>

Selasa, 10 Jun 2014

Ikan Patin Masak Tempoyak Selera Temerloh

Kalau anda singgah di Temerloh, jangan lupa singgah di gerai ikan pating yang amat popular di Pahang dan di Malaysia iaitu, Gerai Ikan Patin Pak Usop. Gerai Pak Usop tak pernah lekang dari kunjungan orang ramai yang ingin menikmati hidangan Ikan Patin segar yang dimasak panas. Boleh dikatakan, kalau tengahari tu memang penuh gerai dia. Hari-hari macam tu. 



Kawasan yang strategik dan juga lapang berhadapan dengan Sungai Pahang dan tapak pekan sehari terpanjang di Malaysia (sepanjang 1.8KM - 2KM). Suasana yang nyaman selain dapat menghirup udara segar dan sebagainya. Dah ramai artis-artis makan kat situ antaranya Siti Nurhaliza.

Selain ianya sebagai daya tarikan, ia juga boleh menjadi suatu daya penarik pelancongan kerana setiap tahun, akan ada aktiviti berakit di Sungai Pahang yang menarik ramai peserta-peserta dari seluruh Malaysia. 





Jadi apa pun, kalau nak pergi ke sana senang je. Kalau anda daripada Kuantan, turun sahaja daripada jambatan merentasi Sungai Pahang tu, boleh belok ke kiri dan selepas itu, terus sahaja ke hadapan. Belok ke kiri dan terus naik menuju ke mini stadium Temerloh. Akan nampak satu lorong ke kanan dan terus masuk ke lorong itu. Di hadapan anda ialah Gerai Ikan Patin Pak Usop. 

17 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Wah mantaplah masakan ikan patin tu. tapi sayang ana tak makan ikan patin. sebab kepala pening dengan lemak dia. hahahah rugikan?

    Ikhwan

    BalasPadam
  2. perghh meleleh air liur aku baca entri nie... aku mmg pengemar ikan patin... hihihi

    BalasPadam
  3. Untung bagi mereka yang gemar makan ikan. Memang menjadi spot mereka. Saya pula tidak suka makan ikan.

    BalasPadam
  4. tengok warnanya pun dah buat terliur. patin termeloh memang sodap.

    BalasPadam
  5. @Tanpa Nama rugilah akhi tak makan ..hehehe..cedarpppp cangattt tauu

    BalasPadam
  6. @Nasrul Muhaimin Ariff yedok mu ni ? heheheh...mai lah temerloh ..kalau pi temerloh kasi call ana..hehehe

    BalasPadam
  7. @akubiomed ooohhhh ruginya....tak makan ikan pulak..heheheh

    BalasPadam
  8. @Denaihati nanti tuan datang temerloh, call je saya.. saya boleh datang .. :)

    BalasPadam
  9. Pergh.. Ni yang rasa nak pergi temerloh ni.. Tapi lokasi tak tau plak

    BalasPadam
  10. @Hazmin Hamudin sampai temerloh boleh call saya..saya boleh pi jemput bro ..hehehhehe

    BalasPadam
  11. fuhh nampak sedap.. tapi nelum pernah sampai temerloh lagi

    BalasPadam
  12. Ana kenal tempat ni! Dulu duduk temerloh. Wuuu~ da lama tak ke sane. Dah takde sedare mara org sana. T_T

    BalasPadam
  13. Wah ikan patin Temerloh -sedap dimakan tapi mesti hati-hati kalau poket nipis.

    BalasPadam
  14. @Malaysia Tercinta eh tak lah ...murah je sebenarnya ..yg mahal tu patin buah ..patin biasa murah je..

    BalasPadam
  15. Pak Usop patin memang power
    saya makan situlah :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...