Bismillahirahmanirahim..
Pada hari yang hening ini, kita dikejutkan dengan suatu berita yang sangat mendukacitakan. Antara alim ulamak iaitu TG Harun Taib telah meninggalkan kita semua. Alim Ulama di Malaysia sering dicemuh bagai mereka warga yang tidak upaya melakukan apa-apa. Tetapi hakikatnya, mereka bijak dan terpelajar. Dek kerana mentaliti golongan dunya mutaakhir yang terus dihimpit duniawi, mereka (alim ulama) di cemuh.
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- “Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” ;- (Riwayat Muslim)

Wahai sahabatku, janganlah engkau terleka dengan duniawi lagi. Sesungguhnya, duniawi adalah suatu keadaan di mana, ramai yang bermegah-megah, sombong, bongkak dan takabbur dengan mata dipenuhi harta dan kekayaan semata. Ramai yang jauh daripada Allah sedangkan yang dekat dengan-Nya itu, hanya sebilangan kecil. Mereka alim Ulamak yang membawa kita ke arah kebaikan. Mereka adalah orang yang menyatu padukan kita. Apabila mereka tiada, ramai yang ikut golongan jahil, ramai yang menjadikan golongan jahil agama sebagai pemimpin. Mereka memberi fatwa yang menyimpang tanpa ilmu agama mencukupi.
Antara tanda-tanda kiamat berkaitan pemimpin yang telah dpaat dilihat sekarang di dunia ini ialah :
1) Ramai Pemimpin Diktator
2) Pemimpin Yang menipu Rakyat
3) Pemimpin Yang menyembunyikan hak rakyat
4) Pemimpin Yang membuat kerosakan
5) Pemimpin Yang tidak dapat menjamin ketenteraman.
6) Pemimpin yang diingkari rakyat
RUJUK SINI : HIKMATUN
Semua hadith-hadith yang ditunjukkan dalam laman itu, dinasihatkan berjumpa dengan Ulama Muktabar. Jangan buat andaian sendiri dan jangan pula berhujah mengikut akal yang logik. Orang Melayu kan suka sangat dengan perkara logik. Jadi, risau ia akan bercanggah dan seterusnya membawa kepada perselisihan hadith.
Wahai sahabatku yang baik. Doakanlah Ulamak-ulamak di negara Malaysia dan di dunia, sihat tubuh badan mereka untuk memimpin manusia ke arah jalan yang diredhai Allah. Wahai sahabatku, perhatilah dunia, buka mata semua, buka hati kita, lihat betapa sakitnya dunya mutaakhir. Tidakkah kita sedar ?
Barakallahu fikum -
skang ni makin ramai pemimpin yg jahil...
BalasPadamNice Sharing .. Nak Share ! ;D
BalasPadam