurang-kurangnya melepasi ke suku akhir. 

Ini adalah senarai pemain akhir Belgium yang akan memulakan kempen menentang Algeria pada 18 Jun 2014. Belgium yang diundi di kumpulan H akan bersama Algeria, Korea Selatan dan juga Russia. 


Kompany dan Hazard bakal menjadi "key-player" untuk Belgium pergi lebih jauh dalam Kempen Piala Dunia 2014 Brazil. 

Senarai pemain Belgium di Piala Dunia 2014 Brazil :

Penjaga Gol :
-Thibaut Courtois (Athletico Madrid)
-Simon Mignolet (Liverpool)
-Koen Casteels (Hoffenheim)
-Silvio Proto (Anderlecht)

Pertahanan :
-Toby Anderweireld (Athletico Madrid)
-Lauren Ciman (Standard Liege)
-Vincent Kompany (Manchester City)
-Nicolas Lombaerts (Zenit St. Petersburg)
-Daniel van Buyten (Bayern Munich)
-Anthony Vanden (Anderlecht)
-Thomas Vermaelen (Arsenal)
-Jan Vertonghen (Tottenham Hotspurs)

Midfielder :
-Nacer Chadli (Tottenham Hotspurs)
-Kevin De Bruyne (VFL Wolfsburg)
-Steven Defour (Porto)
-Mousa Dembele (Tottenham Hotspurs)
-Maroune Fellaini (Manchester United)
-Axel Witsel (Zenit)

Penyerang :
-Eden Hazard (Chelsea)
-Adnan Januzaj (Manchester United)
-Romelo Lukaku (Everton)
-Dries Martiens (Napoli)
-Kevin Mirallas (Everton)
-Divock Origi (Lille)

Dengan skuad yang boleh dikatakan mampu menggempur dari tengah dan juga kiri dan kanan, Belgium mampu memberi kejutan terbesar di Piala Dunia 2014. Apa pun, saya menjangkakan bahawa, Belgium akan melepasi sehingga ke saingan Separuh Akhir Piala Dunia 2014. 

Siaran Percuma Astro 6 Jun Hingga 8 Jun 2014



Astro telah memberi perkhidmatan siarannya percuma sepanjang tarikh 6 Jun Hingga 8 Jun 2014. Maka, bergembiralah kesemua ummat manusia di Malaysia. Apa yang disuka sangat ana pun tak tahu.. he he he ..Masalahnya, dia bermula pada hari ini, hingga Ahad ni, jadi boleh lah tonton Pahang v Felda United final Piala FA.. yedok ? 

Ana ambil sedikit daripada apa yang ditulis oleh Hanif Idrus, jadi nak tahu lebih lanjut kena pi blog dia lah ye kalau nak tahu. Jangan tanya kenapa tau sebab itu adalah manner dalam berblogging. Orang dah tulis susah-susah takkan kita nak kebas pulak hasil tangan orang lain ...


Ini penerangan ASTRO :

"Bersempena dengan cuti sekolah, Astro yang bekerjasama dengan Maxis mengumumkan lebih dari 130 siaran di Astro akan disediakan untuk tontonan pelanggan kami bermula daripada 12:01 pagi pada Jumaat, 6 Jun 2014 sehingga 11:59 pagi pada Ahad, 8 Jun 2014.
*sila ambil perhatian bahawa, ia tidak termasuk dengan Pay Per View..."

Yang ni ana quote je, Melayukan dia. Jadi kalau nak tahu lebih lanjut sila lawati blog Hanif idrus untuk tahu apakah kata-kata dari pihak Astro. Sekian Harap Maklum 

[KLIK SINI untuk ke Blog Hanif Idrus]





Kisah Dajjal Yang Begitu Menghampiri

Salam Sayyidul Aiyam, Salam Jumaat yang penuh dengan Baraqah, yang penuh dengan ganjaran pahala. Lakukan sunnah-sunnah baginda Rasulullah SAW seperti memakai jubah, berserban, wangi-wangian, memakai rida di bahu, berwudu' sebelum ke masjid dan banyak lagi Sunnah-Sunnah baginda Rasulullah. 




Ketahuilah kita bahawa, saat ini, kita berada di akhir zaman. Zaman ini yang di namakan zaman khilaf, zaman fitnah, zaman di mana ummat Islam akhir zaman begitu lemah dalam mengamalkan agama Islam. Zaman di mana berlakunya pelbagai kemusnahan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam sejak dahulu. Allahu Rabbi..begitu dahsyat sekali ambang kiamat yang terjadi tetapi ummat tidak mengendahkannya, tidak mahu mengambil tahu akan kedahsyatannya. 

Sehingga suatu masa, tiada lagi kalimah Tauhid, kalimah syahadah, kalimah Lailahaillallah kedengaran, maka keluarnya Dajjal yang digambarkan sebagai perosak manusia akhir zaman. Dajjal akan keluar apabila dia sudah berjaya menguasai minda ummat Islam dengan dakyah-dakyah yang merosakkan seperti hiburan melampau, teknologi dan sebagainya. Ketahuilah, Iluminati itu adalah agen kepada Dajjal. 

Semua sedar, bahawa akan muncul seorang Pembimbing Ke Jalan Yang Benar atau Mahdi. al-Mahdi bermaksud Pembimbing Ke Jalan Yang Benar, yang akan membimbing manusia seluruh alam ke arah agama Islam yang sebenar. Beliau yang bernama, Muhammad Bin Abdullah al-Mahdi akan muncul, mungkin telah muncul cuma tiada sesiapa yang mengetahuinya, sehinggakan dirinya sendiri tidak mengetahui bahawa  dialah al-Mahdi. 

Rasulullah pernah bersabda di mana, baginda menggambarkan imam al-Mahdi sebagai keturunannya, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Dan dia akan memenuhi bumi ini dengan keamanan dan kemakmuran. 

Imam al-mahdi akan menjadi seorang penyelamat kepada bangsa dan ummat Islam semuanya. Mengangkat Sunnah Baginda Rasulullah. Ikuti apa yang di katakan oleh Syeikh Zainul Asri mengenai Islam Akhir Zaman : 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...