>

Rabu, 25 Jun 2014

Melayu Mudah Lupa Atau Melayu Mudah Alpa ?

Terkilan rasa hati apabila ramai di kalangan masyarakat Melayu sekarang dah macam terlampau dahagakan hiburan. Kenapa Melayu jadi macam ni ? Sedangkan dahulu Melayu adalah antara golongan yang di segani kerana ramai lahirnya para ulama' tersohor di kalangan masyarakat Melayu. Tapi sekarang, ada Ulama' tapi di cemuh, di caci Ulama itu.

Untuk pengetahuan, Ulama diibaratkan seperti bintang-bintang yang menjadi kesinambungan kepada apa yang Nabi Muhammad SAW bawakan untuk ummat. Mereka ingin menolong ummat yang semakin teruk, semakin jauh tersimpang. Tetapi ummat sendiri yang caci malah hina para Ulama'. Betul lah bahawa, salah satu tanda kiamat nanti, Ulama akan dianggap sebagai golongan yang membawa kesesatan, tetapi yang jahil itu dianggap sebagai Ulama' sebenar. 

MELAYU MUDAH LUPA ?

Ya.. kalau di bincangkan, orang sekarang kalau Melayu mesti Islam, kalau Islam mesti Melayu. Itu persepsi salah kerana yang sebetulnya, Yang Melayu Tidak Semestinya ISLAM. Lihatlah kepada agama kerana agama Islam adalah agama yang cantik, agama yang hebat. Tetapi jangan lihat kepada ummat Islam yang banyak khilaf, banyak membuat perkara yang tak pernah di buat oleh Rasulullah, banyak yang menghina Ulama' banyak yang terpesong akidah dan sebagainya. 






MELAYU MUDAH ALPA ?

Ya.. Melayu memang mudah alpa. Andai terhidang dengan hiburan-hiburan, pasti Melayu akan terus tengok dan berhibur. Ada sampai buat hiburan yang bertemakan bogel, topless, apakah ini semua ? Yang masuk, anak-anak Melayu.. Bangsa lain tepuk tangan sebab apa ? sebab mereka dapat lemahkan Islam dalam diri anak-anak Melayu. 

Contoh lagi, ada yang sanggup tidur tepi jalan untuk beli tudung yang tak ikut spesifikasi syariat dengan harga beribu riban. Semuanya golongan wanita. Yang lelaki pulak, tak habis-habis dengan gejala sosial tapi mesti ada selit para gadis jugak. Apakah ?


KESIMPULAN :

Baliklah ke pangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka. 

5 ulasan:

  1. Semoga Allah buka hati mereka utk berubah. Allahuakbar..tak sanggup tengok kerosakan hiburan sekarang..

    BalasPadam
  2. Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang sesat.

    Sementara pintu taubat masih terbuka, sama2 kita muhasabah diri

    BalasPadam
  3. Nauzubillah... moga Allah lindungi kita dan ahhli keluarga kita dari segala maksiat...huhu risau nak besarkan anak2 dlm society yg begini ;(

    BalasPadam
  4. Inilah cabaran zaman sekarang.asyik menyalahkan orang lain je. Ayat alpa memang sangat sesuai. Mohon doa jelah anak kita tak terjebak

    BalasPadam
  5. memang betul..zaman sekarang kalau nak buat ceramah agama kena permit. nak buat parti hiburan lepas je. moga Allah lindungi negara kita dari bala..huhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...