>

Rabu, 6 Ogos 2014

Tempat Menarik Kuala Terengganu



Sedang saya sibuk buat pakej 3H2M ke Kuala Terengganu ni, saya ambik masa sikit untuk tulis entri tak seberapa ni. Untuk semua jugak. Sebabnya, saya sebagai agen pelancongan akan cuba sedaya upaya bagi yang terbaik untuk kemudahan semua. 

Kuala Terengganu terlalu banyak tempat menarik untuk dilawati. Daripada darat sehinggalah ke laut. Memang semuanya lawa-lawa.

TEMPAT MENARIK KUALA TERENGGANU
1) Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah)
-Masjid terapung selalu jadi tarikan untuk pengambaran dan juga foto keluarga. Sebenarnya, yang nampak macam terapung apabila air tasik yang mengalir terus ke laut pasang, dan bila kita tengok masjid tu, ia nampak seakan-akan terapung.

2) Pasar Payang 
-Pasar Payang tak boleh disangkal lagi. Banyak barang-barang yang dijual. Lebih kurang macam mini Malaysia lah jugak. Orang berpusu-pusu untuk pergi ke Pasar Payang setiap hari. Apa yang dorang cari haa ? 

3) Keropok Lekor Losong
-Saya dah banyak kali try makan keropok losong. Dia 100% diperbuat di Kampung Losong. Di Terengganu ni, hanya ada 2 tempat keropok lekor je yang paling sedap dan Umpphh... no.1 di Kampung Losong, Kuala Terengganu dan satu lagi di Sura Hujung, Dungun. Selalunya orang akan beratur untuk beli keropok lekor kedua-dua tempat ni.

4) Taman Tamadun Islam & Masjid Kristal
-Taman Tamadun Islam memang menjadi tarikan. Mini masjid dunia di adakan di situ. Yuran masuk ke TTI RM20.00 (Dewasa) dan RM15 (Kanak-Kanak). Tapi kalau nak masuk ke Masjid Kristal, boleh saja free of charge (FOC). Takde masalah 

5) Taman Tamadun Islam River Cruise
-Selain keindahan TTI dan Masjid Kristal, TTI ada river cruise tau tak.. River cruise ni kalau nak masuk, harga yuran masuk dia RM20.00 (Dewasa) dan RM15.00 kanak-kanak. Kira macam-macam lah jugak tempat dia bawak naik bot TTI.

6) Pantai Batu Buruk
-Pantai ni kalau belah petang memang ramai orang. Ada kereta kuda ala-ala Cinderella, kuda pony ada. Orang main wau, beriadah. Main ATV dan macam-macam. Pelancong suka datang sini sebab nak rasai sendiri kemeriahan pantai yang termeriah di Terengganu ni.

7) Muzium Negeri Terengganu
-Muzium yang antara terbesar di Malaysia dan antara terbesar di Asia Tenggara. Pelbagai artifak menarik dan juga macam-macam tinggalan orang dahulu kala di tempatkan di dalamnya. Yuran masuk ialah RM5.00 (dewasa) dan RM2.00 (Kanak-kanak)

8) Pulau Duyung
-Pulau Duyung ni kena rentasi jambatan untuk ke Pulau Duyung. Ada lah kat situ orang buat perahu. Antara pembuatan perahu yang paling lama dan paling hebat dalam sejarah Melayu, ada di Pulau Duyung ni. Sampai sekarang ada orang yang tidak akan tinggalkan pembuatan perahu ini. 

PAKEJ LAWATAN KE KUALA TERENGGANU






HUBUNGI TERUS

TEL/FAX : +6 09 250 6880
Email : suria_excel@yahoo.com
Whatsapp : 014-530 7645
Facebook Page : https://www.facebook.com/SuriaExcellenceTravel

34 ulasan:

  1. Rasa macam nak pegi. Tp macam takde mase je. Tak pernah lagi jejak kaki ke Terengganu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah ..terengganu banyak tempat muslim bersejarah

      Padam
  2. no 4,5,7 dan 8 tu tak pernah jejakkan kaki lagi rasanya..huhu..walaupun rakyat terengganu, masih belum berpeluang ke sini ha..haha..

    BalasPadam
  3. Macam menarik je terengganu nie. Bila lah dapat pegi. Huhuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat menarik Terengganu ni..jgn tengok orang nya, orangnya memang pelik..tapi tengok sejarah nya

      Padam
  4. Mrs. A dah pernah pergi Terengganu tapi dah lama sangat kot lebih kurang 10 tahun yang lalu. Mesti dah banyak perubahankan..kan..kan

    BalasPadam
  5. akhir tahun lepas sempat sampai ke terengganu
    sekejap je :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena melawat tempat2 menarik jugak cikgu ..

      Padam
  6. banyak tempat menarik ye disono?

    BalasPadam
  7. Dah lama tak jenjalan terengganu..
    Last tahun 2002 tak silap.. singgah pasar payang :D

    BalasPadam
  8. last masa pergi terengganu masa umur 18 tahun.. 13 tahun berlalu...bila la suami nak bawa pergi bercuti...

    BalasPadam
  9. salam. hhuuu..takda rezeki lagi nak kesana...hope one day dapatla datang :)

    BalasPadam
  10. This is the right choice if you want to expand relationships with friends

    BalasPadam
  11. that is nice option and traveliing is my favourate i wish a day i can go all over the world and now i can't but after i will complete it

    BalasPadam
  12. Untuk membantu membuat yakin lagu BagiShared - Gratis Download lagu MP3 terbaru Anda perlu ԁown load pakaian Anda bulan ke bulan anggaran anggaran belanja, berpikir tentang menggunakan website yang biaya ɑ keanggotaan pembayaran, bukannya pembayaran setiap download. Bantuan misalnya Pandora atau Slacker akan membiarkan Anda memperhatikan audio yang dari sistem. Anda tidak memiliki menahan yang file data Anda sendiri ponsel atau tablet pc; hanya menyetel ke mereka internet streaming secara online.

    BalasPadam
  13. pernah saya ke sini bagus emg hehe

    BalasPadam
  14. memungkinkan Anda untuk menghindari membayar untuk setiap lagu yang Anda download downside adalah kelas dari lagu-lagu mungkin tidak terbaik. Anda dapat anggaran belanja BagiShared - Gratis Download lagu MP3 terbaru yang tepat jumlah uang tunai Anda perlu berinvestasi ԁі download secara bulanan Ԁan menyadari bahwa Anda tidak akan pergi yang jumlah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...