Bismillahirahmanirahim ..
Entri untuk kali ini adalah satu entri yang bakal menyentuh emosi semua. Di harap akan terus menerus baca dan fahami apa yang mahu disampaikan. Ana hanyalah Fardiah, menyampaikan nilai moral, dan mengajak ke arah kebaikan. Moga-moga antum ambil ini sebagai peringatan kepada diri dan juga keluarga.
Andai Ibu Bapa Terkujur Kaku, Ingatlah
wahai anak-anak ! Ibu bapa menjaga kamu daripada kecil sehingga dewasa. Mereka memberi kamu makanan, bekerja membanting tulang hanya untuk tidak membiarkan kamu sengsara dan kelaparan. Ibu bapa yang menyayangi anak-anak, ingatlah kembali pengorbanan mereka kepada mereka.
Andai Ibu Bapa Terkujur Kaku, Ingatlah
wahai anak-anak ! Andai ibu bapa sudah tiada, siapakah yang akan menguruskan jenazah mereka ? Siapakah yang akan menyembahyangkan mereka ? Siapakah yang akan memandikan mereka ? Siapakah yang akan membaca doa kepada mereka ? Siapakah yang akan kafankan mereka ? Siapakah yang akan mengangkat jenazah mereka meletakkan dengan selembut-lembutnya ke dalam tanah yakni liang lahad mereka.
Andai Ibu Bapa Terkujur Kaku, Ingatlah
Wahai anak-anak ! Sanggupkah melihat ibu bapa saat mereka sudah pergi, menatap wajah ibu bapa yang diuruskan oleh orang lain ? Kenapa tidak kita ? Kenapa dengan tangan kita ? Sedang ibu bapa menguruskan kita dari kecil, sedaya upaya mereka memandikan kita, menjaga kita, walau seekor nyamuk tidak boleh hinggap kepada mereka. Sedang anak-anak membesar, anak-anak memarahi ibu bapa, derhaka kepada mereka.
Andai Ibu Bapa Terkujur Kaku, Ingatlah
wahai anak-anak ! Sesungguhnya, kita tidak mahu melihat jenazah ibu bapa di perlakukan oleh orang lain. Tangan anak-anak yang soleh dan solehah menguruskan. Betapa besar rahmat dan cahaya daripada-Nya. Allah tidak akan meninggalkan doa anak-anak yang soleh dan solehah untuk ibu bapa mereka. Betapa sayang anak-anak kepada ibu bapa, dapat dilihat setelah ibu bapa pergi tidak kembali.
Jika orang lain yang uruskan jenazah ibu bapa, pasti tidak seperti anak-anak. Mengurut dengan lembut. Membersih dengan halus. Membelai kali terakhir badan ibu bapa dengan cermat dan kasih sayang. Air di sirami di segenap kulit, di segenap rambut.
Jika orang lain yang uruskan jenazah ibu bapa, pasti tidak selembut anak-anak soleh dan solehah. Di kafankan dengan sempurna. Diikat dengan cantik. Dibalut dengan kemas. Ditatapi untuk kali terakhir wajah ibu bapa. Dikucup di dahi dibelai di pipi.
Jika orang lain yang uruskan jenazah ibu bapa, pasti didoakan di dalam solat jenazah, perkara baik-baik. Sambil menangis menjadi imam kepada makmum. Mengangkat tangan di akhiran solat, dengan titisan linangan air mata membasahi lantai-lantai rumah usang peninggalan ibu bapa. Allah tidak akan menolak doa anak-anak yang soleh dan solehah.
Jika orang lain yang uruskan jenazah ibu bapa, pasti diangkat dengan lemah lembut. Dimasukkan ke dalam liang lahad dengan berhati-hati. linangan air mata anak-anak soleh dan solehah pasti menjadikan jasad dan roh ibu bapa menjadi tenang tatkala di dalam kubur.
Tidakkah kita anak-anak yang soleh dan solehah ? Jika benar antum adalah anak-anak yang soleh dan solehah, mengapa melayan ibu bapa bagai anak-anak yang derhaka ? Cerminkan diri, tanya hati, tanya iman di dada.. Peringatan ini adalah untuk ana juga
Barakallaufikuum

Entry yang benar menyentuh perasaan..
BalasPadammenyentuh perasaan!!...
BalasPadamMenyentuh perasaan....dn rindu pda emak yg telah pergi..

BalasPadamtak pasal2 pagi2 ni dah sedih..huhu
BalasPadamAssalammualaikum...
BalasPadammemang sedih artikel nie.. terbalas kah kita jasa2 ibu bapa itu, tak terbalas jasa ibu bapa mselim3 yg telah membesar dan mendidik mselim3 menjadi manusia ... sedih memang perlu sedih, sementara mereka ada.. jika mereka sudah tiada.. jgn ditangisi.. hanya panjatan doa yang mampu dikirim..
"apabila mati anak adam maka terputuslah segala amalan kecuali 3 perkara kan....sedekah jariah, anak soleh yang mendoakannya dan ilmu yg bermanfaat.."
mselim3
pls: ingatan buat mselim3 gak nie...
moga2 kita diberi kekuatan nanti utk menguruskan jenazah ibubapa kita andai mereka pergi dahulu....
BalasPadamMama bpk ku.... aku syg kalian..
BalasPadammaafin aku ya. merantau jauh...
semoga sehat di rmah ya ma pak...
i love u..