>

Isnin, 2 Jun 2014

Oh! Gadis - Rogol, Kelar, Bunuh

Semakin hari, semakin berani masyarakat dengan tingkah laku yang tidak bermoral. Kisah-kisah seperti menidakkan undang-undang yang ada dan membelakangi ia, menjadi suatu permasalahatan di dalam masyarakat. Semakin berani golongan-golongan ini membuat bencana kepada anak-anak kecil perempuan, dan tidak kurang juga yang bersubahat untuk melakukannya. 




Teringat kata-kata Tuan Guru (TG) Hj Hafiz Bin Selamat, Pengasas Yayasan al-Jenderami sewaktu Multaqa Guru-Guru Agama di Majlis Ta'alim baru-baru ini (1 Jun 2014) yang mengupas dengan lebih mendalam Kitab Sirlissalikin (Adab Menuntut Ilmu), Fasal Ke-2 yang terjemahan daripada Kitab Ihya 'Ulumuddin oleh al-Alim al-Alamah Hujjahtul Islam Abi Hamid Muhammad Bin Muhammad al-Ghazali yang diterjemahkan oleh Syeikh Abdul Somad al-Falambani Rahimahullahu Ta'ala yang mana Tuan Guru mengatakan bahawa, manusia yang paling cantik ialah apabila luarannya cantik seiring dengan dalamannya. 

Maka, Tuan Guru mengupas bagaimana manusia luarannya sebagai tidak seiring dengan dalaman. Ramai masyarakat yang berkata, kalau nak tengok perangai manusia, tengoklah kepada dalaman, hatta biar buruk rupanya. Ia adalah konsep yang diguna pakai sekarang tetapi ianya adalah tidak tepat kerana sebaiknya, dalaman serta luaran perlu seiring dimana, dalaman akan menjadi bayangan kepada luaran. Apa yang dimaksudkan ialah, hati yang elok imannya, baik pekertinya, taat perintah Allah, bersih dari perasaan riak dan takabbur, serta benci kepada maksiat, akan mengukir suatu bayangan bersih pada luarannya. 

Apa yang saya cuba sampaikan ialah apabila manusia semakin berani bertindak di luar norma kemanusiaan, maka lihatlah kembali hubungan mereka dengan Allah, hubungan mereka dengan manusia. Hati manusia ini penuh dengan kepincangan yang tidak dapat dilihat tetapi hanya Allah sahaja yang tahu. Maka untuk itu, diri haruslah memperlihatkan secara terus sisi lain iaitu perspektif terdahulu, adakah hubungan kita dengan Allah dan manusia kita jaga ? 



Gadis remaja dirogol oleh 38 orang, gadis kecil dikelar sehingga hampir putus kepalanya, gadis kecil dibuang oleh ibu dan ayahnya. Adakah ini gambaran kepada masyarakat Islam di negara ini ? Oh! Malaysiaku. Sudah hilang norma kemanusiaan akibat jauh daripada Allah, jauh dari mengenal kekasih Allah dan tidak mengikuti Sunnah Baginda Rasulullah, jauh daripada al-Quran, jauh daripada mencintai sesama suadara. Apa yang kita takuti, kini berada di dalam kalangan kita. 

Barakallahufikum 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...