>

Selasa, 1 Julai 2014

Doa Semoga Diperjodohkan

Terlihat di segenap kaca, di segenap titipan cermin, 
wajahnya muncul di pinggiran minda peribadi, 
asyik terbayang asyik termimpi,
Di kala kata pujangga, itu cinta hakiki.


















Aku ketawa, aku gembira, aku bahagia,
walau sementara aku tetap mencuba,
Aku hanya mampu berdoa agar ia menjadi nyata,
Kan ku serahkan segala kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. 

DOA SEMOGA DIPERJODOHKAN :  Ya hayyu Ya Qayyum, Ya Zaljalaliwal ikram
Ya Awwaluun awwalin, Ya akhirun akhirin, 
Ya rabbi ya mustofa.. 

Andai benar dia adalah jodohku, maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya,
Andai benar dia adalah jodohku, hantarkan rinduku kepada dirinya,
Andai benar dia adalah jodohku, pertemukanlah kami berdua,
Andai benar dia adalah jodohku, satukan kami dan permudahkanlah urusan kami berdua. 

Andai sebaliknya, jauhkanlah kami daripada tipu daya dunia,
Andai sebaliknya, jauhkanlah kami daripada kejahatan manusia,
Andai sebaliknya, jauhkanlah kami daripada maksiat durjana,
Andai sebaliknya, jauhkanlah kami daripada helah syaitan yang memperdaya. 



Dalam duka ada gembira, dalam senyum ada tangisan
siapa sangka di dalam hati ada bunga, 
tetapi tidak boleh diterjemah dengan kata-kata. 

Semoga dia akan menjadi jodohku di dunia sehingga di akhirat in shaa Allah 

NOTE : baca doa ini dan niat kan kepada siapa cinta hati kita :

p/s : kepada yang couple, clash lah .. kepada yang ada cinta hati, doalah agar dirinya dengan diri anda di satukan.. Jangan BERZINA jangan MAKSIAT

1 ulasan:

  1. Aminnn..semoga pemilik blog ni pun dipertemukan jodoh yang baik2. :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...