>

Selasa, 3 Jun 2014

Hati Malu Kepada Felexia Yeap

Post ini adalah peringatan kepada diri serta hati sendiri yang mana banyak khilaf dari segi ikhtilat, perbuatan, perkataan, dan sebagainya baik sesama manusia mahupun sesama makhluk. Bahawasanya, diri ini sangat kerdil untuk dibandingkan dengan sesiapa sahaja di luar sana yang lebih baik serta lebih berilmu. 




Pasti terdetik di hati dan akal fikiran yang yakin bahawa Allah adalah tiada bandingannya dan al-Quran adalah wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad SAW dengan perantaraan Malaikat Jibril. 

Apabila terlihat Felexia Yeap, pasti diri membandingkan diri dengan beliau dan pasti ada juga yang mencemuh dirinya dengan menjatuhkan hukuman sebagai menghina Islam dan sebagainya. Itu tidak menjadi persoalan kerana pastinya, Islam adalah agama yang syumul atau menyeluruh. Walaupun diri Felexia sendiri mengaku akan mengucapkan kalimah syahadah Ramadhan nanti. Tetapi, bandingkanlah diri sendiri dengan beliau yang lebih selesa menutupi aurat dengan sempurna. Agama yang mana sesiapa sahaja boleh menganutinya dengan berpegang kepada kalimah syahadah

"Aku bersaksi bahawa, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah"

Suatu perkara menarik, mengapa golongan Islam sendiri yang sejak lahir adalah sebagai Islam masih lagi tidak mahu menutupi keaiban mereka yakni aurat. Jawapannya, tanyalah iman di hati, tanyalah apa sudah terjadi dengan hati sendiri. Jauh dari Allah, dan jauh dari al-Quran sebagai panduan kehidupan. 




Dalami kata-kata ini :

"Islam bukan hanya untuk Melayu tetapi untuk semua. Yang Melayu tak semestinya Islam"

Maafkan ana jika ana ada kekurangan, terguris hati kalian pembaca blog picisan ini maafkanlah diri ana, jika tersalah pendapat, tegurlah diri ini. Andai ada apa-apa yang ingin diutarakan, boleh aju pada ruangan komen mahupun PM diri ana sendiri. 

Tabarakallahu fikum

4 ulasan:

  1. Jawapan yg mudah bg org2 yg tanak tutup aurat sesempurna felixia, "nanti dah terbukak hati baru tutup aurat." Malu je ngan felixia yeap. Hmm..

    BalasPadam
  2. @Ismi Ana itu bukan jawapan yg tepat, malah itu jawapan yang membelakangkan dalil menyuruh manusia untuk menutup aurat -- wallahu'alam

    BalasPadam
  3. sedih bila ade org islam yg x serius dgn aurat ni

    BalasPadam
  4. mungkin penghayatan yg tidak mendalam..kene usaha ag..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...