PERINGATAN :
andai ana ada tersalah dan kekurangan dari segi penulisan ini, tegurlah diri ana yang faqir ini. Semoga diri kita semua berada di bawah payungan rahmat, nikmat dan hidayah Allah hingga ke hari kiamat
Penceritaan bersahaja dan sedikit aliran kontroversi bakal menjadikan entri kali ini tidak bosan. In shaa Allah tajuk kali ini menceritakan mengenai NAFSU yang bergelodak di dalam diri untuk keluar kerana hasutan-hasutan dari pelbagai arah oleh syaitan.
Setiap manusia dikurniakan nafsu di dalam diri mereka. memang ianya sedikit sahaja umpama setitik zarah yang kecil. Tetapi manusia sukar untuk mengawal nafsu sendiri. Kerana adanya hasutan-hasutan daripada syaitan secaran halus yang berbisik untuk berbuat kemungkaran, itu dan ini, dan menyimpang daripada jalan Allah.
Adakah yang berada di dalam diri itu hanyalah sebagai hiasan semata ataupun dugaan yang diberikan kepada Allah untuk menguji hamba-hamba-Nya ? Tentu sekali ianya adalah untuk melihat bagaimana manusia dapat mengawal, berjihad melawan nafsu. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa, jihad yang paling besar dalam hidup manusia adalah jihad melawan nafsu. Maka, nafsu adalah sesuatu yang kecil tetapi ianya bakal menjadi besar andai diri tidak dapat mengawalnya.
Nafsu amarah di gambarkan sebagai nafsu yang paling jelek, paling hina, paling terkebawah dalam kalangan nafsu. Dikhuatiri, nafsu sebegini mampu mengawal emosi justeru membuat onar seperti di dalam rumah tangga, bakal berlakunya bercerai-berai, melakukan perkara ditegah syarak dan tidak mempedulikan halal dan haram. Ianya amat merbahaya kepada diri setiap Muslim andai tidak mendidik nafsu dengan betul.
Nafsu kedua ialah nafsu yang sentiasa berperang, iaitu berperang dengan diri sendiri. Jika melakukan keburukan, pasti apabila duduk bersendirian akan mencela diri kerana asbab berlakunya kerosakan tadi.
Nafsu mutmainnah adalah setinggi-tinggi darjat nafsu. Nafsu yang dapat dikawal oleh diri. Ianya diredhai Allah kerana andai ada manusia bernafsu begini, diri mereka tidak berkeinginan untuk melakukan kerosakan, kejahatan, dan cintanya kepada Allah adalah tinggi. Sentiasa redha, dan hati dipenuhi dengan keihkhlasan dan kecintaan.
Andai banyak melakukan maksiat, zina, kemungkaran pasti nafsu bebas dan mengawal diri. Itu suatu yang bahaya. Khuatir jika ianya berlaku, pasti perpecahan dan kelemahan dalam ummah akan timbul. Sebagai contoh, sudah banyak pembawaan ke atas katil, golongan-golongan yang menyukai zina, maksiat ini sehingga banyak tangkapan-tangkapan berlaku sepanjang tahun ini sahaja.
Kesimpulannya, kembalilah ke jalan Allah. Hati jangan melupai zikrullah. Ingatlah kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Semoga diri ana ini, diri tuan-tuan, diri pembaca-pembaca sentiasa berada di bawah payungan, perlindungan Allah serta akan dilepaskan oleh Allah azab seksa kubur yang teramat pedih dan tidak terperi - In shaa Allah. Allahumma Amin
Tabarakallahu fikuum
Nafsu kedua tu name dia 'Nafsu Lauwamah'. Bukan senang nak lawan nafsu. Perlukan seorang insan yang bertaqwa membimbing kita, baru kita mampu melawan segala godaan jahat nafsu.
BalasPadamsebagai peringatan buat kita semua. manusia yang lemah gagal mengawal nafsuynya.
BalasPadamTerima kasih ingtkan saya yang terleka ni..memang fail bab kawal nafsu ni..kalau tiada semangat yang kuat...
BalasPadammanusia mmg x leh lari dri godaan.. T T
BalasPadam