>

Jumaat, 14 Februari 2014

{EDISI WANITA} Malu Jadi Diri Sendiri, Sendiri Buka Aib

Bismillahirahmanirahim..

Dunya mutaakhir semakin meruncing. Pemuda pemudi bergaul tanpa ada batasan. Semakin ramai yang fasik (tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa kecil dan besar secara berterusan). Semakin banyak tanda-tanda kiamat sudah terjadi di Malaysia ini. Jangan melihat kepada dunia luar, tapi lihat dari dalam negara sendiri. Tidakkah diri menyesal akan perbuatan yang semakin luar biasa dari norma kebiasaan manusia ? Tidakkah merasakan hati semakin jahil mengenai agama Allah ? Semakin menyedihkan diri kita, diri sendiri, diri siapa-siapa sahaja..




Lihatlah kepada diri semula, adakah pemakaian kita melambangkan ciri Islam sebenar ? Jawapannya TIDAK ! TIDAK sama sekali. Betul ! Ramai yang sudah bertudung dengan pakej jawapan untuk menutup aurat sekarang..manis, ayu, comel tetapi lihat semula, adakah kamu semua sudah menutup aurat ? Pandang ke cermin, lihat atas ke bawah, betulkah menutup aurat ? 

Menutup aurat bagi wanita adalah suatu yang sensitif jika diperkatakan. Tak tahu pasal apa sensitif sangat tetapi ianya wajib ditutup. Aurat wanita adalah kesuluruhan anggota badan KECUALI muka dan telapak tangan. Perkara ini disebut didalam al-Quran tetapi masih lagi wnaita mengatakan, tunggu sampai seru baru nak tutup aurat. Tidak mengapa, kita hanya mendoakan agar mereka bertaubat cepat-cepat sebelum "masa" mereka tiba. 

KESALAHAN DALAM MENUTUP AURAT : 





Satu masalah lagi, ialah yang bertudung tapi bertelanjang. Pakai tudung balut kepala. Pakai baju dan seluar balut badan. Cuba lihat pada diri. Kalau nampak susuk tubuh tu, itulah yang dinamakan balut aurat. Tarbiyah hati Tarbiyah diri, mintalah ampun kepada Allah agar tidak menjadi beban di akhirat kelak..

Kenapa ana menekankan perihal wanita ? Kerana wanita adalah secantik-cantik bidadari, dilindungi Allah. Tetapi sendiri buka aib, sendiri tidak menjaga hubungan dengan Allah. Jadi, macam mana Allah nak menjaga kaum wanita sekalian ? Fikir sejenak wahai bidadari syurga .. 

Jazakillah Khairan Khateera

13 ulasan:

  1. faham-faham ajelah. Orang perempuan memang suka pakai macam tu sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subhanallah ..
      kan ? tapi, mereka ada masa lagi utuk berubah :)

      Padam
  2. Sama2 kita lihat diri kita, isteri, adik2 dan anak2 kita..kenalah seruan Allah utk kita pelihara keluarga kita dari seksa api neraka.

    Terima kasih bro brkongsi. Mohon ambe culik gambar dalam entri ni utk dikongsikan bersama. terima kasih bro!

    BalasPadam
    Balasan
    1. perkongsian ni untuk semua.insyaAllah, semoga ini dapat bagi input pada semua

      Padam
  3. thanks utk perkongsian...
    byk kena perbaiki diri lg dr segi pemakaian...

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe ciktom ..slow2 ye :)
      hehehe.. Allah Maha Pengampun

      Padam
  4. terima kasih atas perkongsian dan peringatan ini, suami pun hari2 ingatkan, insha allah ianya tersemat di hati ini dan jadi panduan untuk semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah, layan suami dengan baik tanpa jemu maka gugurlah setiap dosa2 yang ada .. :) wallahu'alam

      Padam
  5. salam.susah nak kata saya doakan mereka akan berubah.biar berubah sedikit dan kemdian menjadi lebih baik.jangan kiat berubah hanya ikutan dan kehendka syaitan hanya untuk kata cantik dan menarik perhatian.memang isu panas kalau salah cakap orang akan melenting terkadang bercakap alas agak sukar. wahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. berubah sedikit2 itu yang lagi afdhal :)
      Allah suka yang sedikit tapi berterusan

      Padam
  6. pakaian y diwaktu pakai di luar adalah pakaian y sama digunakan dlm solat . Kalau rasa time solat , kena cari telekung , kalau tak tak boleh nak solat . Means , kite belum menutup aurat dengan sempurna lagi la tu . #selfreminder . =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haa ? hehehe .. kalau tak pakai telekung pun takpe sah solat tu yg penting tutup aurat .. aurat kan semua kecuali muka dan tapak tangan .. pakai labuh2 dah sah solat, ..tak perlu telekung sbb telekung ni adat melayu..orang arab sana takde guna telekung. mereka guna pakaian harian mereka je.. wallahu'alam

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...