>

Khamis, 5 Jun 2014

Persahabatan : England 2-2 Ecuador - Sterling & Valencia Bergaduh

Bolasepak | England v Ecuador | Sterling & Valencia Bergaduh | Perlawanan persahabatan antarabangsa yang memaparkan England v Ecuador yang sangat menghiburkan. Boleh dikatakan, England tidak menurunkan penjaga gol pertama mereka iaitu Joe Hart di dalam aksi persahatan yang berkesudahan kedua pasukan terikat 2-2.

Di dalam aksi persahabatan yang penuh kontroversi itu, Pengurus England, Roy Hadgson ternyata begitu kecewa dengan apa yang ditunjukkan oleh Antonio Valencia yang mencekik dan menolak pemain muda berumur 19 tahun England, Raheem Sterling yang mana ia seperti perbuatan yang tidak harus dilakukan oleh Captain Ecuador itu. 

England menurunkan Ross Barkley, Chamberlaine, Raheem Sterling, iaitu pemain muda yang begitu menyerlah di kancah Liga Perdana Inggeris. 

Pada awalnya, Raheem Sterling membuat "sliding tackle" yang bersih di mana kakinya mengenai bola terlebih dahulu, tetapi Antonio Valencia bangkit lalu menolak dan mencekik pemain muda lincah Liverpool, dan England itu. Kedua-duanya di buang padang pada minit ke 75 oleh pengadil perlawanan. 




2 ulasan:

  1. x sempat nak tengok video...dah kena block dah...
    panas la tu kena tackle ngan budak2...

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum... saifuddin,

    Perlawanan nie bukan perlawanan persahabatan ... kalau 'sahabat' mesti tak gaduh kan... ehehe

    mselim3

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...