>

Isnin, 2 Jun 2014

Tips Bermanja Suami Isteri Di Dapur

PERINGATAN : 

Andai diri ana tersilap dalam bahasa dan pendapat, sila tegur diri ana yang penuh dengan khilaf ini. Semoga kalian mendapat barakah daripada setiap perilaku mengajak ke arah kebaikan. 

Indahnya perkahwinan. Indahnya Cinta selepas nikah. Indahnya kasih sayang dan belaian selepas nikah. Indahnya kemanjaan antara suami dan isteri selepas nikah. Ana mengaku bahawa ana belum berkahwin, tetapi ilmu yang ana perolehi daripada Murabbi ana sewaktu bertalaqqi Kitab Terjemahan Robbani ataupun al-Quran, serta membincangkan mengenai isu-isu semasa memberi suatu impak yang begitu mendalam buat jiwa. Mungkin info ini boleh di kongsikan kepada semua khususnya yang telah berkahwin. 



KEPADA YANG BELUM BERKAHWIN : 

Ketahuilah bahawa, "couple" itu adalah haram. Ramai pemuda pemudi remaja sekarang memilih couple sebagai jalan penyelesaian kepada hati yang lara dan sunyi walhal, apabila sunyi diri boleh sahaja memenuhi hati dengan zikrullah serta selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah. Tetapi hati yang sunyi ini tidak boleh begitu kerana syaitan di dalam aliran-aliran darah sentiasa menggoda sentiasa berbisik sentiasa mahu menyesatkan manusia agar bergelumang dengan dosa-dosa maksiat. 


  1. Apabila bersendiri pasti lelaki ataupun wanita akan mencari "JODOH" di media sosial tidak kira Facebook, Twitter mahupun laman sesawang yang lain.
  2. Setelah berjumpa, mula lah bibit-bibit perkenalan serta test-test romantik. 
  3. Habis je romantik, mula lah nak keluar ayat cintun cinta, lalu ajak kepada couple.
  4. Lepas tu, hari-hari pegang smartphone, laptop, chatting dan SMS, whatsapp dan sebagainya dan dalam masa yang sama, diri menjauhi untuk mengingat Allah.
  5. Setiap masa ingat makwe/pakwe. Langsung tak ingat Allah dan Nabi Allah
  6. Ibu bapa pun dah tak layan sangat sebab sibuk dengan texting dan chatting
  7. Mula dating lepas tu, pimpin tangan (api neraka bergelodak kerana sentuhan itu) 
  8. Dan ia diteruskan dengan maksiat dan zina berterusan. 
Allah sangat menjaga kaum wanita dan ada satu hadith yang mengatakan bahawa, 

"Wanita Itu Aurat, maka jikalau dirinya keluar (rumah), syaitan mengagungkannya (mempercantikannya bagi pandangan lelaki) - (HR At-Tirmizi) 

Kesimpulan disini, tutuplah aurat dengan sempurna. Di post akan datang, kita akan bincang mengenai Pakai Tudung dah Tutup Aurat ke ? 

Wallahu 'alam 

TIPS MANJA DENGAN ISTERI DI DAPUR 

Cinta lepas nikah sangat hebat. Kalau suka, tak payah couple-couple, terus je datang pi minang. Tak perlu risau-risau. Kena tolak dengan keluarga belah perempuan tu, itu cerita kedua. Yang penting dah ikut aturan niat yang betul.

Kahwin je, tercipta satu ibadah. Maka ibadah itu akan berganda kepada dua kali ganda. Air tangan isteri itu penting kerana setiap yang di masak dan dirasai oleh suami, maka itu ganjaran pahala dan kemanjaan kepada isteri.

Andai pegang-pegang, cuit-cuit manja, isteri pula suka, suami pula suka juga, maka gugurlah dosa-dosa kecil isteri. Senang je nak manja-manja dengan isteri. Suami kena pandai layan. Kalau isteri nusyuz tu, boleh baca disini (ISTERI NUSYUZ, CARA PUKUL ISTERI DALAM ISLAM). 

Maka kahwinlah cepat-cepat. Ana pun nak kahwin juga tapi tunggu sikit masa lagi. Sebab sibuk dengan kerja sampai tak sempat cari calon. He He He ..


Barakallahufikum 

12 ulasan:

  1. sila la kawin cepat2..rugi kawin lambat coz alam perkahwinan ni indah sangat..:)

    BalasPadam
  2. bila dah kawen semua dah jadi halal..siap dapat pahala lg..jangan tunggu lama2 bro :)

    BalasPadam
  3. semoga cepat dipertemukan jodoh ye.. :)

    BalasPadam
  4. Jaga diri ... tingkatkan amalan ... jodoh takkan kemana

    BalasPadam
  5. Adudu..dah bg tips nih. Mane la tahu pasni dipertemukan jodoh, semoga btemu jodoh. Kawin cepat2, indah tau alam perkahwinan ni wpun sekali sekala dilanda ribut taufan. Muehehehe XD

    BalasPadam
  6. Hehe..artikel yang terbaik..banyak manfaat dan ada juga part2 yang kena dengan diri sendiri..huhu

    BalasPadam
  7. @Mummy Dina hehe takde calon .. malas cari dan malas fikir lagi ..

    BalasPadam
  8. @chegu zam in shaa Allah cikgu zam ..ana cuba sedaya upaya

    BalasPadam
  9. @Hafizul alamak..maafkan diri ana guris hati enta ..huhu T.T

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...