>

Khamis, 7 November 2013

Sejarah Wajib Lulus, SPM Gagal ?



Sejarah Wajib Lulus, SPM Gagal ?  | SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia) sebenarnya adalah kayu pengukur kepada semua pelajar-pelajar dan calon-calon yang menduduki peperiksaan tersebut buat pertama kali atau kesekian kalinya. SPM merupakan landasan untuk melihat dimana keupayaan seseorang untuk pergi lebih jauh samada ke menara gading ataupun terkandas di tengah jalan disebabkan ketidak prihatinan kita kepada kedua ibu bapa yang bertungkus lumus mencari duit dan membanting tulang untuk memberi anak-anak mereka pelajaran berguna di sekolah.

Sejarah Wajib Lulus. Apakah yang menjadi persoalan disini ? Seperti yang kita sedia maklum, Sejarah sebelum ini merupakan subjek yang perlu diambil tetapi pada tahun ini, ia menjadi subjek yang wajib lulus bersama-sama dengan Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, gagal sejarah, maka cacatlah keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Ia bukanlah untuk menyusahkan pelajar tetapi menjadi panduan untuk berjaya.

Kalau jadi macam budak-budak muda sekarang, kalau masa nak exam je, baru nak makan kismis 3 botol sebulan, baru nak sembahyang 5 waktu sehari semalam, baru nak buat baik sesama manusia, nak salam mak ayah, buat status kat Facebook dan Twitter halalkan segala makan minum dan sebagainya. Walhal, semasa tidak ada exam, maki hamun cikgu, buat maksiat, cium sana peluk sini, solat pun kelaut dan sebagainya. 

SPM jangan gagal lah kalau boleh sebab taknak tengok keputusan yang cacat. Lagi satu, nanti susah nak pergi Universiti atau IPTA dan IPTS. 

Apa apa pun, berjuang untuk diri sendiri, ibu bapa dan juga masa hadapan agar mendapat keputusan cemerlang dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS dalam bidang anda gemari

14 ulasan:

  1. moga tahun nie ramai yang mencapai target...harap dapat pecahkan rekod tahun tahun sebelumnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe ..semuanya kehendak Allah dan juga usaha

      Padam
  2. Jawabnya makin ramai periksa sebab hendak lulus SPM.

    BalasPadam
  3. Bagus juga biar generasi muda tidak lupa sejarah

    BalasPadam
  4. apa yang berlaku hari ini umpama pusingan kisah yang berlaku di zaman silam, cuma berbeza zaman. memang kita perlu rujuk sejarah supaya kenal mana asal usul

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita dah berputar semula kepada zaman dulu ..

      Padam
  5. buat yang terbaik
    moga2 berjaya cemerlang
    dunia dan akhirat

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah .. ini semua untuk masa hadapan mereka

      Padam
  6. Sejarah ni patutnya adalah mata pelajaran yang menarik. Memang tak bosan kalau kita faham tentang Sejarah ni sebenarnya.

    BalasPadam
  7. sejarah bm sains syukur dapt gak terget masa tu kecut perut..bila lulus lega kalau tak susah susah tak akan dpt slip spm kan

    BalasPadam
  8. usaha dan berdoa tanpa jemu , amin

    BalasPadam
  9. Wahhh mujurlah zaman saya dulu sejarah tak wajib lulus.memang fail bab sejarah ni..hahaha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...