>

Isnin, 28 Oktober 2013

3 Hari 2 Malam Percutian Ke Sarawak

Sesuatu yang amat menarik untuk dikongsi apabila mendapat peluang untuk bersama-sama dengan rakan-rakan merasai keseronokan ke Sarawak. Sebelum itu, ada juga pergi ke Pulau Perhentian untuk snorkelling tapi aku tak tahu letak gambar tu semua kemana. Kalau tak boleh kongsi dengan semua. Jadi, apa yang bagus di Sarawak ? 


Sarawak Bumi Kenyalang 

- Sarawak merupakan sebuah kawasan atau negeri yang paling terbesar di Malaysia. Sarawak juga mempunyai kawasan yang dilitupi hutan hujan Tropika yang terbesar di Malaysia yang dilindungi selain mempunyai ratusan etnik-etnik asli. Yang paling menarik adalah etnik PEMBURU KEPALA



Tapi jangan risau, pemburu kepala sudah tidak ada di zaman sekarang. Kalau ada, memang susahlah nak melancong ke Sarawak. 

Aku ke Sarawak menggunakan pakej yang kami buat sendiri. Apa pun, ini adalah antara aktiviti dan tempat menarik yang kami pergi.


Ini adalah perkampungan budaya Sarawak. Kat sini boleh tengok pelbagai keunikan
rumah tradisional Sarawak di samping boleh melihat tarian mereka di dewan kebudayaan.
Apa pun, anda patut merasai keseronokannya disini



Taman Negara Gunung Gading


Di Taman Negara Gunung Gading inilah kami dapat melihat
spesies Rafflesia atau bunga yang terbesar di dunia. Ini gambar yang sempat diambil oleh
jurukamera kami




Kek Lapis adalah antara buah tangan yang patut dibawa pulang. Kami sempat singgah ke
kilang kek lapis untuk mengetahui cara pembuatan kek lapis Sarawak
dan ada juga bawa pulang buah tangan. Satu packet RM10 sahaja.

Semenggoh Wildlife Centre - Ini merupakan pusat pemeliharaan hidupan yang kian pupus
iaitu Orang utan. Ini berjaya kami ambil.

Apa pun, pengalaman berbeza antara di Semenanjung Malaysia dengan Borneo dapat kami rasai. Jika anda berminat, bolehlah mengunjungi Sarawak untuk merasai kelainan tersebut. 

Memandangkan aku bekerja sebagai Travel Agent sekarang, jika ada sesiapa yang berminat untuk melancong kemana-mana seperti, Indonesia, Korea, Vietnam, Singapura, New Zealand, mahupun negara Eropah yang lain, bolehlah mendapatkan pakej secara terus daripada aku. Boleh hubungi aku melalui :



No Tel : 014-5307645

ataupun 


Aku akan mendapatkan pakej yang terbaik untuk anda semua memandangkan anda semua adalah pembaca blog aku ni. 

12 ulasan:

  1. Dah pergi serawak banyak kali, tapi tak sempat melawat tempat-tempat kat atas tu except for kek serawak yang memang favorite kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sarawak kena pergi banyak kali baru habis explore semua tempat

      Padam
  2. Teringin nak ke sarawak, kena tunggu masa yang sesuai je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. weekend la pergi .. pertengahan tahun itu dah cantik

      Padam
  3. Wahh , mesti Best kan ? Teringgin nak g Sarawak , tapi duit tak do pulak haha xD Jom Singgah Blog saya :)

    http://i-irufan.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. sangat teruju bila datang seronok!! tempatnya memang seronok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat ni memang seronok dgn flora dan fauna yg berbeza dari semenanjung ..kan acik ?

      Padam
  5. seronok..tak sabar nak ke sarawak 21hb ni.....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...