PERINGATAN :
Kisah ini adalah kisah benar yang diajukan soalan ini oleh sahabat saya untuk diketengahkan kepada Murabbi saya (Murabbi adalah seorang Peguam Syariah). Setiap perbualan telah diolah agar tidak sama dengan yang sebenarnya.
[ANDAI TERSALAH BAHASA ATAU MAKLUMAT SILA TEGUR SAYA]
[ANDAI TERSALAH BAHASA ATAU MAKLUMAT SILA TEGUR SAYA]
Pada suatu petang asar yang hening. Didatangi seorang sahabat saya yang mahu bertanyakan sesuatu sepertinya. Lalu, saya duduk disebelahnya diatas pangkin di hadapan sebuah masjid. Dengan tidak semena-mena, sahabat tadi membuka mulut dan bertanya suatu soalan untuk saya menjawabnya dengan suatu pendapat.
Sahabat : Sahabat, boleh tolong tak ? saya ni ada sorang member, dia dah kahwin. Dah ada anak dah pun 3 orang. Jadi, dia ni nak pasang satu lagi sebabnya isteri dia nusyuz. Nusyuz ke tidak wallhu'alam. Tapi apa yang dia bagitau, memang macam tu laa..
Saya : (*sambil tersedak) eh sahabat ! terkejut saya. Perihal rumah tangga ? Saya pun tak belajar lagi ilmu-ilmu bab rumah tangga ni. Jadi, saya nak tahu cerita penuh agar saya boleh ajukan persoalan ni pada Murabbi saya. Okay ?
Sahabat : Haa ! Boleh jugak tu. Okay ! Cerita dia macam ni. Suami dia ni biasa-biasa aje. Dia sudah melarang isterinya agar berpakaian sepertimana syariat. Tetapi isterinya enggan. Keluar rumah dah la tak bagitau suami. Pakai pakaian seksi-seksi, dedah sana dedah sini. Kita mana tahu hati manusia lain yang tengok kan ? Mesti ada punya yang tak dapat tahan godaan nafsu. Lebih-lebih lagi bernafsu melihat isteri orang lain. Dahsyat ummat mutaakhir sekarang.. Jadi dia pun bagitau isterinya tak endah. Maka, timbullah suatu niat untuk pasang lain. Si isteri ni pulak, marah dan cari perempuan yang si suami nak jadikan isteri baru.. mengamuk laa apa lagi. Lepas tu, si suami lafaz cerai laa pada isteri dia sebabkan perkara ni..
***selepas saya mendengar cerita ini, saya cepat-cepat bertanyakan perihal ini kepada Murabbi di dalam sesi pembelajaran yang seterusnya. Lalu ini adalah perbualan saya dengan Murabbi yang mana begitu cute, sweet dan comelnya bercinta selepas nikah.
Saya : Ustaz, baru-baru ni ada sahabat saya bercerita pada saya mengenai suatu perihal rumah tangga. Macam mana ye ustaz ?
(saya menceritakan kembali apa yang diceritakan oleh sahabat, kepada saya)
Murabbi : Oh begitu ceritanya. Kahwin itu adalah suatu yang sangat indah. Bercinta selepas kahwin itu, lagilah indah. Kita mencari pasangan dan berkahwin bukan untuk bercerai. Tetapi kita mencari pasangan untuk hidup bersamanya hingga nyawa masih lagi dikandung badan. Mana tahu, di syurga nanti, kita dipertemukan dan bidadari kita di dunia (isteri) bakal menjadi bidadari kita di syurga. Kes-kes syarie mengenai rumah tangga sekarang sangat banyak berlaku. Tanpa kita sedari, ia menimbulkan tanda tanya bagaimana cara kita mengawal emosi dan ego di dalam rumah tangga. Harus diingat kerana rumah tangga adalah suatu nikmat dan keindahan yang harus dijaga.
Saya : Jadi, bagaimana ia berkaitan dengan kes ini ustaz ?
Murabbi : Yang sebenarnya, suami dan isteri harus duduk bersama satu meja, berbincang dengan elok mengenai hal perkara ini. Jika isterinya nusyuz, jangan pula ditampar dipukul diterajang oleh si suami. Islam adalah agama yang cantik dan lembut. Di dalam Islam, cara untuk memukul si isteri adalah dengan mengambil sehelai kain perca yang nipis senipisnya, diikat lembut di bahagian hujung lalu di pukul dengan lembut di bahagian telapak kaki si isteri. Jangan pukul isteri sewaktu nafsu marah sedang bergelodak. Tetapi pukullah sewaktu diri tengah di dalam mood ceria.
Saya : Wah ! Cukup indah Ustaz. Manjanya kalau macam tu. Terasa kemanjaan antara suami dan isteri.
Murabbi : Betul ! Di dalam rumah tangga, bermanja-manjalah. Air tangan isteri tu yang penting. Kalau isteri masak, suami merasa, gugur dosa-dosa kecil isteri. AllahuAllah ..indahnya berumah tangga.. Dan apabila kita berumah tangga, setiap ganjaran amal ibadah kita akan berganda sebanyak dua kali. Besar pahalanya tu.
Saya : Kalau kahwin 2, 4 kali la kan ? Kalau kahwin 3, 6 kali la kan Ustaz ? (*gelak jahat)
Murabbi : Hehehehe... krik krik krik
-------------------------------------------------------------------------------------------
Maka diingatkan kepada para pembaca yang sudah berkahwin, bermanjalah dengan isteri. Setiap apa yang dikerjakan pasti ada ganjarannya. Dan setiap perlakuan keburukan, itu adalah godaan syaitan yang menghasut agar rumah tangga bercerai berai..
Wallahu'alam
Saya suka quote ini "Di dalam Islam, cara untuk memukul si isteri adalah dengan mengambil sehelai kain perca yang nipis senipisnya, diikat lembut di bahagian hujung lalu di pukul dengan lembut di bahagian telapak kaki si isteri. Jangan pukul isteri sewaktu nafsu marah sedang bergelodak. Tetapi pukullah sewaktu diri tengah di dalam mood ceria."..Mohon share boleh?
BalasPadamboleh saja...share je...hehe
Padammudahan ilmu ni dapat dimanfaatkan sebaiknya. terima kasih perkongsiaanya.
BalasPadamini bukan ilmu Tuan DH ..ini maklumat ..hehe
Padamilmu perlu ada sanad-sanad nya yang mana kena belajar atau menuntut..
insyaAllah apa yang baik kita kongsikan :)
boleh lah dimanfatkan, ramai yang tak tahu ni...heee
Padamhaa,,kena sabardan manja bari seronok kalau belasah je kawan tu sakit hatilah dia.
BalasPadamkena jaga nafsu dalam diri..
Padamitu jihad namanya
Subhanallah. Bukti Islam itu memang indah.
BalasPadamthanks bro berkongsi!
insyaAllah apa yang baik kita kongsikan :)
PadamBila aku baca tips ni, rasa macam style korea pun ada. pengaruh korea dah aku..
BalasPadamhaha..mana tang korea tu ? hehehe
PadamSubhanallah.. tiada yg sukar dlm hukum Islam itu... kita manusia yg kdg2kama membuatkan ianya sukar... t kasih atas perkongsian ye.. Salam ukhwah.. :)
BalasPadamsalam ukhuwah bro ..
Padamhehe.islam tak susah, yang susah bila kita buat ianya susah..
lain cerita ialah membida'ahkan sesuatu perkara dan menokok tambah sesuatu ibadah
perkahwinan merupakan satu cabaran..
BalasPadamya betul ..
PadamAssalammualaikum...
BalasPadamwahhh... cinta selepas kahwin, dan pukul isteri ketika manja2 bukan pukul isteri ketika marah... sweet kan.
mselim3
itulah kesuweetann dalam rumah tangga :)
PadamNak fwd bagi asben la..heheee :)
BalasPadamBermanja itu indah :D
silakan kak MJ
PadamBukan senang nak mengharung alam rumahtangga yang penuh onak dan duri tapi jika berjaya mengharunginya alangkah indahnya
BalasPadamAlangkah indah dan suwitt nya dan bahagianya
Padamterima kasih coz share info ni
BalasPadamsama2 kak :)
Padamdalam perkahwinan, macam-macam ada rencah..
BalasPadamrencah yang paling ditakuti ialah rencah kari ..pedass sangat ..hehe
Padamnampaknya malam ni kena ambil peluang bermanja dengan isteri la
BalasPadamhehehe..
PadamEMm nak kena buat sekali macam ni..terima kasih kongsikan..leh tambah ilmu pengetahuan bab ni..hehe
BalasPadammanja jgn tak manja..hehe
Padamsaya suka baca bab ini. kita tak rugi tpai lebih tahu kalau benda berlaku pada diri atau rakan atau orang sekelilingnya.
BalasPadam