>

Isnin, 30 Jun 2014

Hukum Puasa Tapi Tak Solat 5 Waktu



Hukum Puasa Tapi Tak Solat 5 Waktu | Sempena Ramadhan al-Mubarak, bulan yang penuh barakah. Bulan yang ada di dalamnya hari yang lebih baik daripada 1000 bulan. Bulan di mana al-Quran diturunkan. Bulan pengampunan dan bulan di mana kita mencuba mengikat hawa nafsu daripada mengawal diri. Ramai yang sangat beriye-iye berpuasa dan sangat happy kalau tengok daripada riak wajah mereka semua. Cukup seronok. Berbuka puasa di masjid, bersahur di rumah bersama keluarga, bertadarus beramai-ramai, dan pergi solat tarawih secara berjemaah. 

Tetapi ada suatu yang menjadi tanda tanya kepada masyarakat, kenapa yang sunat seperti terawih boleh sahaja solat tetapi sedangkan yang wajib 5 waktu ditinggalkan. Mungkin kita boleh bersangka baik atas perkara ini, mungkin ada yang bekerjaya dan sebagainya tetapi solat wajib 5 waktu itu yang lebih utama. 

Solat Tiang AGAMA :

Ada satu riwayat yang menyatakan bahawa Sabda Rasulullah SAW :
"solat adalah tiang agama maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya tetapi jika dia meninggalkannya, bererti dia telah meruntuhkan agamanya
[HR al-Baihaqi]


Satu lagi riwayat mengenai kedudukan solat ini adalah :
Daripada Ibn Umar r.a bahawa, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :
"Dan tiada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat, sesungguhnya kedudukan kedudukan solat di dalam Islam diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan"
[HR at-Tabrani]

Maka apakah hukum puasa tapi tak solat ? Mari kita dengar apakah jawapan Ustaz Azhar Idrus :




JAWAPAN : Tidak diterima PUASA orang yang TAK SOLAT ! Wallahu'alam

3 ulasan:

  1. betul..ramai yang tahu tapi tetap tak nak berubah.

    BalasPadam
  2. Puasa dan Solat, dua duanya arahan wajib. Tak buat berdosa. Kan terang dah dalam rukun Islam. Cuma haji je bagi yang mampu... selamat berpuasa, jom rebut ganjaran besar ni

    BalasPadam
  3. Orang anggap puasa ni lagi wajib dan satu kemestian. Padahal solat jugak satu kewajipan yang dituntut. Ape la gune puase lapar dahaga tapi tak solat.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...